chewan Publish time 13-10-2010 04:00 PM

Loji nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.


http://media1.malaysiakini.com/169/89d9d53a72bf786e4b8bb1460579dc6f.jpg
"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.

"Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

"Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini.

Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.


http://media1.malaysiakini.com/61/51a90052907545034c1fcd96153d5732.jpg
Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta bolh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu.

"Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya.

Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran.

Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu.

- Bernama

lin0me Publish time 14-10-2010 01:17 AM

hurmm... imnot against nuclear plant but really disagree with the idea to construct ones in Malaysia

dauswq Publish time 14-10-2010 03:10 AM

hurmm... imnot against nuclear plant but really disagree with the idea to construct ones in Malays ...
lin0me Post at 14-10-2010 01:17 http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

rupanya lolli tidak berjaya memujuk:lol::$

http://eforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=491754&extra=page%3D5

lin0me Publish time 14-10-2010 07:47 PM

Reply 3# dauswq

tak tau pun ada debat pasal ni dulu..sorry lolli..not at ur side;P;P;P

tp bila dah abis baca,sbb tak setuju adalah sama dgn yg kucing biru tu jelaskan..nothing personal,it just a fact.
semua benda ada risiko,tak kira la besar atau kecil, kita asyik korek petroleum tu pun ada risiko,buat empangan pun besar risiko. as an example, the plane disaster and the car accident. which is the more riskier?? its actually car accident because its happen more frequent than flight accident but people always view the flight accident more disastrous just because you still have a chance to live if you involve in car accident but if its a flight accident happen,the surviving rate is almost zero. the same goes to nuclear plant, its risky but if we built it according to the safety regulation, its consider as safe as any other energy power plant. so its not about the risk,it just about the way malaysian handle the project. if we can ensure that no compromise in handling the plant and its solely independent from politics and so im strongly agree with the nuclear plant idea. but for now, the answer is a big no.

aku_EnSeM Publish time 15-10-2010 09:32 AM

sblm buat loji nuklear ni, undang2 kne mantap dulu.. tenaga mahir dr bos ke technician kne ade.. klu sume ni ok, aku sokong loji nuklear kt mlysia.. it's time to move on guys!! :P

-- rupenye ade debat psl bnde ni dulu. xbce lg :$ --

dauswq Publish time 15-10-2010 09:34 AM

Reply 5# aku_EnSeM

baca ler...
tu mmg debat terbaik dr 3 yg dianjurkn selama ni:$

chewan Publish time 26-10-2010 07:09 PM

ETP: Tawaran loji nuklear M'sia mungkin seawal 2014

Jika Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti seratus peratus, maka kontrak untuk loji nuklear pertama akan dikeluarkan seawal tahun 2014.

Ini bagi memastikan unit kembar loji kuasa nuklear dengan jumlah kapasiti 2 gigawatt, dimana unit pertama boleh mula beroperasi pada tahun 2021.


http://media1.malaysiakini.com/169/89d9d53a72bf786e4b8bb1460579dc6f.jpg
Mengikut garis panduan ETP,garis masa pembangunan adalah dari 11 hingga 12 tahun daripada pra-projek sehingga penyerahan.

Semua kajian bagi mempersiapkan Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear dijangka selesai menjelang hujung tahun ini manakala kerja perancangan akan berakhir pada permulaan 2013 dan kerja pembinaan pula akan bermula pada 2017.

Projek loji nuklear ini dijangka menelan pelaburan RM21.3 bilion sehingga2020, meskipun tidak jelas sama ada kerajaan akan menanggung perbelanjaan projek itu.

“Untuk memastikan penyampaian tepat pada masanya, projek akan dilancarkan tanpa penangguhan,” petik laporan itu.

Empat item laluan genting yang dikenalpasti mesti ditangani dengan keutamaan tertinggi. [*]Harus ada penerimaan masyarakat terhadap projek tersebut.[*]Malaysia harus menggunapakai perjanjian antarabangsa yang berkaitan.[*]Kerajaan harus memastikan rangka kerja kawalselia yang betul dikuatkuasakan.[*]Persetujuan untuk lokasi yang dirancangkan harus diperolehi dan penduduk tempatan juga mesti meluluskan lokasi tersebut.

sixfor Publish time 28-10-2010 05:33 PM

salah satu yang aku tau dekat area desaru.....

purbez Publish time 4-11-2010 12:19 PM

hehehe dekat desarusenang2 jaa singapore boleh tawan

motolumbe Publish time 6-11-2010 06:55 AM

hehehe dekat desarusenang2 jaa singapore boleh tawan
purbez Post at 4-11-2010 12:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   hehe,,,ade btol gak, dkat ngan "musuh" ;P

klu men game,,one of the brilliant strategies,,,attack powerplant dlu...{:1_125:}

Buku_Hitam Publish time 12-11-2010 02:29 AM

salah satu yang aku tau dekat area desaru.....
sixfor Post at 28-10-2010 17:33 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

uii.. bgs2.. biar dkt sikit ngan s'pore..:sweat3:

LongKai Publish time 25-11-2010 02:16 AM

uii.. bgs2.. biar dkt sikit ngan s'pore..
Buku_Hitam Post at 12-11-2010 02:29 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

hmmm... biar sama sama tenggelam... he he....
Pages: [1]
View full version: Loji nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti


ADVERTISEMENT