CariMalay Publish time 28-10-2022 05:42 PM

Aku berjaya kuruskan badan, tapi betul ke cara aku ni?

Edited by CariMalay at 28-10-2022 06:09 PM

Aku berjaya kuruskan badan hampir 10 kg dalam masa hanya 2 minggu dengan cara tak makan minyak masak, gula dan nasi. Berat badan aku sebelum diet dan bersenam 48kg. Lepas bersenam, cuma 40kg. So aku tak mampu turun banyak2 lagi macam orang lain walau teruk macam mana pun aku bersenam sebab hampir takde lemak dengan berat cuma 40kg. Nasi aku ganti dengan konjac rice, konjac rice memang nasi khas untuk diet, cuma ada 10 kalori sepeket berbanding nasi sebenar 100 ke 200 kalori. Makanan bergoreng aku goreng pakai air fryer (goreng tanpa pakai minyak masak) atau grill.

Kemudian aku brisk walk (berjalan tapi laju sikit) atas treadmill sampai meter khas kat treadmill tu menunjukkan aku dah bakar 500 kalori dan nak capai 500 kalori kebiasaanya makan masa lebih 1 jam, paling lama 90 minit tak silap aku. Tapi aku akan rehat 30 ke 45 minit lepas berjaya bakar 300 kalori dan akan sambung bakar 200 kalori lepas puas rehat. Masa rehat tu aku akan makan dan minum air kosong atau kopi pekat tanpa gula banyak2 sampai betul2 kenyang untuk energy. Tidur pun sekurang2nya 8 jam sehari. Aku perasan kalau aku tak cukup makan dan minum, aku tak mampu bakar sampai 500 kalori so aku decide untuk makan banyak.

Aku kurus tapi berotot sebab kuat makan dan makanan yang aku makan biasanya tinggi protein macam ayam dan biasanya tinggi nutrisi sebab ada sayur2an dan variasi lauk yang jugak tinggi protein dan nutrisi. Rehat dari bersenam selalunya sabtu dan ahad. Isnin hingga jumaat aku sambung bersenam atas treadmill.

So nak tanya, cara aku kuruskan badan ni sihat tak? Adakah terlalu ekstrim dan boleh mendatangkan penyakit? Adakah makan banyak2 kemudian bersenam untuk kuruskan badan ni tak sihat dan merbahaya? Mana lagi sihat, tak bersenam dan seksa diri cuma makan (makanan berkhasiat) sekali sehari untuk kuruskan badan atau enjoy sampai puas dengan cara makan banyak2 sampai kenyang kemudian bersenam untuk kuruskan badan?

CariMalay Publish time 28-10-2022 05:47 PM

Air fryer dan konjac rice semua aku beli melalui online kat shopee. Konjac rice takde jual kat supermarket so kalau korang nak try beli, boleh beli online kat shopee atau lazada.

CariMalay Publish time 28-10-2022 05:53 PM

100 gram konjac rice = 10 kalori. 100 gram nasi putih biasa = 130 kalori. Konjac rice rendah kalori tapi takde nutrisi, so kena tambah lauk pauk yang banyak untuk jadikan konjac rice lebih berkhasiat. Kalau tak, boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi. Nasi biasa ada nutrisi, tapi banyak kalori dan menggemukkan.

CariMalay Publish time 28-10-2022 05:57 PM

Diet aku merangkumi makanan2 yang tak pakai minyak masak contohnya tom yam campur, ikan masak stim, apa2 sup yang tak pakai minyak masak, ayam goreng, ikan goreng dll yang digoreng menggunakan air fryer atau dibakar pakai grill.

CariMalay Publish time 28-10-2022 05:59 PM

Makanan segera termasuk makanan bertepung macam mekdi, KFC, keropok2, kuih muih, biskut, ais krim, kek, SEMUA aku tak makan

CariMalay Publish time 1-11-2022 08:42 PM

Kote         
Pages: [1]
View full version: Aku berjaya kuruskan badan, tapi betul ke cara aku ni?


ADVERTISEMENT