Racurve Publish time 19-10-2022 12:54 PM

Menziarahi Keluarga Mangsa, Rasa Sebak Mendengar Amalan Arwah Yang Sangat Menjaga Solat!

“Menangis Dengar Kisah Baik…” – Ebit Lew Sebak Jumpa Keluarga Allahyarhamah Nurul Nazihah

Kemalangan menyayat hati yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan , berhampiran Sedenak baru-baru ini menimbulkan rasa pilu orang ramai selepas tular video seorang suami yang merintih sayu melihat isterinya berada dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Hadir Ziarah Suami & Keluarga Arwah

Terkini, pendakwah bebas, Ebit Lew membuat perkongsian di media sosial yang hadir menziarahi suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah.

    “Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru-baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW.”- tulis Ebit

Sangat Menjaga Solat & Suka Kongsi Nasihat Agama

Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini meluahkan rasa sebak selepaskeluarga arwah berkongsi amalan arwah Nurul Nazihah yang sangat menjaga solat sejak remaja sehinggalah ke alam perkahwinan.

    “Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini.”-Kongsi Ebit

Di akhir hantarannya, Ebit Lew turut menitipkan doa agar suami dan keluarga arwah agar terus kuat dan tabah di atas ujian yang berlaku.

Racurve Publish time 19-10-2022 12:54 PM

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/10/Picsart_22-10-19_10-23-02-236.jpg

Racurve Publish time 19-10-2022 12:55 PM

https://www.instagram.com/reel/Cj2kps4DBPy/

lyshafull Publish time 19-10-2022 09:23 PM

Halah ko ni sibuk betul la
Pages: [1]
View full version: Menziarahi Keluarga Mangsa, Rasa Sebak Mendengar Amalan Arwah Yang Sangat Menjaga Solat!


ADVERTISEMENT