Raline Publish time 24-10-2022 12:50 PM

Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian

Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm2310noho_1666520692.jpg
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar. - FOTO BERNAMA


Shah Alam: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) pada tahun hadapan.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata, sebagai permulaan, pada tahun ini sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi membantu usahawan dalam talian untuk mengembangkan perniagaan.

"Kita tengok perniagaan dalam talian mendapat sambutan menggalakkan dan melibatkan ramai usahawan. Kita mahu menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi perniagaan dalam talian ini. Oleh itu, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional) memperkenalkan skim ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keusahawanan Tekun Nasional Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Kapar dan Klang di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 253 permohonan SPOT diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM1.898 juta.

Noh berkata SPOT turut menawarkan kadar faedah rendah iaitu tiga peratus berbanding kebiasaan yang menetapkan kadar faedah sebanyak empat peratus.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/10/895484/peruntukan-tambahan-untuk-usahawan-dalam-talian

Pages: [1]
View full version: Peruntukan tambahan untuk usahawan dalam talian


ADVERTISEMENT