Rhyno Publish time 15-10-2022 11:27 PM

TALBIS IBLIS BY KHABIR BHATIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVQMjumm_ZeS1G1UZ3SQiOOzziesPT-V54mQFRw1QYtd74nd2h1vBZ0LQaT2kS0aon5WJUMRxAcSUJ0W_gWT5Vr1KdaMlyEqHG3Qgg8o6qu3udBJkLSENDRBIDfamGHegnGW1tBumsJatRtt7ZivKn4QQVVcTq4MPewA8mfX8DoOHnKF8oDEr80AGESg/s16000/Talbis%20Iblis.jpg

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendekdi Far East Film FestivalKe-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Filem ini engisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.


Genre: Seram
Produksi: Infinitus Gold
Pengarah: Kabir Bhatia
Cerita Asal: Ajami Hashim
Skrip: Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2022

Barisan Pelakon
Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda

Lagu Tema (OST)
Lagu: Harapan Penyambung Mimpi
Penyanyi: Indah Ruhaila
Lirik: Habsah Hassan
Komposer: Heidi Moru & Lo Shi Seng

ULZMMJVxk2E

Rhyno Publish time 15-10-2022 11:27 PM

ULZMMJVxk2E

bedahmenjuyah Publish time 16-10-2022 11:31 PM

Filem ni takde hero kan. 2 pelakon utama adalah wanita. Syabas!

buragazz Publish time 21-10-2022 10:34 AM

Sendu mendu naw takde yang nak bagi review..

anakmak Publish time 22-10-2022 01:38 AM

I suka film2 Khabir Bhatia
Hopefully yg ni pun best
Esok nak ajak husband pi
Nnt I review

anakmak Publish time 23-10-2022 08:33 PM

Meh I bagi review

Khabir Bhatia wajib buat banyak lagi films utk kita

Utk cerita hantu
Talbis Iblis ni bukan film cikai
Excellent cinematography
After 20mins my husband dah tegur ‘cantik gambar’
Good elements of horror
Good quality demons
Storyline dia biasa pada I
Jumpscared banyak
Sound effect nice tak bingit mcm munafiq
Percayalah x rugi tgok

Kalau yg jenis penakut mesti rasa keseraman dia
Film ni patut ada sequel

beatgirlX Publish time 23-10-2022 09:11 PM

Aku ni x penakut cuma kurang beraniii ..tapi kalau citer Khabir Bhatia mmg mostly best..x kisah la genre seram ke, horror ke, lawak ke, love story ke..mmg menarik
Citer ni si Nasha kan jd pemuja.

anakmak Publish time 24-10-2022 04:08 PM

beatgirlX replied at 23-10-2022 09:11 PM
Aku ni x penakut cuma kurang beraniii ..tapi kalau citer Khabir Bhatia mmg mostly best..x kisah la g ...

Ha ah
Pemuja yg dah tertulis

anakmak Publish time 24-10-2022 04:22 PM

beatgirlX replied at 23-10-2022 09:11 PM
Aku ni x penakut cuma kurang beraniii ..tapi kalau citer Khabir Bhatia mmg mostly best..x kisah la g ...

Setuju sangat aku ttg Khabir Bhatia
Cinta n Sepi tu aku selalu tgok
Kesah ttg perasaan kehidupan dan ketentuan.

Aku peminat citer hantu sampai sekarang ni takder citer hantu yg aku rasa seram dan jumpscare yg boleh buat aku betul2 terkejut
Cuma dok layan story line cinematography dia n pelakon2 mcm nasha n suka KB punya films

KB films ada his own standard yg aku boleh layan
Tak macam film2 anak2 pak usop

Talbis Iblis ni garapan yg berdetails, aku suka
Kalau story line dia bagus mmg boleh meletop kat luar msia

Pi la tgok
X rugi u!

Raline Publish time 24-10-2022 07:38 PM

Talbis Iblis kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari

Talbis Iblis kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2022-10-24_15-52-00_1666601682.jpg
Talbis Iblis kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari


Kuala Lumpur: Selepas empat hari ditayangkan, filem Talbis Iblis berjaya meraih kutipan RM1 juta.

Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai berkata, filem seram itu semakin mencatatkan peningkatan jumlah penonton ke pawagam.

"Disebabkan cuti yang panjang sempena perayaan Deepavali, mungkin ramai yang sudah mula ambil cuti menyebabkan hari pertama tayangan filem ini sedikit perlahan, tapi tak sangka jumlah penonton semakin meningkat hujung minggu ini.

