CARI-MAL Publish time 22-10-2022 10:24 PM

'Kadang Tengok Cheater Ni Muka Tak Gah, Poket Tak Tebal Mana Pun' - Dr Say

Baru-baru ini, doktor selebriti Dr Say Shazril memuat naik hantaran di Instagram miliknya menceritakan kisah kecurangan seorang kenalan ketika sedang berpantang.


Menerusi hantaran panjang itu, Dr Say tampil berkongsi kisah curang yang berlaku dalam rumah tangga kenalan isterinya itu dikatakan kantoi bermalam dengan perempuan lain ketika isterinya tengah bersalin di hospital dan bercerai ketika berada dalam pantang.


Menurut Dr Say, perbuatan si suami itu terdedah apabila isterinya menemui foto tidak senonoh suaminya bersama perempuan berkenaan.


Malah, katanya lelaki itu pernah curang sebelum ini dan diberikan peluang kedua oleh isteri.


Sehubungan itu, Dr Say turut melontarkan pandangan peribadinya dengan menyatakan ‘once a cheater, always a cheater’ kerana telah menjadi tabiat seseorang itu, namun dia tidak mahu bercakap besar kerana risau kata-katanya akan berbalik semula.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/22/222309ju8xzlozcoptpum3.jpgIG Dr Say




Bukan itu sahaja, Dr Say juga menyatakan yang orang yang curang ini tidak memiliki kelebihan dari aspek kewangan mahupun rupa tetapi ayat-ayat manis yang ditabur dan dijanjikan.


Malah, dia turut berpendapat bahawa dia sedih melihat ibu tunggal membesarkan anak-anak sendirian tanpa kasih sayang seorang ayah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/22/222245n180e8628i812o1o.jpg



Dalam pada itu, Dr Say dilihat sempat mengutarakan soalan kepada umum dengan bertanyakan adakah seseorang yang curang itu boleh berubah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/22/222244y3oz5lgscxlo9y05.jpgIG Dr Say




Menjengah di ruangan komen, ramai pengikutnya di Instagram memberi pendapat masing-masing mengenai isu curang ini.




Sumber: Xtra

Adrif Publish time 22-10-2022 11:13 PM

yang pasti, anak2 tahu dulu

tapi waktu tu, hilang dah hormat dia kat mak pak yang curang tu

sok lusa dah tua, jangan nangis la kat rumah orang tua2 beraya sorang2. anak2 buang, tak mau jenguk, bergaduh 24 jam

pandai buat, pandai tanggung

plus, curang sorok camane pun, one day akan kantoi jugak
pasti akan kantoi, atau ko sendiri kantoikan.

achinto Publish time 25-10-2022 02:42 PM

berapa byk thread nak bukak daaaa pasal IG post dr say ni

ReginaGeorge Publish time 5-11-2022 07:48 AM

Apa yg dr say ckp tu betul. Mulut je perlu manis. Nak beli bra jenama audrey untuk bini pun tak mampu ada hati dan celup kon@@ sana sini :lol: Level confidence tu tinggi sangat :I

dagusengett Publish time 5-11-2022 08:06 AM

What to do dah bagi 2nd chance kena khianat lagi
Better la cerai
Pages: [1]
View full version: 'Kadang Tengok Cheater Ni Muka Tak Gah, Poket Tak Tebal Mana Pun' - Dr Say


ADVERTISEMENT