CARI-MAL Publish time 20-10-2022 11:29 PM

'Ikan Duyung Punya Oder Kot' - Lori J&T Sampai Ke Pantai, Sesat Guna Waze Ke?

Perkongsian video memaparkan 'kelibat' lori kurier J&T di pesisir pantai, mencuit hati warga maya.


Mana tidaknya, di kala orang awam sedang beriadah dan bersantai sambil menikmati hembusan angin petang, lori berkenaan selamba melalui kawasan berpasir yang menjadi laluan kenderaan di pantai tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/20/232755sk0mrap7hwpvfd5p.jpgTikTok




Apa yang melucukan, kedengaran suara wanita yang merakamkan video berkenaan sempat melaung bertanyakan bungkusannya, dalam nada gurauan.


"Parcel saya mana bang? Sampai ke laut dia hantar," jeritnya ke arah lori berkenaan.


Menerusi ruangan komen, pemilik akaun TikTok @syuuu106 memaklumkan insiden lucu itu dirakamkan di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor.


Menurutnya, video berkenaan dirakamkan oleh adiknya sekitar pukul 6.30 petang beberapa hari lalu.




202210up_1666279616217


Sehingga kini, video tersebut meraih melebihi 94,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, malah meriah dengan komen-komen lucu netizen.


Pelbagai andaian yang dibuat mengenai kelibat lori berkenaan dengan ada yang berpendapat, berkemungkinan pemandunya tersilap mengikut arahan pada aplikasi pandu arah sehingga tersesat masuk ke kawasan itu.


Malah ada juga netizen dalam nada berseloroh berpendapat kemungkinan lori berkenaan sedang dalam perjalanan menghantar bungkusan yang dipesan 'makhluk dalam laut'.


Namun ada segelintir daripada netizen memuji syarikat kurier berkenaan kerana efisien dan komited dalam urusan penghantaran barang kepada pelanggan sehingga sanggup menghantar ke mana jua lokasi termasuk pantai.


Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat berkemungkinan pemandunya mahu menenangkan diri dengan menikmati seketika pemandangan laut.


Tidak kurang juga yang meluahkan kekhuatiran sekiranya tayar lori terbenam di dalam pasir pantai dan terpaksa menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/20/232756losmy54y35symlw3.jpg



"Jangan jadi macam King Myvi pula," komen seorang netizen, merujuk kepada insiden yang berlaku beberapa hari lalu di pesisir Pantai Sentosa, Sekinchan, di mana tayar kereta tersebut terbenam di dalam pasir sehingga tular di media sosial.




Sumber: mStar

Isabel69 Publish time 3-11-2022 08:05 PM

This article is really amazing. Thanks for the sharing.

ReginaGeorge Publish time 6-11-2022 10:03 AM

Duyung order bra baru :lol:

twinkleboo Publish time 6-11-2022 10:36 PM

Hahahhahahahahaha mermaid pun order dari Shoppee sekarang

SalenaGomez Publish time 9-11-2022 07:56 AM

Penah jadi kat SG …waze bawak pegi kubur, kita nak cari kedai makan :'(
Pages: [1]
View full version: 'Ikan Duyung Punya Oder Kot' - Lori J&T Sampai Ke Pantai, Sesat Guna Waze Ke?


ADVERTISEMENT