Raline Publish time 31-10-2022 09:17 PM

Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsia X

Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsia X

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ010622HZ013_%281%29_1667220767.jpg
Tan Sri Tony Fernandes - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini, demikian menurut kenyataan syarikat penerbangan jarak sederhana kepada Bursa Malaysia.

AAX berkata, peletakan jawatan Tony dalam syarikat berkenaan adalah atas sebab komitmen lain.

Peletakan jawatan Tony bagaimanapun tidak disusuli pengumuman pengganti ahli perniagaan berusia 58 tahun itu.

AAX telah melantik semula Tony sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Julai 2022.

Dalam kenyataan berasingan, AAX menerusi pengumuman perubahan penting dalam pengurusan kanannya, berkata Tony yang dilantik sebagai pemangku CEO kumpulan pada Julai lalu, iaitu tambahan kepada jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas AAX akan berundur daripada jawatan kepimpinan kanan syarikat penerbangan itu bagi memastikan peralihan kepimpinan yang lebih lancar.

Mengulas mengenai pengundurannya, Tony berkata, beliau kembali ke dalam AAX untuk 'menghidupkan' semula syarikat penerbangan itu selepas melalui proses hibernasi akibat COVID-19.

"Saya gembira rancangan kami berjaya dengan rancangan teguh ke atas 20 pesawat Kumpulan AAX merangkumi 13 pesawat untuk AAX dan baki tujuh pesawat Thai AAX (TAAX).

"Selepas pencapaian cemerlang diketuai Lim Kian Onn dalam langkah penstrukturan semula, tugas saya adalah untuk membawa syarikat penerbangan itu kembali kepada keuntungan dan pertumbuhan. Kami telah menambah baik struktur kos dan mewujudkan perniagaan kargo, yang telah menyumbang kira-kira 20 peratus kepada hasil syarikat penerbangan semasa wabak dan akan terus memainkan peranan penting dalam pemulihan AAX.

"Saya yakin AAX akan kembali lebih kukuh dengan menawarkan penerbangan jarak sederhana yang bernilai hebat, diketuai oleh pasukan kepimpinan kanan di Malaysia dan Thailand.

"Saya kini akan memberi tumpuan untuk menyampaikan nilai penting kepada pemegang saham Capital A BHd, termasuk AirAsia Aviation Group, perkhidmatan penerbangan, logistik, perjalanan, teknologi kewangan dan platform gaya hidup e-dagang," katanya.

Sementara itu, AAX turut mengumumkan pelantikan Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif TAAX berkuatkuasa hari ini.

AAX berkata, Tunku Mahmood Fawzy akan memberi perhatian kepada memantau hala tuju strategik dan memacu pertumbuhan mampan bagi AAX dan TAAX.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/10/1018924/tony-fernandes-letak-jawatan-ceo-airasia-x

Pages: [1]
View full version: Tony Fernandes letak jawatan CEO AirAsia X


ADVERTISEMENT