Raline Publish time 16-10-2022 07:04 PM

Sering jadi mangsa 'body shaming'

Sering jadi mangsa 'body shaming'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/16hmbengahhhh2_1665874835.jpg
NOR Atierah bersama Muhammad Haffis ketika membuat review makanan.

Walaupun sering menjadi mangsa body shaming, sedikit pun tidak pernah menggugat semangat pempengaruh ini untuk terus aktif membuat review makanan.

Apatah lagi, kerjaya itu banyak mengubah kehidupannya kepada tahap yang lebih baik.

Buktinya, di sebalik cabaran itu dan hasil kerja kerasnya membuat ulasan berkaitan makanan, Nor Atierah Zulfatie Zulkifli, 25, mampu memiliki rumah dua tingkat berharga lebih RM400,000 dan kenderaan mewah.

Nor Atierah Zulfatie berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan tidak membalas ulasan negatif pada video ulasan makanan yang dimuat naik di setiap platform media sosial miliknya.

"Saya juga cuba mengurangkan membaca komen negatif bagi mengelakkan emosi terganggu.

"Antara komen yang diterima ialah meminta saya menjaga makan untuk mengelakkan pelbagai penyakit. Saya terima semua komen daripada netizen sama ada yang positif ataupun negatif.

"Cuma saya tidak begitu gemar apabila orang terlalu berlebihan dalam memberi komen negatif kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat.

"Komen itu pula dibuat hanya kerana melihat saya makan makanan dalam hidangan yang banyak serta menikmatinya dengan penuh berselera," katanya.

Menurut Nor Atierah Zulfatie, sebenarnya dia tidak menghabiskan semua hidangan dan makanan yang disediakan itu untuk rakaman ulasan makanan.

Dia yang menetap di Sepang, Selangor berkata, dia tidak menyangka membuat ulasan makanan menjadi pekerjaannya yang dibantu suami, Muhammad Haffis Al Haffus Johari, 30.

"Saya mula berjinak-jinak dengan profesion ini pada 2017 yang mana ketika itu, ia dilakukan hanya sekadar suka-suka.

"Video pertama iaitu ulasan berkaitan mi ramen menjadi tular sehingga saya digelar Queen of Ramen kerana view video itu tinggi.

"Ketika itu, mi ramen baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dan sejak itu ia mendapat sambutan menggalakkan masyarakat," katanya.

Nor Atierah Zulfatie berkata, pada 2017, belum ramai yang menjadi pempengaruh dan dia antara pempengaruh wanita terawal membuat mukbang.

"Selepas tular video ulasan makanan, saya mula terima banyak tawaran berbayar untuk mengulas makanan sehingga kini.

"Saya mengakui tugas ini turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Saya lakukan profesion ini kerana minat dan ia sesuai dengan saiz fizikal.

"Saya berharap warga maya tidak menghina pekerjaan pempengaruh bertubuh besar yang membuat ulasan makanan, fesyen atau produk kecantikan.

"Hormati pekerjaan mereka kerana penghinaan itu satu budaya yang tidak sihat," katanya.

Dituduh peralat adik OKU untuk view

"Saya pernah dituduh mempergunakan adik yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sebagai bahan dalam video review makanan untuk meraih simpati, view dan pengikut," kata Hammad Zamakhshari Mohd Noor.

Hammad Zamakhshari, 35, ialah pempengaruh media sosial yang aktif membuat video ulasan makanan bersama Afiatul Salsabiila, 24, atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Pia.

Menariknya, ia bukan sekadar ulasan makanan, malah turut diselitkan drama pendek berkisarkan keluarga dan isu semasa.

Hammad Zamakhshari yang lebih mesra disapa Bengah berkata, dia tidak begitu mengambil pusing komen negatif netizen yang tidak memahami tujuannya menampilkan Cik Pia dalam setiap review makanan.

Katanya, dia menggunakan peluang itu ke arah kebaikan untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama Cik Pia.

"Tambahan pula, drama ini dilakonkan secara spontan. Cik Pia juga enjoy walaupun adakalanya dia (Cik Pia) tiada mood untuk bersama-sama membuat video ulasan makanan dan drama pendek," katanya.

Hammad Zamakhshari berkata, dia mula membuat video ulasan makanan pada 2016 sebelum mendapat banyak permintaan untuk melakukannya.

"Alhamdulillah, tawaran ini masih berterusan. Tentunya saya dan isteri menumpang tuah serta rezeki daripada Cik Pia.

"Setiap video ulasan makanan yang membabitkan Cik Pia pasti mendapat sambutan," katanya.

Selain itu, katanya, dia turut membuat ulasan makanan bagi membantu usahawan terutamanya peniaga baru memperkenalkan produk keluaran mereka

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/892912/sering-jadi-mangsa-body-shaming

Page88 Publish time 16-10-2022 08:47 PM

Well, body shaming is not good but do not eat like this. Unhealthy.

Page88 Publish time 16-10-2022 08:47 PM

Well, body shaming is not good but do not eat like this. Unhealthy.

zagher Publish time 3-12-2022 02:48 AM

تشتهر المملكة العربية السعودية بمراكزها التجارية مطاعم السعودية الحديثة التي أُعدت على مستوى عالي جدًا من التطور مما جعلها جنة للمتسوقين، حيث تضم مولات الامارات مجموعة كبيرة من أفضل العلامات التجارية دليل المولات بجانب بعض مرافق الترفيه والمطاعم، لذلك فهي تقدم تجربة تسوق لا مثيل له حدائق السعوديةإذن إذا كنت متحمس لخوض تجربة التسوق في هذه مولات السعودية هيا بنا لنتعرف على 10 من أفضل حدائق الامارات يحدها من الشمال جمهورية العراق والأردن وتحدها دولة الكويت من الشمال الشرقي دليل البوصلة ومن الشرق تحدها كل من دولة قطر والإمارات العربية المتحدةبالإضافة إلى مملكة البحرين التي ترتبط بالسعودية من خلال جسر الملك فهد الواقع على مياه الخليج العربي، ومن الجنوب تحدها اليمن، وسلطنة عُمان من الجنوب الشرقي، كما يحدها البحر الأحمر من جهة الغرب.

zagher Publish time 3-12-2022 02:50 AM

تشتهر المملكة العربية السعودية بمراكزها التجارية مطاعم السعودية[https://elbosla.com/restaurants//url] الحديثة التي أُعدت على مستوى عالي جدًا من التطور مما جعلها جنة للمتسوقين، حيث تضم مولات الامارات مجموعة كبيرة من أفضل العلامات التجارية دليل المولات بجانب بعض مرافق الترفيه والمطاعم، لذلك فهي تقدم تجربة تسوق لا مثيل له حدائق السعودية  إذن إذا كنت متحمس لخوض تجربة التسوق في هذه مولات السعودية هيا بنا لنتعرف على 10 من أفضل حدائق الامارات يحدها من الشمال جمهورية العراق والأردن وتحدها دولة الكويت من الشمال الشرقي دليل البوصلة ومن الشرق تحدها كل من دولة قطر والإمارات العربية المتحدةبالإضافة إلى مملكة البحرين التي ترتبط بالسعودية من خلال جسر الملك فهد الواقع على مياه الخليج العربي، ومن الجنوب تحدها اليمن، وسلطنة عُمان من الجنوب الشرقي، كما يحدها البحر الأحمر من جهة الغرب.
Pages: [1]
View full version: Sering jadi mangsa 'body shaming'

ADVERTISEMENT