Raline Publish time 16-10-2022 07:42 PM

Berlian merah jambu RM273 juta

Berlian merah jambu RM273 juta
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pinkka1610hm_1665902345.jpg
BERLIAN Williamson Pink Star. FOTO Sotheby's/AP


Hong Kong: Berlian merah jambu dilelong pada harga 52 juta pound sterling (kira-kira RM273 juta) di Hong Kong, baru-baru ini.

Berlian Williamson Pink Star seberat 11.15 karat itu dilelong kepada pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada lelongan oleh Sotheby's.

Ia dinamakan sempena dua lagi berlian merah jambu iaitu CTF Pink Star yang dijual pada harga AS$71.2 juta (kira-kira RM334 juta) pada 2017, dan satu lagi berlian merah jambu digelar 'Williamson' yang dihadiahkan kepada mendiang Ratu Elizabeth II.

Pengarah Urusan London 77 Diamonds, Tobias Kormind berkata, nilai batu berlian itu meningkat kerana secara simboliknya dikaitkan dengan Ratu Elizabeth II.

"Ini adalah lelongan yang mengagumkan, membuktikan nilai berlian masih kukuh dalam suasana ekonomi yang goyah.

"Apabila anda memiliki barangan yang dikaitkan dengan mendiang Ratu Elizabeth sudah pasti harganya akan meningkat," katanya.

Menurutnya, berlian berkualiti tinggi ini dilelong dengan harga yang lebih tinggi dalam tempoh lebih 10 tahun lalu.

'Williamson' seberat 23.6 karat diberikan kepada mendiang ratu oleh ahli geologi Kanada, John Thoburn Williamson pada 1947.

Berlian itu digubah sebagai kerongsang bunga yang direka Frederick Mew dari Cartier pada 1953.

Berlian 'Williamson' dikatakan menjadi kegemaran mendiang ratu yang memakainya dalam banyak acara rasmi ketika pemerintahannya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/10/893043/berlian-merah-jambu-rm273-juta

Pages: [1]
View full version: Berlian merah jambu RM273 juta


ADVERTISEMENT