Racurve Publish time 22-10-2022 12:48 PM

Tak Payah Tunggu Pembongkaran Dari Caprice, Mydin Sendiri Yang Dedahkan Dark Side Mereka!

Ciapan pasar raya Mydin malam tadi benar-benar mencuit hati apabila admin laman Twitter itu makin rancak mengusik selepas isunya bersama penyanyi rap, Caprice tular di media sosial.

Susulan hantaran Mydin yang kuat mengusik dan sentiasa ke hadapan mengikuti arus semasa, netizen turut berseloroh mengatakan Mydin perlu bersedia kerana Caprice pasti akan membongkar sisi gelap pasar raya itu.

Nama Caprice sejak minggu lalu disebut-sebut kerana dia beberapa kali terlibat dalam usaha membongkar salah laku individu yang terlibat dengan kes jenayah seksual dan akan mendedahkan pelbagai sisi gelap individu tertentu yang mencari pasal dengannya.

Susulan itu Mydin memuat naik ciapan berbunyi bergini; “Sisi gelap Mydin: Pukul 10 dah gelap”.

Ciapan itu mengundang geli hati netizen yang kemudian turut menambah ‘rasa’ menyenaraikan sisi gelap Mydin yang lain termasuk kes roda troli yang tidak berfungsi dengan baik.


“Ada lagi, troli Mydin yang ada rode keras tu. Aib Mydin tu. Kang dia muat naik semua gambar troli rosak macam mana?,” seloroh pengguna Twitter.

“Admin ni lepas kes hari tu menjadi-jadi dia ya. Mesti bos bagi naik gaji ni. ‘Okay awak buatlah apa-apa yang buat rakyat suka kita’. Sekarang inilah hasil dia,” tulis pula pengguna lain.

Untuk rekod, Mydin tidak berhasrat memohon maaf kepada Caprice tetapi sebaliknya meminta penyanyi itu memfailkan saman jika benar dia mahu meneruskannya.

Caprice dalam perkembangan terbaru turut memberitahu akan meneruskan saman terhadap Mydin susulan ciapan syarikat itu di Twitter yang menyebut berkenaan ‘cap’ dan ‘rice’ yang dikatakan merujuk kepada dirinya.

Racurve Publish time 22-10-2022 12:48 PM

https://i0.wp.com/my-tv.online/wp-content/uploads/2022/10/312250679_200237252382727_4490653486447429578_n.jpg

Racurve Publish time 22-10-2022 12:48 PM

https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2022/10/WhatsApp-Image-2022-10-21-at-104522-PM.jpeg

Racurve Publish time 22-10-2022 12:49 PM

7156973239917497627

wolfheart Publish time 22-10-2022 12:54 PM

Pandai mydin buat marketing tumpang hype. :lol:

CikDaNdeLi0n Publish time 22-10-2022 04:26 PM

Adakah admin mydin nih yg pnh viral mtk keje online jer duluk tuh?

newyork Publish time 22-10-2022 04:41 PM

Mydin hire budak2 intern ni...ahahah

matjerk Publish time 22-10-2022 05:17 PM

Cuti lama ni... bini dia x bawak balik klate ke.. bukan ke ore klate wajib balik kg klu cuti long weekend. Bawak lah balik kejap.. aman sikit dunia..

wikedsaikel Publish time 22-10-2022 05:21 PM

Aku baru nak tanya berapa banyak benang untuk capris ni lepastu aku pikir why not kalau boleh tenggelamkan juara benang kat sini. Tapi bosan la asik cerita picisan.

MatDeghem Publish time 22-10-2022 05:25 PM

Caprice boleh collect segala tulisan netizen tentang dia akibat tweet mydin. Jadikan evidence....

de_ikea Publish time 22-10-2022 05:25 PM

Apa yg mydin tulis pasal cap and rice?
Sorry byk ketinggalan. Coti2 baru sempat melayari :lol:

Racurve Publish time 22-10-2022 05:34 PM

de_ikea replied at 22-10-2022 09:25 AM
Apa yg mydin tulis pasal cap and rice?
Sorry byk ketinggalan. Coti2 baru sempat melayari

https://harianpost.my/wp-content/uploads/2022/10/mydin-caprice.jpg

aammyy Publish time 22-10-2022 06:00 PM

Admin twitter ni dulu rasanya intern je kot. Pastu cane tah sblm dia blah tu, ramai2 tweet suruh bos mydin ambik dia jadi staff terus. Not bad la dia handle ikut isu semasa, sbb byk official account lain pun sama nak hype mcm dia, reply tweet dia. Tealive pun tumpang sekaki, dorang exchange apa entah tak ingat.

dua_chzy Publish time 22-10-2022 06:01 PM

Maka Mydin kembali menjadi hero penghibur hati rakyat Melayu walau 2020 dulu pernah mengguris Melayu dengan kata2 nista. Pft.

Afifi82 Publish time 22-10-2022 07:07 PM

Hhahahhahahah. Bar bar sekali Mydin. Hahhahaha ;P

de_ikea Publish time 25-10-2022 01:35 PM

Racurve replied at 22-10-2022 05:34 PM


Oo tengkius
Pages: [1]
View full version: Tak Payah Tunggu Pembongkaran Dari Caprice, Mydin Sendiri Yang Dedahkan Dark Side Mereka!


ADVERTISEMENT