CARI-MAL Publish time 13-10-2022 01:30 PM

Warga Emas Masih Mampu Tersenyum Ditipu Beli Telefon Bimbit Palsu

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan seorang warga emas yang masih mampu tersenyum meskipun menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu, lapor laman berita Suara.com.


Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @berita_gossip.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/13/132927w6i7zkk733darqrp.jpg



Berdasarkan video tersebut, lelaki itu mengunjungi sebuah kedai untuk menghidupkan telefon bimbitnya.


Apabila perakam iaitu pekerja di kedai tersebut memeriksanya, dia mendapati telefon itu sebenarnya merupakan replika yang dijadikan pameran.


Lelaki itu menjelaskan bahawa seorang warga asing datang ke rumahnya dan menawarkan telefon bimbit itu kepada isterinya. Wanita itu kemudian membelinya dengan harga 1.2 juta rupiah (RM365).


Selepas menjelaskan perkara yang berlaku, warga emas berkenaan kemudian memandang sayu ke arah replika telefon itu.


“Tak ada rezeki, itu sahaja,” katanya.


Walaupun senyuman terpampang di wajahnya, mata lelaki itu masih memancarkan kesedihan. Dia kemudian meninggalkan kedai itu selepas mengucapkan terima kasih.


Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


“Semoga rezeki pak cik dilipat gandakan oleh Allah. Tidak sanggup melihat kejadian ini,” kata seorang netizen.




Sumber: Kosmo

fifie_olin Publish time 4-11-2022 07:06 AM

depan org paksa la senyum
balik rmh meraung...mana kita tau kan
Pages: [1]
View full version: Warga Emas Masih Mampu Tersenyum Ditipu Beli Telefon Bimbit Palsu


ADVERTISEMENT