CARI-MAL Publish time 26-10-2022 11:44 AM

Sah Bercerai Kali Kedua, Pengasas Produk Arviena Tak Serik Untuk Berkahwin Lagi

Perkahwinan kali kedua pengasas produk kecantikan Arviena Beauty, Arviena Faira Nadisha, 35, berakhir dengan kegagalan apabila dia dan bekas suami, Muhammad Luqman Al-Hakim telah disahkan bercerai pada 18 Oktober lalu.


Menurut Arviena yang juga model dan pempengaruh media sosial ketika dihubungi MH berkata, perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi selain menganggap sudah tertulis jodoh mereka sampai di situ sahaja.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/26/114303i61zqmvdnd85u1qz.jpgMedia Hiburan/TikTok




“Saya buat tuntutan cerai pada Mei lalu dan Alhamdulillah semua sudah selesai sekarang.


“Walaupun pada permulaannya dia (bekas suami) tak mahu melepaskan saya, tapi saya fight juga sampailah kami sah bercerai pada 18 Oktober lalu.


“Saya buat tuntutan cerai sebab alasan tersendiri dan sebolehnya saya mahu melupakan apa yang telah terjadi, doakan yang baik-baik,” katanya optimis, tidak mahu memandang ke belakang.


Biarpun sudah dua kali melalui kegagalan rumah tangga, namun perkara itu tidak membuatkan Arviena serik untuk berkahwin lagi.


“Saya tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya jodoh sampai, tapi buat masa sekarang saya mahu fokus pada bisnes serta kerjaya saya sebagai usahawan, model dan pengacara majlis.


“Macam dengan bekas suami, saya hanya kenal enam bulan kemudian terus kahwin. Ini pengajaran yang saya dapat (agar ambil masa untuk kenal dengan pasangan sebelum berkahwin),” katanya lagi.


Tidak menafikan disebabkan dia sudah dua kali memegang status janda, netizen banyak memberikan tanggapan buruk terhadapnya malah meninggalkan komen negatif seolah-olah dia punca kepada perpisahan tersebut.


“Memang saya dapat banyak komen-komen negatif media sosial, ramai menyalahkan saya. Iyalah sebab saya sudah dua kali berkahwin.


“Tapi saya memang tidak layan pun komen-komen sebegitu sebab bukan mereka yang lalui apa yang saya lalui, mereka tak tahu cerita sebenar.


“Jadi, memang saya abaikan sahaja sebab saya berpegang pada prinsip, ‘bukan mereka yang bagi duit, makan kepada saya’. Netizen boleh berkata apa sahaja,” ujarnya lagi.




7156011370616556827


Sekadar info Arviena Beauty mengeluarkan kecantikan seperti Arviena Breast Soap dan Hwaiteu Vit Skin.


Malah perkembangan dirinya juga banyak dikongsikan Arviena menerusi TikTok.




Sumber: Media Hiburan

KamikuP Publish time 26-10-2022 12:32 PM

Cuolls ni sapa?
Kesemua laki ko bewak hidopkah?
Cuolls ni asal berlaki kah?

kelip2_07 Publish time 26-10-2022 12:35 PM

ade org mmg mmg suka jd janda..nie kesah bnr yee

aznizazzadele Publish time 26-10-2022 12:59 PM

ehhh. bukan dia dah 3 kali janda ke ?

Sazreena Publish time 26-10-2022 04:51 PM

Breast soap? Jangan nak membongak la..mana mau besarnya.

Prickford Publish time 26-10-2022 05:13 PM

Aik...jual sabun bosar kan kopek pon kena cerai ke?? Aik...ponder "kecantikan" pon kena cerai ke??

arm_band Publish time 26-10-2022 06:34 PM

hmmm ingatkan character manga mana yang tersesat di alam nyata nih

malaysiaku123 Publish time 26-10-2022 09:54 PM

3 kali dah la wey..
Sian dia ni
Muka lawa..family semua kaya2
Kazen dia semua high class
Mai dekat dia awat yg jd cmni eh?
Kwn2 semua rempitan

missyL Publish time 26-10-2022 10:11 PM

Aritu g genting tgok tudung terbang dah hahaha

Lain kali pilih yg berkerjaya biarla kerani grade 19 pn

anony-mous Publish time 27-10-2022 05:00 AM

Mak aih tebal nk mampos filter & mekap. Kenapa stok2 mcm ni selalu kena cerai?

miemiecha Publish time 31-10-2022 02:41 PM

jerry ex dia dah aman2 jd mc majlis kawen..
teringat dlu, majlis ngan jerry kemahen berselawat bagai tp baju seksi kemahennnn...

HoneyManjer Publish time 31-10-2022 03:06 PM

banyak duit takpela kawen byk2 kali...
aku ni sekali ni ckup la rasa....rasanya la....
trauma betul rasanya....

Hazelnut99 Publish time 31-10-2022 03:32 PM

miemiecha replied at 31-10-2022 02:41 PM
jerry ex dia dah aman2 jd mc majlis kawen..
teringat dlu, majlis ngan jerry kemahen berselawat bagai ...

Dgn jerry ni kenapa cerai? Rasanya jerry ni yg paling sekejap je dia kawin. Dulu jerry biawak gak ke?

miemiecha Publish time 31-10-2022 03:45 PM

Hazelnut99 replied at 31-10-2022 03:32 PM
Dgn jerry ni kenapa cerai? Rasanya jerry ni yg paling sekejap je dia kawin. Dulu jerry biawak gak...

wallah hu alam, tgk elok je dedua...tapi xtau lah kot biawak jugok

ihtisyam1 Publish time 31-10-2022 04:09 PM

bukan berniaga sushi ke

babysolaris Publish time 3-11-2022 11:40 PM

ihtisyam1 replied at 31-10-2022 04:09 PM
bukan berniaga sushi ke

ini hakim tu kan.. jerry yg mano lak.

cikrosienona Publish time 4-11-2022 06:55 AM

miemiecha replied at 31-10-2022 02:41 PM
jerry ex dia dah aman2 jd mc majlis kawen..
teringat dlu, majlis ngan jerry kemahen berselawat bagai ...

apa ig jerry? ni suami yg mana? sebelum aley tu ke?

babysolaris Publish time 4-11-2022 10:12 PM

cikrosienona replied at 4-11-2022 06:55 AM
apa ig jerry? ni suami yg mana? sebelum aley tu ke?

oooo first jerry, then aley and then hakim.. aley tu pun dah jadi mcm tabligh... hakim mcm saiko sikit.... biawak hidup bila bca

miemiecha Publish time 9-11-2022 12:17 PM

cikrosienona replied at 4-11-2022 06:55 AM
apa ig jerry? ni suami yg mana? sebelum aley tu ke?

aah, sebelum aley..
jerryamir
le ni dah jd hos rtm katanya kat bio..
tapi salu jd mc
Pages: [1]
View full version: Sah Bercerai Kali Kedua, Pengasas Produk Arviena Tak Serik Untuk Berkahwin Lagi


ADVERTISEMENT