"Pihak kami dimaklumkan antara negeri yang mencatat jumlah penonton yang ramai adalah di Pahang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan. Kami amat bersyukur dengan maklum balas positif ini.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya berharap penonton menyukai filem ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Gayatri, filem arahan Kabir Bhatia itu sarat dengan pelbagai mesej positif dan peringatan kepada setiap manusia untuk tidak membelakangi Tuhan.

"Filem ini mengingatkan kita mengenai kewujudan syaitan atau iblis yang akan terus menghasut manusia ke arah kejahatan.

"Justeru kita sebagai manusia perlu sentiasa mempercayai kepada Tuhan kerana Dia yang akan menyelamatkan kita. Jangan mengingat Tuhan hanya ketika susah saja," katanya.

Filem Tablis Iblis mengisahkan seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Namun, bidan Mak Ju yang menjaga Hajar mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Selain Zul Ariffin yang membawa watak Nasir, filem ini menampilkan lakonan hebat Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis dan Jay Iswazir.

Diterbitkan Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment, filem Talbis Iblis ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Singapura sejak 20 Oktober lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/10/895718/talbis-iblis-kutip-rm1-juta-dalam-tempoh-empat-hari

Raline Publish time 24-10-2022 07:38 PM

jujur x best...
tp kualiti filem mmg AAAAA!

beatgirlX Publish time 24-10-2022 08:19 PM

anakmak replied at 24-10-2022 04:22 PM
Setuju sangat aku ttg Khabir Bhatia
Cinta n Sepi tu aku selalu tgok
Kesah ttg perasaan kehidupan d ...

Jap..Ku Seru tu drama dia jugak kannn....
Sb mcm sentuhan dia diaa...
Ishh..mcm ai ckp la..ai ni x penakut cuma kurang beraniii...;P;P;P

Raline Publish time 25-10-2022 10:41 AM

buragazz replied at 21-10-2022 10:34 AM
Sendu mendu naw takde yang nak bagi review..

mmgTAK BEST jujur!!! awal2 dah bg SHOT BONTOT :huffy

anakmak Publish time 25-10-2022 10:47 AM

Raline replied at 24-10-2022 07:38 PM
jujur x best...
tp kualiti filem mmg AAAAA!

Hahaha story line dia mmg beshe2

anakmak Publish time 25-10-2022 10:48 AM

beatgirlX replied at 24-10-2022 08:19 PM
Jap..Ku Seru tu drama dia jugak kannn....
Sb mcm sentuhan dia diaa...
Ishh..mcm ai ckp la..ai ni x ...

Ku seru pun antara yg best boleh ulang tgok
Tapi I x pasti saper punya film
Eh drama

anakmak Publish time 25-10-2022 10:51 AM

Raline replied at 25-10-2022 10:41 AM
mmgTAK BEST jujur!!! awal2 dah bg SHOT BONTOT

Hahaha
Aku pun prasan tapi tak lah ku anggap pelik sbb atas dasar seni gituuuu hahahah tibehhh
Bontot yg merah nyala

duri_durians Publish time 25-10-2022 12:01 PM

aku yakin gambar n sinematografi mesti lawa tapi tak sanggup nak tgk..
sbb dah slalu cerita tempatan mesti byk kekurangan dari segi plot/ jalan cerita.
mcm munafiq pun.. terutama yg num 2, penat tgk ulang alik scene lebh kurang..

setakat ni mmg dah lama tak tgk filem tempatan kat panggung. yg terakhir hantu kak limah la kot..

bukan taknak sokong.. tapi dah byk kali kecewa.

to be fair, pengabdi setan II pun sangat mengecewakan.



aina_shaira Publish time 30-10-2022 07:09 PM

baca review tak best jadi cancel nak tengok :lol:

cmf_Strawberry Publish time 2-11-2022 09:31 PM

Dah tengok, gambar best tp jalab cerita dan terlejut2 tu biasa je. I rasa cerita seram yang sunyo, misteri mcm Puaka Tebing biru tu i tak berani tgk sorang. I suka je filem khabir yg lain i tgk cerita ni pun sbb dia.

lasagna Publish time 14-11-2022 02:09 PM

aku tak tgk cite ni, tp ada kwn cerita kan, rse mcm ada part 2 cite ni, rsenya lahh.
Pages: [1] 2
View full version: TALBIS IBLIS BY KHABIR BHATIA


ADVERTISEMENT