Racurve Publish time 22-10-2022 04:16 PM

Perbuatan Mendedahkan Aib Tidak Dibenarkan Dalam Islam, Mufti Kelantan Pula Tegur Caprice!

PETALING JAYA: Perbuatan mendedahkan aib seseorang kepada khalayak atas pelbagai alasan adalah tidak dibenarkan dalam ajaran Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, menegaskan perbuatan mungkar tidak boleh ditutup dengan kemungkaran lain kerana terdapat saluran lebih layak untuk menentukan keabsahan sesuatu maklumat yang diterima.

Jelasnya, ini bertepatan dengan mafhum hadis yang melarang umat Islam membuka aib seseorang kerana apabila dimuat naik dalam media sosial sehingga tular, itu jelas membuka pekung seseorang.

“Dalam Islam, kalau kita hendak mencegah kemungkaran bukan dengan melakukan perbuatan ‘mungkar’ lain, tetapi dibalas dengan tindakan ‘makruf’. Sama seperti kalau kita hendak ‘hilangkan air masin, kalau guna air masin juga’, bukan begitu caranya.

“Jadi, kalau kita hendak mendedahkan ‘keaiban’, ada saluran yang lebih terjaga dan tidak terdedah contohnya kepada pihak polis dan hakim. Ia seperti bidalan orang Melayu iaitu menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak ,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan selebriti sensasi, Caprice yang memuat naik rakaman video dan kiriman mesej WhatsApp mendakwa kononnya melibatkan seorang pendakwah selebriti yang terkait dalam pertuduhan melakukan amang seksual.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk ada warga maya yang bersetuju dan sebahagiannya pula menentang tindakan penyanyi rap tersebut.


Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, tindakan Caprice itu juga tidak wajar kerana dibimbangi akan mengancam keselamatannya.

Tegasnya, ada sebab kenapa Allah SWT melarang umat Islam membuka aib seseorang kerana persoalan bagaimana sesebuah perbuatan jenayah itu berlaku perlu didedahkan di mahkamah.

“Kalau sudah berada di saluran sebenar, baru didedahkan. Malah, pihak berwajib juga bukan boleh membuat pendedahan sewenang-wenangnya. Mahkamah juga mempunyai kod etika sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri memberi nasihat setiap individu melakukan kesalahan waima golongan ustaz dan mereka juga tidak lari daripada kesilapan kerana manusia bukan malaikat.

“Lagi tinggi darjat seseorang, lagi tinggi ujian yang Allah SWT berikan. Tidak kira siapapun dia, Nabi Muhammad pernah bersabda: ‘Orang mukmin akan didengki orang mukmin lain.

“Kalau kita fikir bagaimana logik seorang mukmin boleh buat sedemikian? Contohnya, kalau ada individu yang tidak suka dengan saya, sudah pasti dia akan buat cerita bukan-bukan tentang saya. Itu adalah cabaran, fitnah yang boleh berlaku kepada mana-mana golongan.

“Setiap seseorang yang dapat nikmat, pasti ada yang dengki. Kadang-kadang kita tidak sedar terjebak dengan perkara tidak baik tanpa disedari,” katanya.


Racurve Publish time 22-10-2022 04:16 PM

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/photo6240190974458442343.jpg

Acikgomen Publish time 22-10-2022 04:18 PM

Nampaknye pak aji mufti ni pun nak kena wasap kepris lah habuan kupi2:lol:
Boleh buat gathering skali dgn pak aji mokhtar tiktok tuh kena jumpa kepris:funk:
Ayoooooo tacoood

Whitney72 Publish time 22-10-2022 05:28 PM

Acikgomen replied at 22-10-2022 04:18 PM
Nampaknye pak aji mufti ni pun nak kena wasap kepris lah habuan kupi2
Boleh buat gathering skal ...

Kan..org agama akhir zaman ...tapi x pa lar..sesama sskjp ;P;P;P

Whitney72 Publish time 22-10-2022 05:31 PM

Bila geng2 dia tegur org dlm medsoc...x pa pulak...aku x bersutuju dgn Caprice tapi ada benda yg dia buat pd aku ok....kan..kta manusia..dan bukan malaikat..ada buat salah n silap...
Pages: [1]
View full version: Perbuatan Mendedahkan Aib Tidak Dibenarkan Dalam Islam, Mufti Kelantan Pula Tegur Caprice!


ADVERTISEMENT