Penguin keliru, tersilap masuk kumpulan lain
https://j5x6u8n2.rocketcdn.me/wp-content/uploads/2022/10/resized-image-Promo-5-1-1068x545.jpegSebuah video menunjukkan telatah lucu penguin, menyebabkan netizen geli hati menontonnya.
Permulaan video yang dikongsi oleh pengguna bernama Tansu Yegen di Twitter menunjukkan dua kumpulan penguin bertembung di tengah jalan.
Mereka berhenti dan kelihatan berinteraksi sesama sendiri seperti manusia lagaknya.
Selang tidak lama kemudian mereka mula bergerak menuju destinasi masing-masing.
Bagaimanapun, seekor penguin secara tidak sengaja menyertai kumpulan yang salah dan terus pergi ke arah bertentangan.
Salah seekor rakannya menyedari kehilangannya dan bergegas membawanya kembali ke kumpulan asalnya.
https://twitter.com/i/status/1573153756774121473
https://sarawakvoice.com/2022/10/02/penguin-keliru-tersilap-masuk-kumpulan-lain/
alahai.. sumer rupa sama kott... hahaha omooo cutee. tapi diorg ni memang mcm acik2 tau pokpek ramai2. masa pergi aussie tgk penguin live balik rumah dari laut, comel sgt dia terkedek2 sambil bebel2. comel tul terkedek2 gitu
Pages:
[1]