YgBenar Publish time 15-10-2022 12:13 AM

Hadiahkan stall,Tersentuh Tengok Warga Emas Berniaga Sampai Malam, Ebit Lew Teringat Arwah Mak

Edited by YgBenar at 15-10-2022 12:15 AM

https://www.instagram.com/reel/Cjp3BK_j3hj/?igshid=NDRkN2NkYzU=
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) dilihat tiba di Seberang Takir, Terengganu untuk membantu seorang warga emas yang berniaga di kawasan tersebut.

Menurut Ustaz Ebit, dia ada terbaca satu kisah mengenai seorang mak cik yang berniaga secara kecil-kecilan di Seberang Takir. Wanita tersebut seorang yang sangat kuat dan menjadi pembakar semangat buat anak perempuannya yang baru kehilangan suami. Lebih menyedihkan, warga emas itu perlu menyara dua orang cucunya yang masih kecil.

Bila tengok seorang mak ingin memberi semangat pada anak-anak terasa sayu hati. Berniaga sampai malam. Teringat mak saya sendiri. Begitulah kebanyakan mak kita dan wanita hari ini yang sama-sama bekerja keras demi anak-anak. Ya Allah. Hanya Allah yang membalas segala kebaikan ibu yang berkorban dalam keluarga.

Begitulah nasib hidup kita berbeza tetapi disebalik semua kisah hidup kita ialah seorang wanita yang terlalu besar pengorbanannya. Mak saya pesan ketika kritikal sakit dulu, ebit dulu ada orang yang sayang dan selalu doakan kita. Sekarang giliran kita sayang dan buat baik pada orang lain.

Bercerita lebih lanjut, Ustaz Ebit berkata dia telah memberi sedikit sumbangan dan hadiah buat warga emas itu. Bukan itu sahaja, sebuah ‘stall’ untuk kegunaan berniaga turut diberikan pada masa itu.

Makcik ni gembira sangat. Bila makcik ni tersenyum terasa bahagia sangat. Ya Allah bantulah permudahkan keluarga ini.

Sumber: Ebit Lew

Pages: [1]
View full version: Hadiahkan stall,Tersentuh Tengok Warga Emas Berniaga Sampai Malam, Ebit Lew Teringat Arwah Mak


ADVERTISEMENT