Syd Publish time 7-10-2010 07:45 AM

SUPERMAN : THE MAN OF STEEL

Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 17-4-2011 10:37

Superman akan kembali


LOS ANGELES 6 Okt. - Superman akan kembali terbang menemui peminatnya dilayar perak apabila siri terbaru filem yang diadaptasi daripada hero komik itu akan diarahkan oleh pengarah filem Zack Snyder.

Filem tersebut adalah filem pertama selepas Superman Return yang dikatakan gagal menyerlah pada 2006, juga akan memanfaatkan pengalaman Christopher Nolan yang berjaya menghasilkan semula beberapa siri Batman.

"Ia begitu sukar untuk tidak menjadi peminat Superman dengan kedudukannya dalam budaya pop dan betapa dia menjadi ikon," kata Snyder kepada akhbar harian Variety.

Filem Superman 2006 arahan Bryan Singer hanya memperolehi pulangan sebanyak AS$390 juta (RM1.2 bilion) di seluruh dunia, satu jumlah yang amat mengecewakan untuk Warner yang telah membelanjakan sebanyak AS$210 juta (RM649 juta) untuk menerbitkannya.

Dengan Snyder, Warner meletakkan harapan kepada pengarah itu yang telah membuktikan bakatnya ketika menghasilkan beberapa filem termasuk 300, The Watchman dan filem animasi 3D terbaru Legend of the Guardians.

Nolan sebelum ini menjadi pengarah pilihan Warner sejak melancarkan semula satu lagi siri hero komik melalui filem Batman Begin pada 2005 diikuti The Dark Knight pada 2008, yang berjaya mengutip pulangan berjumlah AS$1 bilion (RM3.09 bilion) di seluruh dunia.

Variety melaporkan tarikh tayangan filem terbaru itu belum lagi diputuskan, namun Warner yang menerbitkan filem tersebut bersama Legendary Pictures berharap filem terbaru Superman itu akan dapat disiapkan tayangan menjelang Krismas 2012. - AFP

Kia_picanto Publish time 7-10-2010 07:56 AM

mesti ade ala2 pergolakan emosi kalau nolan nih arahkan:$

akeefz Publish time 7-10-2010 08:56 AM

superman dtg semula? herm...

akeefz Publish time 7-10-2010 09:26 AM

kuar nanti kita tgk la sama sama yek...

sekngucing Publish time 7-10-2010 06:53 PM

mengikut pencarian aku di internet, superman olahan nolan/goyer dan arahan snyder ni kononnya akan ikuti jalan cerita Batman Begin di mana clark akan mengembara ke seluruh dunia utk mencari jatidiri identiti sebenar dirinya

cozack Publish time 7-10-2010 07:25 PM

tp....kata2 joker 'y so seriuz' tetap menjadi pujaan hati pelakon dia mmg mantap....tp pelakon dia da mati~ :(

cmf_lie Publish time 7-10-2010 10:43 PM

citer br Snyder gile gempak...so nampakla kreativity die disitu...so harap2 bestla...

lgpun pakcik Nolan pun telibat.....aku rasa mesti pom2 punyerla...haahahaha

sib baek pakcik nolan x ngarah...kan kalau die ngarah lambat lak Batman nk kuar...

heheh

tdpp2006 Publish time 7-10-2010 11:04 PM

iklan kat pandan indah dah 2 tahun den tengok.. apek siap gado ngan penerbit sbb x caya dia

mysweetisha Publish time 8-10-2010 12:17 AM

mesti beshh ni..

voizze Publish time 8-10-2010 07:23 AM

mesti suram jer..... METROPOLIS akan jadi GOTHAM CITY...

salimrock Publish time 8-10-2010 08:59 AM

dlm byk 2 superhero...sapakah superhero kegemaran korang? kalo korang nak jadi superhero..krg nak jd superhero tu..

msti ramai pilih superman kan??

rya02 Publish time 8-10-2010 11:24 AM

abang nolan + abang superman...omg!! dream comes true!!! cant wait....!!!

putput Publish time 8-10-2010 01:19 PM

Reply 4# sekngucing


    bagi la batman jumpa superman...diorang gi kedai mamak pekena roti canai 1! {:1_152:}

jayleedaisuki Publish time 8-10-2010 01:28 PM

huhu.... 2012
lambat lagi ... me dah tak sabar ni{:3_98:}

ariellin Publish time 8-10-2010 02:29 PM

lmbatnya 2012 :L

tebuanharimau Publish time 8-10-2010 03:58 PM

lmbatnya 2012
ariellin Post at 8-10-2010 14:29 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

2012 bukan bumi dah hancur ke mc m movie 2012 tu ;P

sekngucing Publish time 8-10-2010 06:05 PM

aku dgar kabar penggambaran dibuat di new orleans

salimrock Publish time 8-10-2010 06:16 PM

Replysekngucing


    bagi la batman jumpa superman...diorang gi kedai mamak pekena roti canai ...
putput Post at 8-10-2010 13:19 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    batman vs superman sapa menang?

wa rasa batman..

sekngucing Publish time 8-10-2010 06:40 PM

batman menang
-dah bnyak kali dah lawan, batman menang :D

putput Publish time 11-10-2010 09:39 AM

superman la menang..apa barang batman jadi cawat superman dah :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SUPERMAN : THE MAN OF STEEL


ADVERTISEMENT