Raline Publish time 22-10-2022 11:45 AM

Dakwaan cicit Nabi Muhammad: Dia menipu, dia tanggung - Ustaz Don

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/10/WhatsApp-Image-2022-10-22-at-10.08.05-AM.jpeg
Ustaz Don Daniyal.

Dakwaan cicit Nabi Muhammad: Dia menipu, dia tanggung

PETALING JAYA – “Kalau dia bohong, dia akan terima akibatnya. Kalau dia betul, maka kita kena ikut benda betul”.

Itu maklum balas pendakwah yang juga pengacara, Ustaz Don Daniyal berhubung isu tular di media sosial berkaitan seorang lelaki berketurunan Arab yang didakwa cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Menerusi penjelasan beliau pada video dikongsikan seorang pengguna TikTok, Ustaz Don Daniyal turut menegur sikap segelintir umat Islam yang mengutuk, menghina selain mempersenda keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

“Memang orang itu (individu didakwa cicit kepada Rasulullah) betul atau tidak daripada keluarga nabi, (tapi) perbincangan mesti kena tuntas dan menjaga hati nabi. Jangan berbincang dalam keadaan seolah-olah macam kawan itu salah.

“Kita menghinanya dengan menghina keturunan nabi. Keluarga kita pun, kita tidak mahu orang hina, ini pula keluarga nabi. Tak kisahlah kalau dia nak bohong, dia akan terima akibatnya,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bersembang tentang keluarga nabi adalah dibolehkan, namun bukan dengan mengutuk, menghina dan mempersenda.

“Sedangkan nabi adalah satu-satunya syafaat yang ada untuk kita di akhir zaman.

“Kata ulama, ahli keluarga nabi umpama bahtera Nabi Nuh yang belayar di samudera hari ini. Siapa berpegang kepada ahli keluarga nabi, dia pasti selamat sebagaimana dia berpegang kepada bahtera Nabi Nuh,” jelasnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, lelaki didakwa cicit Nabi Muhammad S.A.W tersebut dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi (Morocco).

Dikatakan Al-Idrisi Al-Maghoribi merupakan Keturunan Sayyid Idris yang bersambung pada Sayyidina Muhammad bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib yang kini merupakan pemimpin Cabang Majlis Rasulullah di negara Maghribi.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut menjadi perdebatan hangat netizen di media sosial berkenaan kesahihan keturunan Rasulullah itu. – KOSMO! ONLINE

asamfish Publish time 22-10-2022 11:52 AM

This is not about dia menipu dia tanggung.Ini menganai scammer yang telah scam ramai orang.

Diamondmoney Publish time 22-10-2022 12:14 PM

Setuju dgn ustad don. Kalau betol tak sanggup aku nk hina keturunan rasulullah. Sb tu aku tak mahu komen apa2 kt thread2 maula ni. Kt fb ke apa ke aku tak berani komen. Jahat2 jgk tp tak nk aku komen perkara2 melibat rasulullah.

Kalau suruh kecam sskjp anytime aku free :lol:

royaldanish Publish time 22-10-2022 12:21 PM

Kenapa ye lelaki itu belom kena hantar balik? Semua org nak sembang tapi tindakan nya takde.

aammyy Publish time 22-10-2022 12:24 PM

Mawla tu mai itu hari buat apa sebenarnya ;P kita nak rasa hormat tu boleh tapi sampai layan dia macam raja, udang pun dikopek, lain macam orang kita ni. Aku takde pulak nampak video dia buat ceramah atau claim dia cucu cicit Rasullulah, video yang dia duduk bersimpuh tu ada la. Ke aku yang terlepas.

hzln Publish time 22-10-2022 12:25 PM

Ok lah. Sama juga la mcm kutuk tepek logo capal atas segala benda pahtu jual rega pasar tel aviv = kutuk sunnah nabi pakai capal, kan? Kan? Kan?

Raline Publish time 22-10-2022 12:27 PM

Diamondmoney replied at 22-10-2022 12:14 PM
Setuju dgn ustad don. Kalau betol tak sanggup aku nk hina keturunan rasulullah. Sb tu aku tak mahu k ...

sskjptu siapa :lol:

hzln Publish time 22-10-2022 12:30 PM

asamfish replied at 22-10-2022 11:52 AM
This is not about dia menipu dia tanggung.Ini menganai scammer yang telah scam ramai orang.

