FOTHER-MUCKER Publish time 23-10-2022 10:47 PM

Adik punya angkara, kakak hampir murung baju kahwin disamakan dengan Ultraman... “Mujur dia tegur lepas majlis!”

Edited by FOTHER-MUCKER at 23-10-2022 06:53 AM

Adik punya angkara, kakak hampir murung baju kahwin disamakan dengan Ultraman... “Mujur dia tegur lepas majlis!”
Ahad, 23 Oktober 2022 11:00 AM


https://i.postimg.cc/cLKy6TyK/CA5-E79-E8-3-E99-47-CE-8-E45-ACEB12-A620-C9.jpg

Ramai terhibur apabila baju kahwin Eyra disamakan dengan adiwira Jepun, Ultraman.

BUSANA raja sehari sudah pasti menjadi tumpuan dalam setiap majlis perkahwinan.
Bagi pengantin perempuan inilah masanya untuk mereka melaram secantik yang boleh.
Bagaimanapun berbeza pula kisahnya dengan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Eyra apabila tema baju perkahwinannya disamakan dengan watak dalam siri adiwira popular Jepun, Ultraman.
Ketika dihubungi mStar, Eyra menceritakan kisah di sebalik warna merah dan kelabu yang dipilih sempena majlis perkahwinannya, 1o tahun lalu.
“Masa berbincang dengan famili memang semua setuju nak tema warna merah.
“Zaman dulu warna merah tu memang biasa sangat pengantin pilih contohnya warna tema merah dan hitam.
“Tapi disebabkan kulit suami saya agak gelap jadi kami bersetuju pilih warna silver (kelabu). Tapi saya tetap kenakan warna merah sebagai highlight sebab keluarga dah setuju warna tu,” ujarnya kepada mStar.
Kata Eyra, persamaan dengan Ultraman itu muncul selepas melihat semula album perkahwinan yang diberikan jurugambar.
Ujar Eyra, pada ketika itu adiknya menegur bahawa busana dikenakannya mirip karakter Ultraman“Apabila adik tengok gambar-gambar yang diambil tu dia tegur kenapa pilih tema Ultraman.
Lepas dia cakap macam tu baru saya perasan warna baju memang sama dengan karakter tu.
“Adik saya pula masa tu masih lagi bersekolah. Jadi dia memang suka tengok anime dan kartun-kartun Jepun lain.
“Mujurlah adik tegur cakap macam tu lepas majlis dah selesai. Andai kata saya tahu daripada awal sebelum majlis, memang akan murung,” imbas Eyra.
https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/10/23/1787731.jpegEyra berkahwin dengan suaminya pada 27 Mei 2012.Namun begitu, sehingga kini Eyra masih berpuas hati dan gembira dengan pilihan warna pakaian perkahwinannya.
Tambah Eyra yang sudah memiliki dua cahaya mata, baju tersebut ditempah khas dan bukannya disewa.
Baru-baru ini Eyra memberi nafas baharu kepada pakaian tersebut dengan mengubahnya kepada rekaan yang lebih terkini.
“Saya happy saja sebab baju tersebut cantik sangat pada ketika itu. Penuh dengan manik sampai ada orang tanya tempah dekat mana.
“Lagi pula masa tu warna baju-baju pengantin banyak yang kontra. Saya rasa warna-warna pilihan zaman tu lagi kena dengan citarasa.
Sebab tu saya tempah warna merah dan silver. Tak sangka pula boleh disamakan dengan Ultraman.
Apabila adik tengok gambar-gambar yang diambil tu dia tegur... kenapa pilih tema Ultraman.EYRA
“Sekarang saya alter semula baju tu nak nampak lebih terkini. Apabila tengok hasilnya, saya rasa cantik juga. Tapi tetap rasa kelakar kerana nak ikutkan juga tema warna merah yang famili nak tu,” jelasnya.
Sehingga kini video yang dikongskan di TikTok meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.
Rata-rata netizen terhibur dengan komen mengenai tema Ultraman yang dikatakan oleh adik Eyra.
“Netizen pun faham, trend tu zaman 2012 memang paling cantik. Memang mereka cakap paling glamour dengan design macam tu.https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/10/23/1787732.jpegEyra memilih tema merah dan silver atas permintaan keluarga.“Tapi apabila saya mention tema Ultraman, ramai yang baru perasan memang sama. Kiranya kalau tak cakap sama dengan karakter tu memang orang tak tahu pun.
“Saya tak rasa menyesal pun dengan baju tu tapi rasa seronok sebab ada kenangan macam tu untuk dikenang dan dikongsikan dengan anak-anak.
"Dalam pada tu, saya nak sampaikan juga bahawa kalau kita pilih tema lebih simple, kita akan nampak cantik saja sepanjang zaman,” ujarnya lagi.
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/10/23/v-adik-punya-angkara-kakak-hampir-murung-baju-kahwin-disamakan-dengan-ultraman-mujur-dia-tegur-lepas-majlis#cxrecs_s

mojarean_X Publish time 23-10-2022 10:59 PM

Less is more

_blackbird Publish time 23-10-2022 11:16 PM

Tapi jujur ckp. Mmg hodoh pon baju nya. ????

