missroses87 Publish time 17-10-2022 10:19 PM

Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Bela Nasib Pelajar, Warganet Sokong Guru Hebat Ini!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/17/165233m3wfaeiaoo2lh7nw.jpg
Sumber Foto: FB




Sejak akhir-akhir ini, kecoh mengenai Cikgu Fadli Salleh yang menerima surat dari pihak atasan dek lantang bersuara mempertahankan hak anak-anak di Malaysia.

Di mata warganet, Cikgu Fadli antara salah seorang figura dihormati ramai.

Untuk info, Cikgu Fadli merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah yang mengajar subjek Matematik. Selain itu, beliau juga cukup aktif terbabit dengan sebuah NGO yang menyalurkan pelbagai bantuan kepada orang susah dan mangsa banjir.


Keperibadian Cikgu Fadli ini menjadikan dirinya cukup dihormati ramai.


Antara isu yang pernah dibangkitkan oleh Cikgu Fadli Salleh adalah silibus pelajaran yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan tahap usia murid serta isu beg sekolah berat yang menjadi perhatian ramai dan pernah dibincangkan dalam salah sebuah rancangan televisyen.







Disebabkan perkongsian tersebut, Cikgu Fadli muncul mengadakan live di TikTok dan sempat dirakamkan dan dimuat naik semula oleh beberapa akaun aplikasi tersebut. Berikut antaranya:


[


Apa-apa pun, di ruangan komen rata-rata warganet menyokong Cikgu Fadli Salleh dan mengharapkan guru ini tidak dikenakan sebarang tindakan yang memudaratkan. Jika tiada Cikgu Fadli siapa lagi yang berani bersuara? - CARI

KirazMevsimi Publish time 18-10-2022 08:13 AM

moga ALLAH tunjukkan jalan keluar terbaik untuk semua pihak
Pages: [1]
View full version: Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Bela Nasib Pelajar, Warganet Sokong Guru Hebat Ini!


ADVERTISEMENT