eddlisa_uyuk Publish time 27-10-2022 07:35 AM

LESTARI : SENTUHAN NAJWA [AFIFAH NASIR]




Sentuhan Najwa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Shuhaimi Zulkefli dan dibintangi oleh Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryry Ryun. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 26 Oktober 2022 menggantikan Adakah Engkau Menungguku.

Kisah Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.
Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.
Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.
Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?
Pelakon
[*]Afifah Nasir sebagai Najwa
[*]Ryun Ryry sebagai Raihana
[*]Alif Muhaimin sebagai Arman
[*]Faiz Izzat sebagai Yazi
[*]Jasper Supayah sebagai Easther
[*]Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
[*]Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
[*]Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
[*]Ako Mustapha sebagai Zakaria
[*]Zack Zabhas sebagai Judi
[*]Zul Helmy sebagai Redz
[*]Ady Mohammad sebagai Damier
[*]Sri Idrina sebagai Mia
[*]Zati Nizam sebagai Rin
[*]Ayu Ayuni sebagai Tami




   



mijot Publish time 27-10-2022 10:03 PM

best juga citer ni..rasanya drama pertama afifah jadi heroin..

Cuma watak raihana tu yg aku agak meluat sikit..tgk mata tak tau memang mata betul atau lens...kira menjadilah watak dia..

aezvogue Publish time 27-10-2022 10:29 PM

mijot replied at 27-10-2022 10:03 PM
best juga citer ni..rasanya drama pertama afifah jadi heroin..

Cuma watak raihana tu yg aku agak me ...

Aku pun mcm annoying tgk raihana tu..mata buntang sgt kot, pastu eyeliner tebal pegi sekolah..mcm tak kena je

eddlisa_uyuk Publish time 3-11-2022 07:41 AM

citer nih best gak...ttg hiv positive

Kancilkering Publish time 10-11-2022 10:49 AM

educational lah jugak….
nak tau gak nasib org yg ada benda ni teruskan kehidupan …berkeluarga bagai….
Pages: [1]
View full version: LESTARI : SENTUHAN NAJWA [AFIFAH NASIR]


ADVERTISEMENT