Racurve Publish time 11-10-2022 04:39 PM

Halau Hantu Di Asrama, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yasin Yang Ada Di Youtube!

Pelajar Bukan Islam Pasang Yassin Untuk Halau Hantu Di Asrama Buat Netizen Terhibur

Seorang pengguna TikTok, @emadhakimiyy baru-baru ini memuat naik satu video untuk berkongsi bagaimana rakan sebiliknya yang berbangsa Cina melindungi diri daripada rasa takut oleh gangguan hantu.

Caranya? Dia akan memainkan sebahagian daripada Surah Yassin yang ada di Youtube. Tindakan sahabatnya ini telah membuatkan @emadhakimiyy terhibur.

Di bahagian kapsyen video berdurasi pendek itu, @emadhakimiyy menulis bahawa ini adalah kali pertama dia menyaksikan seorang bukan Islam beralih kepada kitab Islam untuk menghalau hantu dan roh jahat.

Klip itu telah mendapat lebih 928,000 tontonan dan 100,000 tanda suka, di mana netizen turut terhibur seperti @emadhakimiyy sendiri.

Di bahagian komen, terdapat juga beberapa pengguna maya yang berkongsi kisah bagaimana rakan-rakan bukan Islam menggunakan kaedah orang Islam untuk melindungi diri daripada makhluk halus.

“Ada seorang doktor Cina yang on-call di wad saya dan terpaksa tidur di bilik. Kerana sangat takutkan hantu, dia keluarkan buku Yassin dan letakkannya di sebelah bantalnya,” kata salah seorang pengguna TikTok.

“Dulu kt asrama ada org kena rasuk.. satu asrama azan. member cina aku pon ikut azan hahaha,” kata netizen yang lain.

“Bos aku pulak masa meeting haritu tetibe mic bunyi sendiri pastu dia tanya, semua org kat sini dah solat kan? so dia rasa selamat sikit,” tambah pengguna maya.

Racurve Publish time 11-10-2022 04:40 PM

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/10/collage-5.jpg

Racurve Publish time 11-10-2022 04:40 PM

7151374671496187162

Cokoro Publish time 12-10-2022 03:09 PM

Terpengaruh dgn lambakan movie hantu melayu lah ni hihi

RinIna Publish time 26-10-2022 12:17 PM

Macam opismate aku ni.. 2 orang.. sorg kristian, sorg lagi india... kristian ni anak dia kena kacau, mak dia suh crikkn ustaz utk buat baca2.. yg indian ni dia kena kacau, dia jumpa ustaz jgak.. pastu diorg sndiri ckp kat aku mmg diorg pun akan crik ustaz kalau bnda2 cmni jadi.. sblum aku cakap apa2.. diorg bgtau dulu sesiap.. hiihi
Pages: [1]
View full version: Halau Hantu Di Asrama, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yasin Yang Ada Di Youtube!


ADVERTISEMENT