Raline Publish time 27-10-2022 05:45 PM

Inilah doa Nabi Sulaiman untuk rezeki yang melimpah

Inilah doa Nabi Sulaiman untuk rezeki yang melimpah

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/10/Untitled-design-2022-10-27T170353.651.png
PADA masa kini, ramai kembali mengamalkan doa-doa Nabi Sulaiman dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan orang sakit, atau untuk menundukkan haiwan buas.


NABI Sulaiman AS dikenali sebagai raja segala makhluk. Kerajaan yang dimiliki baginda sangatlah hebat. Istananya juga megah, berlapis emas dan permata.

Selain dianugerahkan kekayaan, Nabi Sulaiman juga diberikan mukjizat iaitu baginda dapat memahami bahasa haiwan dan berbicara dengan makhluk jin, serta dapat menundukkan keduanya.

Apa yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman semasa hidupnya tidak lain tidak bukan kesemuanya tidak lepas daripada kuasa ALLAH SWT. Setiap doa dipanjatkannya telah dikabulkan oleh ALLAH sehingga baginda dapat memiliki semua yang diinginkan.

Memetik perkongsian di laman KhalifahMailOnline, pada masa kini, ramai kembali mengamalkan doa-doa Nabi Sulaiman dengan pelbagai tujuan, misalnya untuk mengharap rezeki dan kekayaan, menyembuhkan orang sakit, atau untuk menundukkan haiwan buas.

Berikut merupakan tiga doa Nabi Sulaiman boleh dijadikan sebagai ikhtiar dan amalan harian:

1. Doa Nabi Sulaiman untuk kekayaan

Doa Nabi Sulaiman yang pertama ini adalah doa yang dapat digunakan untuk memohon kelancaran rezeki dan untuk kekayaan.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/10/Untitled-design-2022-10-27T170433.530-300x200.png

Daripada ayat al-Quran surah Sad ayat 35, “Dia berkata, Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah aku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh sesiapapun setelahku, Sesungguhnya Engkaulah YANG MAHA PEMBERI”.

Doa tersebut boleh diamalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Namun, akan lebih baik apabila doa ini dipanjatkan sejurus selesai menunaikan solat Duha.

Harus diingat sebagai Muslim, doa hanyalah sekadar munajat untuk melancarkan hadirnya rezeki dan harus diiringi dengan ikhtiar, usaha, dan kerja keras kerana kekayaan tidak akan sesekali hadir tanpa mengusahakannya.

2. Doa Nabi Sulaiman untuk menundukkan haiwan dan menghalau jin

Seperti yang tercatat dalam al-Quran, Nabi Sulaiman dianugerahkan mukjizat berupa ilmu pengetahuan mukjizat yang diajarkan ALLAH sebagai seorang manusia dan Nabi.

Baginda dapat bercakap dan memahami bahasa haiwan dan jin. Dengan anugerah itu, kesemua haiwan dan jin di muka bumi ini tunduk akan perintah baginda. Berikut doa yang boleh diamalkan seperti yang dirakamkan di dalam surah An-Naml ayat 30 dan 31.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/10/Untitled-design-2022-10-27T170557.149-300x200.png

“Sesungguhnya itu daripada Sulaiman yang isinya, Dengan nama ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG. Janganlah engkau berlaku sombong terhadap-KU dan datanglah kepada-KU sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Doa ini sesuai diamalkan untuk mengelak sebarang ganggan makhluk halus juga boleh digunakan jika bertemu dengan binatang buas, berbisa dan sebagainya.

3. Doa Nabi Sulaiman agar tergolong dalam golongan orang bersyukur

Kekayaan, mukjizat dan kekuasaan yang diberikan oleh ALLAH kepada Nabi Sulaiman tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya. Baginda selalu bersyukur dan meminta agar termasuk dalam golongan orang-orang sentiasa bersyukur.

Sebagai seorang muslim, seharusnya sikap Nabi Sulaiman harus dicontohi kerana semakin kerap kita bersyukur semakin bertambah kenikmatan dalam hidup kita.

Doa Nabi Sulaiman agar dikurniakan nikmat kesyukuran sebagaimana terdapat dalam al-Quran surah An-Naml ayat 19.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/10/Untitled-design-2022-10-27T170521.451-300x200.png

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-MU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku membuat kebaikan yang ENGKAU redai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-MU ke dalam golongan hamba-hamba-MU yang soleh.



Sumber:https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/hukum/ibadah/inilah-doa-nabi-sulaiman-untuk-rezeki-yang-melimpah/

Pages: [1]
View full version: Inilah doa Nabi Sulaiman untuk rezeki yang melimpah


ADVERTISEMENT