attokz Publish time 7-10-2010 12:31 PM

Melayu Ku - Sebuah Retrospektif

+++ Melayu Ku +++
(Sebuah Retrospektif)

Kita dodoikan kemalasan
di ranjang kehidupan
tanpa pernah kejutkan kembali
lena leka yang enak
membuai mimpi

Kita manjakan kedangkalan
dipelukkan pemikiran
tanpa pernah menggali
kebenaran sebalik
paparan hakiki

Kita ayunkan kebodohan
di buaian perasaan
tanpa pernah sedar
pertimbangan
antara akal dan nyedar

Kita tarikan persengketaan
di lantai persaudaraan
tanpa pernah menghitung
parut luka
anak bangsa warisan

Kita raikan iri dan dengki
di pesta kemajuan
tanpa pernah mengerti
jerit perih pengorbanan
insan bertatih berdikari

Melayu ku me'layu'.

AttOkz Dikulgai
Akademia BdrTskSltn
090909

*** sekali lagi mood patriotisme mengepung pemikiran ~ :P

bintang Publish time 7-10-2010 06:37 PM

Atokz letak puisi ni kat tred satu lagi tu.. karang 10 puisi atokz karang 10 tred la atokz bukak :P;P


~ dengki tul dengan puisi gemilang atokz :(
Pages: [1]
View full version: Melayu Ku - Sebuah Retrospektif


ADVERTISEMENT