YgBenar Publish time 14-10-2022 11:57 PM

Richard Barrow sangat kagum dengan setiap aspek yang disediakan KTM, malah menyamakan servis layanannya seperti dalam penerbangan.

Edited by YgBenar at 14-10-2022 11:59 PM

https://twitter.com/RichardBarrow/status/1580434850011414528?t=2tqKQzZKuQA7rqTDeZp_HQ&s=19
Jelas Richard, dia sangat kagum dengan setiap aspek yang disediakan KTM, malah menyamakan servis layanannya seperti dalam penerbangan.

Pelancong puji perkhidmatan KTM
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh seorang pelancong, Richard Barrow iaitu seorang penulis dan guru di Thailand yang memuji keselesaan yang diberikan oleh KTM semasa melancong di negara ini.

Menerusi hantaran itu, Richard memaklumkan dia memilih untuk menaiki KTM bagi perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

Dia kemudian membeli tiket kelas perniagaan yang berharga RM150 bagi perjalanan yang memakan masa selama empat jam.

Kagum dengan setiap perkara semasa berada di dalam KTM
“Saya sangat kagum dengan segala-galanya. Thailand perlu menaik taraf perkhidmatan pengangkutan mereka. Saya tahu mereka kini mempunyai kereta api Red Line tetapi masih belum sama seperti ini. Kami memerlukan sesuatu seperti ini untuk ke Chiang Mai.

“Tidak lama selepas kami berlepas, pelayan akan datang membawa makanan tengah hari yang sudah termasuk di dalam harga tiket. Kemudian dua jam selepas itu mereka sekali lagi datang dengan membawa kopi serta teh dan makanan ringan. Ia adalah pengalaman yang hampir sama dengan penerbangan,” kata Richard.

Terangkan apa yang bakal diterima pembeli jika beli tiket kelas standard

Ricard dalam masa sama turut menerangkan sekiranya pelanggan membeli tiket bagi kelas standard yang berharga RM80 ia tidak termasuk dengan makanan. Manakala bagi susunan tempat duduk pula adalah 2+2.

“Dalam gerabak saya ia 1+2 maka kami mempunyai lebih banyak ruang berbanding yang membeli tiket kelas standard.

“Salah satu perkara terbaik ialah gerabak restoran meskipun ia agak kecil kerana berkongsi ruang dengan gerabak biasa. Saya sudah lama tidak merasainya.

“Semoga Thailand akan mempunyai gerabak restoran menjelang Januari tahun depan,” katanya lagi.

Sumber FB Richard Barrow

rogayahtop Publish time 15-10-2022 03:05 AM

start dah stok traveller matsaleh yg suka thailand pilipin datang malaysia beramai2.



Pages: [1]
View full version: Richard Barrow sangat kagum dengan setiap aspek yang disediakan KTM, malah menyamakan servis layanannya seperti dalam penerbangan.


ADVERTISEMENT