mattzzx Publish time 25-10-2022 12:51 PM

Saya dah kata dulu Islam terbaik - Khabib

https://assets.bharian.com.my/images/articles/selam_1666587604.jpg
Islam (dua dari kiri) dan Khabib (tiga dari kiri) meraikan kejayaan selepas anak didiknya menjuarai lightweight UFC kelmarin.

ABU DHABI: Kemampuannya muncul juara lightweight UFC kelmarin, bermakna Islam Makhachev berjaya memenuhi satu ramalan.

Rakan dan jurulatihnya Khabib Nurmagomedov pernah mengganggu seketika sidang akhbar peninju itu tiga tahun lalu menyatakan Islam akan menjadi peninju ternama dan disegani suatu hari nanti.

Khabib masih bergelar juara ketika itu selepas mempertahankan tali pinggang 155-pound pada malam itu bagi pertarungan UFC 242 dengan mengalahkan Dustin Poirier.

Terdahulu, Islam sudah bertanding petang itu di Abu Dhabi - gelanggang sama pertarungan kelmarin dan turut mempamerkan persembahan mengagumkan.


Selepas menundukkan Davi Ramos untuk melakar rekod 18-1, Islam melayan wartawan mengenai bagaimana dia berjaya memenangi pertarungan itu.

Hinggalah Khabib datang mencelah. Juara itu membawa bersama tali pinggang UFC miliknya dan meletakkannya di depan Islam, kemudian berlalu selepas hanya mengeluarkan tiga patah perkataan. "Juara masa depan."

Penekanan Khabib adalah "juara" tetapi perkataan yang tepat di sini ada satu lagi iaitu "masa depan". Ia sesuatu yang disedari Islam.

"Saya menunggu dia bersara," kata Islam yang tersenyum sambil memandang ke arah tali pinggang berkilat itu. "Saya mahu berjuang untuk merebut tali pinggang ini. Itulah impian saya."

Impian itu menjadi kenyataan Sabtu lalu dalam pertarungan utama UFC 280 apabila Islam menenggelamkan kehebatan pertarungan lain dengan kemenangan submission pada pusingan kedua ke atas peninju Brazil, Charles Oliveira.

Ia satu pencapaian yang lebih bermakna apabila tali pinggang itu dikalungkan di pinggangnya oleh Khabib, yang menjulang rakannya itu di bahunya dan mengaraknya di sekeliling Octagon.

Kemudian Islam cuba menyerahkan kembali tali pinggang yang pernah menjadi milik Khabib hinggalah persaraan mengejutnya dua tahun lalu selepas memenuhi janjinya kepada ibunya susulan kematian bapanya, Abdulmanap.

Di tempat asal mereka di Republik Dagestan, satu wilayah Russia, Khabib bukan sahaja melatih anak lelakinya tetapi juga Islam hingga berjaya merebut tali pinggang UFC.

"Tali pinggang ini buat jurulatih saya (Khabib) dan Abdulmanap Nurmagomedov," kata Islam. "Bertahun-tahun lalu, dia memberitahu saya, 'Berlatih bersungguh-sungguh dan anda akan menjadi juara.' Jadi saya mahu memberikan (Khabib) tali pinggang ini," katanya.

Khabib bagaimanapun tidak mahu menerimanya. "Ia milik awak," katanya sambil menyarungkan kembali tali pinggang itu ke bahu Islam.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/10/1016106/saya-dah-kata-dulu-islam-terbaik-khabib
Pages: [1]
View full version: Saya dah kata dulu Islam terbaik - Khabib


ADVERTISEMENT