Racurve Publish time 20-10-2022 11:38 PM

Akan Tolong Orang Ramai, Caprice Akan Jadi YB Tempel Kalau Sertai PRU 15 Nanti!

Caprice boleh terima digelar ‘Mat Tempel’ tapi kesal pasar raya ternama ajak orang ramai kutuk, sindir

NAMPAKNYA kontroversi yang terkait terhadap penyanyi rap, Caprice terus berpanjangan dan kali ini pula dia terasa hati kononnya disindir secara terbuka di media sosial oleh sebuah pasar raya.

Justeru, Caprice berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jenama besar berkenaan.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 34, tindakan pasar raya itu memuat naik hantaran berbentuk sindiran di media sosial rasmi mereka dilihat berniat untuk mengajak orang ramai mengecam dirinya berhubung beberapa isu panas sebelum ini.

"Bagi saya, nama besar seperti Mydin mengajak orang untuk mengutuk dan memerli ketika bercakap mengenai isu panas yang melibatkan PU (Pencetus Ummah) adalah tidak sesuai.

"Keluarga saya juga membeli belah di Mydin tapi apabila hantaran berkenaan tular di media sosial rasmi membuatkan kami rasa kurang selesa dan tidak selamat untuk pergi ke sana lagi.

"Sudah tentu kami terkejut dan kecewa kerana jenama besar yang kami kagumi itu akhirnya membuat posting mengajak orang menyindir dan mengecam dalam isu yang sedang hangat ini," katanya kepada mStar yang turut menuntut Mydin membuat permohonan maaf sebelum tindakan saman diambil.

Mengulas mengenai dirinya semakin sensitif dan tidak boleh 'diusik' seperti dikatakan netizen, Caprice berkata dia tidak pernah ambil pusing dengan kecaman yang diterima namun bukanlah melibatkan isu pembongkaran yang sedang hangat diperkatakan.

Malah, dia juga tidak kisah digelar 'Mat Tempel' atau individu yang suka mengambil kesempatan dengan apa-apa isu yang sedang berlaku kini.

"Kalau saya sertai Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) nanti saya akan jadi YB Tempel. Saya akan tolong ramai orang semampu saya.

"Dari dulu lagi saya tak ada hal nak diusik, tapi kali ini kami lebih kuat dan melawan kerana melibatkan PU terkenal.

"Sebab kenyataan PU juga membuatkan isteri saya diserang dengan gelaran pelacur," jelasnya.

Ditanya mengenai pembongkaran seterusnya, dia berkata banyak lagi rahsia yang disimpan sejak dia pulang dari Gaza, Palestin, Jun tahun lalu.

"Semua pembongkaran ini akan membawa keada rahsia besar yang saya simpan sejak balik dari Joran ke Gaza. InsyaAllah," tambahnya.

mStar sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak Mydin berhubung isu ini.

Racurve Publish time 20-10-2022 11:38 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2022%2F10%2F20%2F1784115.jpeg

Racurve Publish time 20-10-2022 11:39 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/10/20/1784028.png

rogayahtop Publish time 21-10-2022 03:30 AM

bantu diri sendiri potong bulu hidung pls sis.

makadek Publish time 21-10-2022 03:54 AM

Bab Jordan gaza I am interested ok get it

BknMaksum Publish time 21-10-2022 04:52 AM

Cer gi korek rahsia2 menteri2/ ahli politik yg bertanding pru. Nk gak tau.

chep Publish time 21-10-2022 06:08 AM

Dia? Mengata org boleh, kalo terkena kat dia meroyanan,. :huffy:huffy:huffy

matjerk Publish time 22-10-2022 12:14 AM

Puiiiiii YB kunun... kena sindir sikit pun meroyan... blah laaaaaaa...

matjerk Publish time 22-10-2022 12:15 AM

Racurve replied at 20-10-2022 11:38 PM


Kenapa dia suka sgt langut tunjuk lubang hidung besar dia tu

Afifi82 Publish time 22-10-2022 12:28 AM

Euwww . Xlayak langsung jadi YB.

kucing_gebu Publish time 22-10-2022 04:33 PM

matjerk replied at 22-10-2022 12:14 AM
Puiiiiii YB kunun... kena sindir sikit pun meroyan... blah laaaaaaa...

Dia ni kalau jd pemimpin, hampir 3/4 rakyat malaysia lps masuk dlm dek krn kutuk2 dia. Kes mahkamah semua penuh dgn kes saman dia. Maklum la xblh org sebut apa je yg buat dia aib

kucing_gebu Publish time 22-10-2022 04:33 PM

matjerk replied at 22-10-2022 12:15 AM
Kenapa dia suka sgt langut tunjuk lubang hidung besar dia tu

Dia rasa dia nmpk hebat

kucing_gebu Publish time 22-10-2022 04:34 PM

Afifi82 replied at 22-10-2022 12:28 AM
Euwww . Xlayak langsung jadi YB.

Dia dh sememangnya YB
Yang Bangang

matjerk Publish time 22-10-2022 05:12 PM

kucing_gebu replied at 22-10-2022 04:33 PM
Dia ni kalau jd pemimpin, hampir 3/4 rakyat malaysia lps masuk dlm dek krn kutuk2 dia. Kes mahkama ...

X habeh2 sebut apps yg dia bina.. puiiii sungguh mana2 hala pegi sebut psl apps dia....

Bukak history dia jap. Dulu ada issue dgn grup nasyid mana ntah.. yg dia janji nak collabrate... so dorang whatsapp dia x reply... call x angkat.. lps tu dorang ceta hal tu kat media ke ..or social media...something like that..

Then mcm biasa melantun2 meroyan.. tunjuk ss wasap dia ada beribu message.. hahahah aku yg bukan retis pun wasap beribu... wasap grup je kot... tp klu ko collabrate dgn sesapa.. mesti ko check gak wasap .Call jawab... jenis x ngaku salah sendiri..tp meloncat2... pasti ungkit la dia buat appss ni    tu je lah modal dia.. mengungkt hal apps ni..

Afifi82 Publish time 22-10-2022 07:05 PM

kucing_gebu replied at 22-10-2022 03:34 PM
Dia dh sememangnya YB
Yang Bangang

Kannn!! Setuju!! Yang Bengap too ;P

Racurve Publish time 22-10-2022 07:31 PM

Meh Tambah Lagi

Afifi82 replied at 22-10-2022 11:05 AM
Kannn!! Setuju!! Yang Bengap too

Yang Bongok
Yang Bengong
Yang Bodoh
Yang Bangsat
Yang Bahlol

Yang Babi


Belibis Publish time 22-10-2022 07:50 PM

Kena sindir jer pun..takkan sampai nak berbelanja kat meden rasa tak selamat..bukan ada ugutan bunuh.

Afifi82 Publish time 22-10-2022 08:43 PM

Racurve replied at 22-10-2022 06:31 PM
Yang Bongok
Yang Bengong
Yang Bodoh


Hahahah. Semuaaa sis setujuuu. Kuat sgt merempan mcm PMS level tinggi. Pas kawin, dia amik PMS bini dia,kut.
;P

Markonah_7 Publish time 13-1-2023 06:16 PM

Keje meroyan je nak jadi YB atok diaaa
Pages: [1]
View full version: Akan Tolong Orang Ramai, Caprice Akan Jadi YB Tempel Kalau Sertai PRU 15 Nanti!


ADVERTISEMENT