Sama ada terlalu bebal tak paham2 apa yg org pertikai. Ataupun puak2 agamawan ini terlalu ego (kami lebih tinggi ilmu agama, ko saper?) untuk akui yg mereka dan para pengikut sudah berlebih2 dlm berbuat sesuatu hingga menimbulkan fitnah pada agama. My bet is on the latter.

opie5662 Publish time 22-10-2022 12:34 PM

Edited by opie5662 at 22-10-2022 12:37 PM

Tp kite pon jgn la jadi bodoh utk di tipu... Sama mcm bg derma kat scammer... Ustat2 suke cakap, itu antara org yg menipu kita dgn Allah.. Kalau kite di tipu, dpt 2 pahala...

Tp paham tak, kita kalau boleh nk derma tu sampai dekat org yg betul2 perlu.. Bkn dekat scammer, bdk2 rohingya yg kaya2, dkt pemintak sedekah yg belambak kat internet tu semua... Org yg betul2 perlu tak dpt. Ape la bebal sgt. Cukup dgn Allah n nabi Muhammad utk kita.

bottompro Publish time 22-10-2022 12:42 PM

lahanat la ustaz ustaz pala butuh semua ni. bukan pasal dia cicit ke tak bongok. ini pasal di scam. aduihh.. taksub sgt la geng setad2 setejah2. jijik

Dolmat Publish time 22-10-2022 12:46 PM

Edited by Dolmat at 22-10-2022 12:52 PM

hzln replied at 22-10-2022 12:25 PM
Ok lah. Sama juga la mcm kutuk tepek logo capal atas segala benda pahtu jual rega pasar tel aviv = k ...

Duduk terfikir jugak.. kena logo capal Baginda SAW ada atas kepala pemakai? Kenapa mesti ada di atas kepala? Ada hadis sahih ke benarkan?

LadyCarefree Publish time 22-10-2022 12:48 PM

hzln replied at 22-10-2022 11:30 AM
Sama ada terlalu bebal tak paham2 apa yg org pertikai. Ataupun puak2 agamawan ini terlalu ego (kam ...

Susah kan kalau sikit2 sandar pada ugama. Buat salah pun takpe. Lainlah kalau dosa peribadi bolehlah lantakkan. Ini dia menipu dan libatkan org awam kan?

Dolmat Publish time 22-10-2022 12:51 PM

Maaf bertanya... Boleh ke sepupu berkahwin dari adik beradik lelaki sebapak?

Diamondmoney Publish time 22-10-2022 01:06 PM

royaldanish replied at 22-10-2022 12:21 PM
Kenapa ye lelaki itu belom kena hantar balik? Semua org nak sembang tapi tindakan nya takde.

Da lama org tu balik la

Diamondmoney Publish time 22-10-2022 01:07 PM

Raline replied at 22-10-2022 12:27 PM
sskjptu siapa

Kesemua sskjp puihhh :lol:

Incanto Publish time 22-10-2022 01:14 PM

royaldanish replied at 22-10-2022 12:21 PM
Kenapa ye lelaki itu belom kena hantar balik? Semua org nak sembang tapi tindakan nya takde.

hahaha...dah lama balik

kan ada gambar Ustazah Asma menyelit dekat Ebit dan ustaz lain kat epot masa nak hantar dia balik

Lampuled Publish time 22-10-2022 01:16 PM

Klau betul cicit bkn sekadar tak boleh menghina, tp terlampau taksub memuja pun dilarang.
Ni dh mcm melebih lebih. Bersederhana lah. Kagum dgn sifat rasulullaah dn ikut ajaran baginda sudah lah. Jgn smpai jd mcm ugama lain yg memuja sesama manusia.

Incanto Publish time 22-10-2022 01:17 PM

asamfish replied at 22-10-2022 11:52 AM
This is not about dia menipu dia tanggung.Ini menganai scammer yang telah scam ramai orang.

ada ke org Msia dah kena scam dgn dia?


snowater Publish time 22-10-2022 01:22 PM

boleh jgk sbg ustaz die nasihatkn public yg sejenis taksub ni..smpi udang kene kopek, beg kene bwkkn..tgk komen2 kat tiktok melampau2 taksubnye, sahihnye belum pasti

Dolmat Publish time 22-10-2022 01:24 PM

Incanto replied at 22-10-2022 01:14 PM
hahaha...dah lama balik

kan ada gambar Ustazah Asma menyelit dekat Ebit dan ustaz lain kat epot m ...

USTAZAH PUN EXCITED LER... macam freehair dapat jumpa Justin Bieber... ;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Dakwaan cicit Nabi Muhammad: Dia menipu, dia tanggung - Ustaz Don


ADVERTISEMENT