CARI-MAL Publish time 28-10-2022 10:57 AM

Semua Pelakon Marvel Dan DC Dikritik Berlakon Macam ‘Budak Sekolah’

Pengarah filem Avatar dan Titanic, James Cameron mengkritik produksi terbitan Marvel serta DC gara-gara barisan pelakon gagal menghayati watak dengan baik.


Cameron berkata, kesemua karakter dalam filem adiwira itu berlakon seperti ‘budak sekolah’ dan tegasnya, bukan begitu cara pembikinan sesebuah produksi yang dipasarkan ke seluruh dunia.


“Saya juga mahu menghasilkan filem dengan teknik pengarah lain tidak lakukan. Apabila saya melihat filem luar biasa seperti ini, saya akan melihat Marvel dan DC sebagai penanda aras.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/28/105709hl5xxftbfq5hobmb.jpgFoto: GIANT FREAKIN ROBOT




“Tidak kisah berapa lama watak itu pernah dilakonkan sebab semuanya berlakon macam budak sekolah,” sindirnya semasa diwawancara New York Times, kelmarin.


Menurut Cameron, beliau juga tidak bersetuju bagaimana filem adiwira tersebut menjengah pawagam.


“Nampak seperti ada hubungan, tetapi sebenarnya tidak. Ada babak mengenai kuasa, kasih sayang dan apakah tujuan semua itu? Sedangkan, kesemua watak tersebut tidak pernah mengalaminya dan saya rasa bukan itu caranya untuk menghasilkan filem,” katanya.


Dalam kesempatan itu, Cameron turut berkongsi mengenai filem Avatar 2 yang akan menjengah pawagam di seluruh dunia.


Cameron merupakan sutradara pertama yang mengkritik filem adiwira sejak syarikat produksi tersebut mendominasi carta pecah panggung.




Sumber: Utusan

prince_marhaen Publish time 28-10-2022 11:26 AM

meols fan Marvel & DC pun setuju ngan pacik cameron ni... kalau filem dia & spielberg, mostly pelakon memang into character, kalau superhero Marvel & DC macam baca skrip...menang kat action, sfx & cgi je lah..

Supersirap Publish time 28-10-2022 01:54 PM

Bila nak keluar avatar yangbaharu?

whimsicalmusic Publish time 28-10-2022 05:28 PM

Supersirap: Bila nak keluar avatar yang&nb ... bulan 12 xsilap iolls kan?

pokokbunga Publish time 28-10-2022 11:48 PM

Tak sabarrrr tunggu avatar 2

Adrif Publish time 29-10-2022 02:06 AM

prince_marhaen replied at 28-10-2022 11:26 AM
meols fan Marvel & DC pun setuju ngan pacik cameron ni... kalau filem dia & spielberg, mostly pelako ...

setuju.. Marvel & DC sangat la teruk sekarang ni.. ke tahap mengecewakan

apalancut Publish time 29-10-2022 04:38 AM

mmg la lakonan budak sekolah.. sebab diaorang nak audience yang lebih luas boleh ngam dengan pelbagai peringkat umur. Dah kata miaga.. kang buat serious sangat kalau flop lagi teruk kena bantai dgn Zhafblog.. prfftt~~

Page88 Publish time 29-10-2022 07:02 AM

Adrif replied at 29-10-2022 02:06 AM
setuju.. Marvel & DC sangat la teruk sekarang ni.. ke tahap mengecewakan

Too true!!!

Page88 Publish time 29-10-2022 07:02 AM

apalancut replied at 29-10-2022 04:38 AM
mmg la lakonan budak sekolah.. sebab diaorang nak audience yang lebih luas boleh ngam dengan pelbaga ...

Way too true!!!

Revolver Publish time 5-11-2022 08:10 AM

Sbb marvel bnyk scene2 yg lawak dan bukan filem yg 100% serious. Target utk boleh appeal semua age. Bebudak mn nk minat sangat kalau citer heavy2 ni. Tu lakonan pun nmpk mcm main2 je. Tp iolls suke je tengok

annehuda Publish time 5-11-2022 11:13 AM

Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running time. Pakcik Cameron ni tak pikiaq ka avatar first tu 13 thn yg lalu,yg nk gi tengok ni haruslah dah kertu2 ingat depa bleh tahan sejuk dok dlm wayang sambil tahan kencing

orangbiasaje Publish time 5-11-2022 04:07 PM

annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...

Tggu netflix je la, boleh pause2. Sejak PKP dah tak tgk wayang dah, se streaming jer...koser nak hadap perangai mcm2 kat cineplex tu.

HabukBesi Publish time 8-11-2022 11:20 AM

Yeke... {:speco

kisahkeaku Publish time 9-11-2022 08:37 AM

annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...

eh samalah i pun mcmtu.dh dkt 40 thn ni nk tgk wayang mcm sendu je 3 jam pulak tu.baik laa tgk netflix atau disney hotstar je nnt.
padahal avatar tu best kot.smpi skrg tgk ulang2.

ibugarang Publish time 9-11-2022 09:19 AM

annehuda replied at 5-11-2022 11:13 AM
Meols tgk trailer avatar baru ni meols rasa movie tu bakalan flop kot. Dahle 3 jam plak tu running t ...

13 tahun dh! Ohmai tak perasan dh 13 tahun citer avatar ni.. :L betol lah tu, meols pun dh 30 lebih, masa avatar tue baru masuk degree :lol: cepat betol masa berlalu..

ibugarang Publish time 9-11-2022 09:20 AM

Adrif replied at 29-10-2022 02:06 AM
setuju.. Marvel & DC sangat la teruk sekarang ni.. ke tahap mengecewakan

Marvel tue iols tahan lagi, DC yes tak bole nak masuk tengok.. baca comic dia best jea.

greantea Publish time 9-11-2022 02:54 PM

ada betulnya cakap dia. cerita dia lebih pada aksi lawan2. x main emosi sgt jd.

duri_durians Publish time 16-11-2022 10:35 AM

ye la pakcik kau je la pandai mengarah... ;P

baru tgk black panther, nampak OK je pelakon semua tapi mmg tahap sederhana je la takde la lakonan yg WOW sbb mmg takde karakter yg WOW.. kecuali Queen sbb dia mmg plakon lama.

delia3003 Publish time 16-11-2022 08:01 PM

Edited by delia3003 at 16-11-2022 08:03 PM

Dah plot pun takde ruang sangat nak masuk drama, nama pun superhero movies, lebih kepada action dan super power je le. Yang pegi tengok superhero movies ni pun mostly nak tengok action.
Pages: [1]
View full version: Semua Pelakon Marvel Dan DC Dikritik Berlakon Macam ‘Budak Sekolah’


ADVERTISEMENT