Raline Publish time 16-10-2022 05:09 PM

Ebit Lew jumpa individu dakwa keturunan Rasulullah, Mawla Muhammad

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/10/WhatsApp-Image-2022-10-16-at-2.51.16-PM.jpeg
Pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew berasa bertuah dapat bertemu dengan individu yang mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.


Ebit Lew jumpa individu dakwa keturunan Rasulullah, Mawla Muhammad

PETALING JAYA – Pendakwah bebas popular, Ebit Lew melahirkan rasa bertuah dapat bersua muka dengan individu yang mendakwa dirinya keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.

Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran status terbaharu media sosialnya.

“Rezeki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjumpa dengan Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi. Alhamdulillah, terkesan dengan akhlak mulia Mawla lemah lembut orangnya.

“Orang soleh dan penuh dengan adab. Merendah diri orangnya. Saya minta beliau mendoakan saya. Beliau minta saya doakannya. Kami saling mendoakan,” coretnya menerusi satu entri dalam Facebook selain menyertakan beberapa keping foto bersama individu kelahiran Maghribi itu.

Menerusi hantaran status sama, Ebit memaklumkan, dalam pertemuan tidak dirancang tersebut, dia sempat meminta nasihatberkenaan ujian dalam berdakwah menegakkan syiar Islam.

“Sempat saya minta nasihat tentang ujian dalam dakwah dan hidup. Katanya, apabila ada ujian itulah dakwah.

“Rasulullah SAW doa hidayah untuk umat. Nabi Muhammad SAW tidak minta dibaling batu ketika di Thaif tetapi ujian tidak berhenti.

“Rasulullah SAW tetap mendoakan kebaikan dan hidayah. Sunnatullah dalam dakwah ditentang dan diuji. Ya Allah berjuta kebaikan yang Kau berikan padanya, berikanlah sedikit pada saya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Mawla gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri membuatkan program beliau di Kedah, Terengganu, Kelantan dibatalkan. Sementara itu, nasab keturunan individu itu yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pihak mereka tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10/16/ebit-lew-jumpa-individu-dakwa-keturunan-rasulullah-mawla-muhammad/

makadek Publish time 16-10-2022 05:10 PM

2 2 pn walauntaaaa wall fadang fasirun

samshik Publish time 16-10-2022 05:13 PM

Kalu cikman kono tahan... Awat die nie lek2 leh mryp merata??

Meiizu Publish time 16-10-2022 05:58 PM

Me ollllss meme tak cayoo golongan nabi2 nehh iyekerrr

umbut Publish time 16-10-2022 06:09 PM

Penonggang jumpa penonggang

rhea85 Publish time 16-10-2022 07:22 PM

buat muka kering je yebit ni ye walaupun kes2 berlambak

lotionmilo Publish time 16-10-2022 07:23 PM

Ewwwwwwwwwwwwwwww

talia Publish time 16-10-2022 07:26 PM

Ziziks :mad:

Dolmat Publish time 16-10-2022 07:26 PM

Cer depan2 betina pakai bikini lambung tetek depan ni dua... Rasa2....? ;P

BknMaksum Publish time 16-10-2022 07:28 PM

Nahh, iols kutip dr twitter.

Dolmat Publish time 16-10-2022 07:37 PM

Nabi SAW suruh ikut Al Quran Dan Sunnah bukan suruh agung2 keturunan dia...

Bengoooonggggg

makadek Publish time 16-10-2022 07:39 PM

Agak2 dia berani tak nk jmpe cikgu fadhli
Dia ni kan pantang sauk je semua

Cekla Publish time 16-10-2022 08:06 PM

Topinasi dok pumpang dedah psl kes pedo cikmankat ig..hawat dia tak buat kat dewasayu ni..masih ramai pembackup dewasayu yg masih buta sbb tak tgk bukti dr mangsa

I.K.A888990 Publish time 16-10-2022 08:10 PM

ustazah asma tu pn ada kan pi sekali tgk
so mmg dah siasat ke dia ni sahih ke tak

jihyomelly Publish time 16-10-2022 08:15 PM

I.K.A888990 replied at 16-10-2022 08:10 PM
ustazah asma tu pn ada kan pi sekali tgk
so mmg dah siasat ke dia ni sahih ke tak

ha ah tgk setazah semah pun ada jugak

.HannahMontana. Publish time 16-10-2022 08:53 PM

tengok muka pun xbuat kita rasa nak bertaubat lagi nak mengaku keturunan Nabi

sekor sekor muka gila poen

jijik dohhhhhhh

Mamajiyem Publish time 16-10-2022 09:19 PM

Dia ni Kat negara dia kerajaan dia iktiraf Tak dia ni keturunan rasulullah? Kita bukan benci keturunan rasulullah cuma skrg ni jenis2 penunggang agama ni ramai

bawaku_terbang Publish time 16-10-2022 09:24 PM

aku ingat hati aku hitam sgt xcaya keturunan ni :lol:

nipskacang Publish time 16-10-2022 09:25 PM

Ustazah asma pon ada jumpa maula ni kat airport

Whitney72 Publish time 16-10-2022 09:35 PM

Keturunan Rasulllah yg mana ya? Cucu Nabi tu Hassan dan Hussein tu ada ank ke?
Ari tu prnah dgr ustaz brtau..mmg Allah pendekkan umur keturunan Rasul Allah..sbb takut jd mcm ni lar..dok puja2 ..

Guru tarekat pun dok puja2 mcm Tuhan..apatah lagi keturunan Nabi kan..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Ebit Lew jumpa individu dakwa keturunan Rasulullah, Mawla Muhammad


ADVERTISEMENT