iena_kindaichi Publish time 10-10-2022 07:18 PM

SEKALI LAGI CINTA KEMBALI (SLCK)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_Vzu86byEt4Suk1GVKo_Y71-4mMacws-jRcirVLESqkFNYWso1-cnzjBCDqAclYzxDoWK6A_c79t0jrL3TrSobF4L9eIFP5mAhOVc6NICHeMyTNI-iVsmjbVnYTYnvNa77Dl0DCOKQ9rdNj_AjOMHAvGwudbzrIPpM4Im84p_zzzurCE575eTss7RwQ/s16000/Sekali%20Lagi%20Cinta%20Kembali.jpg

Sekali Lagi Cinta KembaliEpisod: 28
Tarikh Tayangan: 13 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Rehal Nuharis
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Lagu OST:
Ku Cuba - Hariz Fayahet
Pergi - Razmansyah

Watak Pelakon
Aniq Suhair sebagai Hayyat
Siti Khadijah Halim sebagai Aira
Zaki Azeman sebagai Zafran
Siti Hariesa sebagai Amirah
Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
Kismah Johar sebagai Neksom
Izzendra sebagai Alisa
Nina KSC sebagai Tasha
Raja Azmi sebagai Badariah
Kuza Muzani sebagai Rozita
Ellyas Abdullah sebagai Imran
Shatirah Amanda sebagai Hanna
Syamim Farid sebagai Heliza
Lan Zailan sebagai Haji Azli
Kael (Michael Lean) sebagai Firdaus
Mohd Taha Ab Wahid sebagai Dato Azly
Jefri sebagai Nik Ramly


Sinopsis Sekali Lagi Cinta KembaliAira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?



Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta KembaliHidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran
"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

TAK TERLAMBAT I BUKAK THREAD NIE KAN... ENJOYSS

iena_kindaichi Publish time 10-10-2022 07:19 PM

selepas Ash dan Aish... i melayan citer nie plak... love teruk...

eddlisa_uyuk Publish time 11-10-2022 09:29 AM

tapi hero lembik

boleh lak x kisah bini, layan pompuan lain lagi penting

adi143 Publish time 11-10-2022 09:38 PM

Layan cerita ni lepas tengok kat tiktok, best masa ada Nek Som je

hanna88 Publish time 12-10-2022 01:14 AM

layan jugak
tapi macam x logik la apsal nak layan baik sangat bekas adik ipar..kalau lelaki x pe la
ni mengundang masalah je:sweat3: hadoi

TJ2 Publish time 12-10-2022 04:55 PM

Hero lembik. Heroin pulak muka takde perasaan
Choiiii sungguh

cmf_anisss84 Publish time 13-10-2022 08:34 AM

boleh lah...pelakon kot buat kan citer jd biase2 jer..

mijot Publish time 14-10-2022 07:51 PM

Serabut tgk si hayat...dok melayan adik ipar jer

Raline Publish time 14-10-2022 09:32 PM

Sekali Lagi Cinta Kembali catat jumlah tontonan luar biasa

Sekali Lagi Cinta Kembali catat jumlah tontonan luar biasa


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm223skalicinta_1665753520.jpg

Aniq dan Siti Khadijah


Kuala Lumpur: Gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali meraih capaian tertinggi dengan 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3.

Berdasarkan data dikeluarkan Nielsen bermula 13 September hingga 12 Oktober lalu, drama terbitan A Aida Productions itu juga berjaya mencatat 559.7 juta tontonan di laman sosial TikTok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran.

Penerbit, Datuk A Aida berkata, pencapaian itu membuktikan gandingan kedua pelakon itu memang disukai ramai selain jalan cerita yang menarik perhatian untuk ditonton.

"Alhamdulillah, sekali lagi drama terbitan A Aida Productions tular dan menjadi 'trending'. Malah, untuk drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini jumlah tontonan juga sangat luar biasa.

"Terima kasih kepada semua peminat yang tanpa henti memberikan sokongan dari awal drama ini ditayangkan hingga sekarang. Biarpun ada banyak maklum balas diterima, baik positif atau negatif, itu semua adalah lumrah.

"Insya-Allah, saya dan pasukan akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk karya akan datang," katanya kepada Harian Metro.

Apa yang menarik, drama arahan Riza Baharudin itu turut tular menerusi tanda pagar yang dicipta penonton iaitu #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat lakonan Aniq dan Aira (Siti Khadijah).

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali akan bersiaran hingga 20 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/10/892519/sekali-lagi-cinta-kembali-catat-jumlah-tontonan-luar-biasa

hanna88 Publish time 14-10-2022 09:39 PM

semua nak kat hayyat
jenoh camtu
heliza tu paling evil la
betol ke dia tu memang sakit ke fake kan je
sebab dia nak kat hayyat tu

insyi81 Publish time 15-10-2022 11:03 AM

Drama Melur untuk firdaus lagi tinggi views kt tiktok 2.7 billion..yg tu slot Lestary bkn Akasia..huhuu..tp tgoklah drama ni dh hbis nnti boleh ke dpt tinggi..we'll see :lol:

Aikiko Publish time 18-10-2022 05:54 PM

insyi81 replied at 15-10-2022 11:03 AM
Drama Melur untuk firdaus lagi tinggi views kt tiktok 2.7 billion..yg tu slot Lestary bkn Akasia..hu ...

SLCK second place after MUF....tula vibes MeerNa terlalu kuat nak dicantas. Tapi dlam gempak apa ntah kat astro tuh MUF takde plak tercalon. Betterla citer dr citer si rose tuh...b.lakon tah pape. Tv3 da boleh stop ambik dia jd lead actresd. Tapi jujur iols layan citer ni bcoz fresh couple, rasa klau main yg asal tak camni kot impactnya

insyi81 Publish time 19-10-2022 01:48 PM

Aikiko replied at 18-10-2022 05:54 PM
SLCK second place after MUF....tula vibes MeerNa terlalu kuat nak dicantas. Tapi dlam gempak apa n ...

I x tgok slck..tpi adalah nmpk selalu lalu lalang kt TT..so tinggal 1 episode..i igt boleh dpt 1 billions views tpi nmpknya mmg susah nk kalahkan MUF ;Pmgkin sbb fans indo x nmpk kot drama ni..i x minat tgok heroin drama ni.klau hero tu ok lgi kot.tp better sgt drama ni drama rose :lol:

iena_kindaichi Publish time 20-10-2022 11:25 AM

ceritayang berjaya untuk dihabiskan lepas layan Ash dan Aish... tapi mmg geram watak Hayyat nie...jenis melayan..roller coaster bila tgk citer nie..
Pages: [1]
View full version: SEKALI LAGI CINTA KEMBALI (SLCK)


ADVERTISEMENT