Racurve Publish time 22-10-2022 12:32 AM

Kaunselor Ayah Haji Memberi Teguran, Tapi Caprice Suruh Whatsapp Nak Ajak Berkopi Dan Share Pendapat!

Ditegur jangan buka aib orang, Caprice ajak kaunselor lepak ‘minum kopi’

Kontroversi-kontroversi yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dengan beberapa isu semasa membuatkan netizen tak menang tahan tangan untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaannya.

Dia juga teruk dikecam di media sosial kerana dikatakan ‘koyak’ selepas beberapa pihak diminta untuk memohon maaf kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan ataupun bersedia untuk disaman.

Ditegur untuk tidak bercerita aib orang

Disebabkan beberapa tindakan beraninya yang seakan kurang disenangi oleh masyarakat, seorang kaunselor yang lebih dikenali sebagai Haji Mokhtar atau Ayah Haji telah memuat naik satu video dengan memberikan sedikit teguran kepada selebriti terbabit.

Menerusi teguran itu, dia meminta agar Caprice supaya tidak terlalu berani mendedahkan aib orang lain dan tidak menjadikan media sosial tempat untuk meraih perhatian.

Dosa akan berantai-rantai

Dia meminta agar selebriti itu berhenti mengupas aib orang lain kerana ia tidak disukai oleh Rasulullah. Ujarnya lagi, dia sama sekali tidak memihak kepada sesiapa kerana benar atau salah individu tersebut, ia belum diputuskan oleh pihak mahkamah.

“Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah.

“Ini pesanan haji untuk Caprice dengan kes PU Azman pula. Haji tak nak bela siapa-siapa. Tak kata PU Azman salah atau betul tetapi Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah,” pesannya.

Tambah Ayah Haji lagi, dia hanya memberikan sedikit teguran kerana jika ia terus diulas dan viral, dosanya akan berantai-rantai.

“Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia.

“Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati,” tegasnya.



Caprice nak jumpa Tuan Haji

Namun begitu, Caprice seperti biasa menerusi Insta Story miliknya telah membalas video tersebut dengan meminta agar pihak yang mengenali kaunselor itu menghubunginya untuk sama-sama duduk semeja dan bertukar pandangan.

Dalam kenyataan selebriti berkenaan, dia hanya ingin mengajak Ayah Haji berbual dan minum kopi setelah dirinya ‘dipetik’ dalam video teguran terbabit.

Terdahulu, kisah kontroversi melibatkan Caprice telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila dia cuba membantu remaja-remaja yang dikatakan menjadi mangsa amang seksual kepada seorang pendakwah.

Tak hanya itu, dia juga turut akan menyaman sebuah syarikat pasar raya yang dikatakan memerlinya dalam satu ciapan di Twitter kelmarin.

Racurve Publish time 22-10-2022 12:32 AM

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/10/cap-4.png

Racurve Publish time 22-10-2022 12:33 AM

7156386182757141787

Racurve Publish time 22-10-2022 12:34 AM

7156029354143681819

Racurve Publish time 22-10-2022 12:34 AM

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2022/10/IMG_5724.jpg

Whitney72 Publish time 22-10-2022 02:06 AM

Hek eleh Tn Haji ni pun...spt biasa..geng2 dia ttp dibela ....jnis alim2 kucing..baik diam sudoh ler

Whitney72 Publish time 22-10-2022 02:09 AM

Vengong gak kaunselor ni..bila geng2 dia aibkan org dlm media soc x pa pulak..tp bila geng2 dia buat jahat..mcm2 hadith kluar..poyo

bahagiaselalu Publish time 22-10-2022 10:22 AM

Whitney72 replied at 22-10-2022 02:06 AM
Hek eleh Tn Haji ni pun...spt biasa..geng2 dia ttp dibela ....jnis alim2 kucing..baik diam sudoh ler

Ya Allah, takpelah sekadar nasihat kan sedikit2 dekat Cap tu.
Nasihat yg baik2 kita terima dengan hati yg terbuka

Raman Publish time 22-10-2022 02:07 PM

Banyaknya thread mamat poyo ni dah selevel dengan ex gf n family

jalfa Publish time 22-10-2022 02:12 PM

Haji tu nasihat ok je.cap pon terima dgn lapang dada..dah knp kita lak nak merentan:lol:

olezzeli17 Publish time 22-10-2022 02:42 PM

Raman replied at 22-10-2022 02:07 PM
Banyaknya thread mamat poyo ni dah selevel dengan ex gf n family

Baru nk tanya sapa ex gf dia. Pastu, eh dh ingat. Hahaha. Dia nk lawan kot. :lol:

Whitney72 Publish time 22-10-2022 03:35 PM

bahagiaselalu replied at 22-10-2022 10:22 AM
Ya Allah, takpelah sekadar nasihat kan sedikit2 dekat Cap tu.
Nasihat yg baik2 kita terima dengan ...

Btul dah tu Sis..tp brnasihat jgn double standard...dgn satu geng x nasihat..tp bila geng bkn main lagi...;:$:$:$

BknMaksum Publish time 22-10-2022 03:39 PM

Jgn nasehat si topnas jer, nasehat skli geng2 kopiah. Baru adil.

Raman Publish time 22-10-2022 08:56 PM

olezzeli17 replied at 22-10-2022 02:42 PM
Baru nk tanya sapa ex gf dia. Pastu, eh dh ingat. Hahaha. Dia nk lawan kot.

Haahahahahaha nasib baik ingat. Tak boleh bayang kalau kawen dedua tu….

olezzeli17 Publish time 23-10-2022 12:05 AM

Raman replied at 22-10-2022 08:56 PM
Haahahahahaha nasib baik ingat. Tak boleh bayang kalau kawen dedua tu….

Kalau dedua ni berjodoh dulu, mau Forum Cari ni takde peluang retis lain nk menyelit thread diorang. :lol::lol::lol:
Pages: [1]
View full version: Kaunselor Ayah Haji Memberi Teguran, Tapi Caprice Suruh Whatsapp Nak Ajak Berkopi Dan Share Pendapat!


ADVERTISEMENT