Goodluckdontcry Publish time 23-10-2022 11:27 PM

Lantak KO la labu..tp errr mmg kelaut dik.. kehkehkeh

Apepun den suka ultraman aide..kotaro minami..see die kene Ada hero Dan heroin Baru blh JD ultraman.. kehkehkeh

ultra78 Publish time 23-10-2022 11:29 PM

Kisah 10 tahun lepas baru timbul. Maklumlah dulu takde tiktok.

green~tea Publish time 23-10-2022 11:33 PM

Apsal huduh nya baju kawen :lol: :lol: :lol:

lemak_masin Publish time 23-10-2022 11:38 PM

Aku ingat pengantin baru.. rupanya pengantin basi.. ceh..

green~tea Publish time 23-10-2022 11:42 PM

Edited by green~tea at 23-10-2022 11:46 PM

Dress fail ekceli banyak je kot berlaku.. yang sadis tu kalo terjadi masa hari kawen...

Aku pernah tertengok kawan kat FB upload beratus gamba dia pakai gaun tema pengantin utk gala dinner.. bg aku baju tu elok je asal nya tp dia gigih nak hias melebih2 entah BUNGA TELUR KENDURI sapa laa dia pegi rembat tepek hias kat baju.. :lol: :lol:

Problem is dia rasa cantik sampai beratus pic pelbagai aksi dia upload... saba je la sis

dua_chzy Publish time 23-10-2022 11:46 PM

green~tea replied at 23-10-2022 03:42 PM
Dress fail ekceli banyak je kot berlaku.. yang sadis tu kalo terjadi masa hari kawen...

Aku pernah ...

Ya Allah itu gambar kejadian sebenar ke sisssss YAAAA ALLLAAAAHHHHHH

green~tea Publish time 23-10-2022 11:47 PM

dua_chzy replied at 23-10-2022 11:46 PM
Ya Allah itu gambar kejadian sebenar ke sisssss YAAAA ALLLAAAAHHHHHH

Ye betol laah ni.. nak aku upload aksi menonggeng sheols yang berpuluh2 lg ke haahhahaahha.. takyah laa nnti kang mengigau :lol: :lol: :lol:

Yang penting effort tempek bunga telur kenduri kat baju gaun hokeh..

dua_chzy Publish time 23-10-2022 11:50 PM

Baju pengantin kat atas tu pula cuma akan cantik jika orang cantik yang pakai. Ko bayangkan Penelope Cruz yang pakai baju tu dengan bahagian dada warna merah menyala tu dibuang biar baju tu jadik bare shoulder dengan tetek si Penelope separuh terbonjol membuak selambak. Kalau bukan Penelope ko bagi Sharifah Husna pakai baju tu. Ha. Letops.

green~tea Publish time 23-10-2022 11:52 PM

Adoii.. kalo utk dinner pun seswai la kot takpe laa nak ultramankan diri.. ini majelis kawen..

Tp tu laa... 1st wedding aku pun dress failure jugak... horror gila mekap mcm kak ponti

dua_chzy Publish time 23-10-2022 11:54 PM

green~tea replied at 23-10-2022 03:47 PM
Ye betol laah ni.. nak aku upload aksi menonggeng sheols yang berpuluh2 lg ke haahhahaahha.. takya ...

YA ALLLAHHHH SHEOLS DAH KENAPA SISSSSS :'(:'(:'(

Pesen gini anak aiol pun tamau pakai pi tadika sis. :'(

green~tea Publish time 23-10-2022 11:56 PM

dua_chzy replied at 23-10-2022 11:54 PM
YA ALLLAHHHH SHEOLS DAH KENAPA SISSSSS

Pesen gini anak aiol pun tamau pakai pi tadika s ...

Sorry if i scared u... :lol: :lol: :lol: :lol:

Mari lah murung bersama2....

dekmieDandy Publish time 23-10-2022 11:57 PM

zaman ni memang giler-giler colour blocking

hijau lace merah

hijau pucuk pisang lace biru :lol:

NBM Publish time 24-10-2022 12:21 AM

10 tahun dulu punya baju mungkin masa tu dah abis cantik, tapi bila tgk skrg mmg ke laut

edayildiz Publish time 24-10-2022 12:23 AM

xpnh lg nmpk baju kawen sehuduh ni dizaman 2000an
kakak i kawen thn 2013..time tu tgh femes colour pink + turqoise( xreti eja);P
bethol ke thn 2012 tu:lol:

matchstick Publish time 24-10-2022 12:30 AM

Muka laki dia kt sebelah mcm tgh tahan gelak je..sabo je lah biniku atromen;P

che-cikL Publish time 24-10-2022 12:32 AM

Semasa sungguh isu ini

Ucop-Cunningham Publish time 24-10-2022 12:35 AM

Apa motif wartawan mStar?
Dah tandus cerita untuk buat bahan bacaan ke....?
Seangkatan dengan wartawan Kosmo ni.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Adik punya angkara, kakak hampir murung baju kahwin disamakan dengan Ultraman... “Mujur dia tegur lepas majlis!”


ADVERTISEMENT