CARI-MAL Publish time 17-10-2022 11:07 PM

Lelaki Ditinggal Bakal Isteri Lepas Larang Guna Produk Penjagaan Muka

Seorang gadis di Bandung, Indonesia berkongsi pengalaman pernah berkenalan dengan lelaki yang mengajaknya berkahwin tetapi meminta agar dia berhenti menggunakan produk penjagaan kulit, lapor laman berita Wolipop semalam.


Gadis bernama Irtsani Ghanis itu berkata, pertemuan dia dengan lelaki itu hanya berlaku di media sosial sebelum jejaka tersebut meminta izin bertemu ibu bapa untuk melamarnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/17/230607up5sdjzjspd3lbdb.jpgGambar hiasan




Selepas sebulan berhubungan, lelaki itu mula menanyakan hal-hal yang dianggap pelik oleh Ghanis termasuk melarangnya memakai produk penjagaan muka.


“Kulit muka saya memang bermasalah terutama cepat tumbuh jerawat dan saya sering mendapatkan rawatan di klinik serta mementingkan produk penjagaan muka bagi memastikan wajah kekal sihat.


“Lelaki itu tahu akan rutin tersebut dan meminta saya berhenti melakukannya selepas berkahwin dengan alasan ia seperti menunjukkan saya mementingkan rupa fizikal,” jelasnya.


Tambah Ghanis, lelaki itu juga seolah memberi isyarat agar wang gaji saya yang digunakan untuk membeli produk penjagaan kulit perlu digunakan untuk membantu kewangan rumah tangga.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/17/230607n98h58645i5w2pmw.jpgTikTok @sanialghans





“Saya tidak pernah bertanya atau menyuruh dia menanggung kos pembelian produk muka saya malah tidak tahu apakah pekerjaannya pada ketika itu.


“Apabila dia mula mengenakan syarat tidak masuk akal seperti itu, saya berhenti menghubunginya kerana karakternya mencurigakan,” ujarnya.




Sumber: Xtra

eyansss Publish time 18-10-2022 04:46 AM

Edited by eyansss at 18-10-2022 04:48 AM

Tambah Ghanis, lelaki itu juga seolah memberi isyarat agar wang gaji saya yang digunakan untuk membeli produk penjagaan kulit perlu digunakan untuk membantu kewangan rumah tangga.

bila lelaki bagi signal ko kena keluar duit untuk urusan rumahtangga, tinggalkan lelaki tu!nampak sangat bakalan jadi biawak hidup...aku pernah tinggalkan sorang jate ni bila dia cakap - ko kena keje walau lepas kawen...ko kena tolong aku dari segi financial...thats it...

DayangKirana Publish time 18-10-2022 08:01 AM

belum ape2 dah nak control duit ko..
memang patut pon jantan sengkek gini kena tinggal..

matbad Publish time 18-10-2022 12:39 PM

eyansss:Edited by eyansss at 18-10-20 ...
Sesuatu sgt kannn

ayukpingu Publish time 19-10-2022 04:23 PM

dah kenapa??
Pages: [1]
View full version: Lelaki Ditinggal Bakal Isteri Lepas Larang Guna Produk Penjagaan Muka


ADVERTISEMENT