CARI-MAL Publish time 28-10-2022 03:37 PM

Boleh Ke Survive RM10 Sehari? Tengok Bagaimana Pemuda Ini Lakukannya!

Seorang lelaki menjadi perhatian selepas melakukan cabaran di mana dia hanya membelanjakan RM10 sehari untuk bertahan di kota Kuala Lumpur.


Walaupun bunyinya agak mustahil, namun pemuda itu berjaya melakukan cabaran tersebut dan membelanjakan tidak melebihi RM10 dalam masa sehari.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/28/153608zaixbxuhilt2ab99.jpgTikTok



Bagi mengurangkan belanja, dia membeli nasi lemak bungkus berharga RM1 untuk sarapan pagi.


Seterusnya, untuk makan tengahari pula dia singgah ke pasar raya berhampiran dan membeli mi segeraberharga RM2.


Dengan baki RM7, dia akhirnya menikmati juadah yang lebih berat iaitu nasi campur berharga RM6.60 menjadikan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah RM9.60.




202210up_166694249646


Perkongsian video tersebut turut menarik perhatian ramai dan kebanyakannya mengakui pernah melakukan perkara sama untuk berjimat.


Dengan kenaikan harga barang pada masa kini, ramai yang terpaksa ‘mengikat perut’ untuk meneruskan kelangsungan hidup terutama golongan pelajar yang bergantung pada duit elaun.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/28/153608rp0pq08ipw7z0fyb.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/28/153608gdir9aaduosmi01d.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/28/153608r4gy13mvn5mbgzmv.jpg



Bagaimanapun, ada netizen menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukannya dalam jangka masa panjang kerana bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan.




Sumber: Himpunan Cerita Lawak

zarulnazmi Publish time 28-10-2022 04:17 PM

Abis tu dia ingat cara dia ni sesuai untuk semua orang? Yang nak keluar pergi kerja dia rasa dekat boleh jalan kaki? Kalau tak keluar duit isi minyak dah tentu ada yang kena bayar naik pengangkutan awam.

elzy Publish time 28-10-2022 04:21 PM

Sehari spending routine macam tu bolehlah cerita.. Kalau seumur hidup.. tak tau nak cakap camne..

CikYaYaYa Publish time 28-10-2022 04:59 PM

masa aq study dulu aq pernah laa buat macam diaa. megi tu boleh kata tiap2 hari makan sebab nak jimat n xnak mintak duit dengan family.. So bergantung laaa dengan elaun yang ada. pastu disebabkan duk makan megi n benda mengarut lain laaa gastrik pon makin terok.. So conclusion nyaa sehari duaa boleh laa buat macam diaa nie. if berminggu or berbulan memang carik penyakit nama nyaa

Meiizu Publish time 28-10-2022 10:55 PM

Ex opismate cite early 2000 dia penah bjimat gile2...pagi beli nasi lemak rm1.50 bihun rm1.50...satu utk breakfast satu utk lunch.
Wooowww dekat 20thn yg lalu gaisss.
Hemmm apa kabar lah kakak tu skrg ..50 dah kot umur dia

Meiizu Publish time 28-10-2022 10:57 PM

Ohhh supaya tak ot.
Yg nak jimat tu boleh je ikut dia buat..pandai2 lah korang buat selang seli keee .

zak@5128 Publish time 29-10-2022 08:56 AM

Untu sehari kira ok. Kalau hari2 ko sendiri pom lalu. Nnt ada la bapak2 menteri sokong ko. Rakyat malaysia mampu hidup hanya rm300 sebulan.

nurul_akmar Publish time 29-10-2022 09:13 AM

Kalau rm10 tu boleh je nk survive tanpa makan megi.. rm5 lunch n rm5 dinner.. atau amek rm13 beli telur sepapan.. beli beras. Utk sbln makan nasi n telur.. better la dr makan megi. Tp rasanya rata2 netizen ada advice better than me. Sbb majoriti kita sume penah ikat perut..

hyie Publish time 29-10-2022 11:17 AM

puasa je dikkk...masa sahur tu kalau tahan minum air kosong ke soya ke susu ke apa, pastu masa berbuka, ko beli la nasi rm7 gitu. Air minum air paip larikkkkkk

hasniey Publish time 29-10-2022 11:38 AM

Yg biasa org buat beli sarapan lebih utk lunch sekali.sbb biasanya mi goreng sarapan lg murah dr mi goreng time dinner.lg2 kalau dpt sarapan yg sebungkus seringgit.dulu ai selalu buat mcmni
Dinner dia nasi cmpur xboleh ikut sgt.sbb biasanya time dinner dh xde nasi cmpur.so boleh g masak megi xpon msk nasi lauk telur.
Telur mcm2 boleh buat.sedap,xde la bosan hari2 masakan yg sama
Menu telur Sambal, kicap,lemak,dadar,goreng,etc

hasniey Publish time 29-10-2022 11:39 AM

Tp tulah kalau brjimat sgt ni tekak lama2 bosan pulak.kena tahan nafsu makan.jgn keluar mkn dgn kwn2 nnt tepengaruh

rayneramirez Publish time 29-10-2022 03:11 PM

glump Publish time 29-10-2022 06:35 PM

Antara yg selalu org buat ..bf tapau nasi berlauk ke nasi kerabu ke utk mkn lunch. Sampai opis minum air n biskut /kuih kat pantry . Mlam singgah pasar malam beli Mee lambak or mkn roti ke meggi . Kalau nasib baik housemates masakkan. Masa bf ,kalau baik ngan acik2 kat opis tu merasalah depa offer sarapan free.

Supersirap Publish time 29-10-2022 09:37 PM

Boleh je nak jimat, cuma kena disiplin tinggi

salimrock Publish time 1-11-2022 12:06 AM

Meiizu replied at 28-10-2022 10:55 PM
Ex opismate cite early 2000 dia penah bjimat gile2...pagi beli nasi lemak rm1.50 bihun rm1.50...satu ...

harap2 dia kaya skrg...


dgn usaha begitu harus lah dia berjaya

HabukBesi Publish time 1-11-2022 11:11 AM

:shakehead3:

Zeatyisaac Publish time 15-11-2022 08:35 AM

Puasa bagus. Ataupun, IF

rospinki Publish time 15-11-2022 09:09 AM

HabukBesi replied at 1-11-2022 11:11 AM


habuk bole beanja berapa paling min sehari?

HabukBesi Publish time 16-11-2022 09:10 AM

rospinki replied at 15-11-2022 09:09 AM
habuk bole beanja berapa paling min sehari?

kalau bujang mungkin boleh sehari below rm10, kalau dah berfamily boleh jimat... masak dan bawa bekal ;P

copy_paste Publish time 16-11-2022 11:54 AM

kalau aku pulak x tentu,kadang sehari boleh habis 50, 100 kadang rm20 boleh tahan 2 minggu, hahahaha
Pages: [1] 2
View full version: Boleh Ke Survive RM10 Sehari? Tengok Bagaimana Pemuda Ini Lakukannya!


ADVERTISEMENT