mojarean_X Publish time 1-10-2022 12:29 AM

Selain gaji, jangan dedahkan 4 perkara ini kepada rakan sekerja anda

TEMAN sepejabat adalah antara individu yang anda akan jumpa setiap hari tapi itu bukan bererti semua perkara anda boleh kongsi dengan mereka.

Sebaliknya terdapat beberapa perkara yang perlu anda rahsiakan daripada pengetahuan mereka demi kebaikan bersama.Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda elakkan berkongsi dengan rakan sepejabat.

1. Gaji

Tidak kira seberapa rapat anda dengan teman sepejabat, jangan sesekali memberitahu mereka berapa gaji anda.

Ia bukan sahaja menunjukkan anda tidak mampu menjaga kerahsiaan tentang perkara bersifat 'profesional' sebaliknya akan wujud rasa tidak senang sekiranya gaji anda melebihi rakan yang lain.

Sekaligus akan mewujudkan konflik dan rasa tidak puas hati dalam diam.

2. Kesihatan

Jika anda mempunyai masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada dua pemahanan yang boleh berlaku, rakan sekerja kasihankan anda atau mereka akan merasakan anda menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk mengabaikan tugas pejabat.

Pada akhirnya, jika anda dedahkan masalah kesihatan kepada mereka, tiada apa yang dapat mengubah hakikat atau membuatkan anda lebih sihat.

3. Hal 'dalam kain'

Kehidupan peribadi anda seperti hubungan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim tidak sepatutnya diceritakan kepada teman sepejabat.

Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Lebih baik berhati-hati!

4. Perubahan gaya hidup

Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jika anda membeli kereta, sofa baharu atau mempunyai kekasih sebagai contoh, tidak perlu dicanang kepada teman sepejabat.

Mereka mungkin tersenyum mendengar cerita anda tetapi ia juga boleh mewujudkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka.



Tinot7 Publish time 1-10-2022 12:34 AM

Mcm tak sesuai jahh bubuh topik ni kat CI

mojarean_X Publish time 1-10-2022 12:53 AM

Tinot7 replied at 1-10-2022 12:34 AM
Mcm tak sesuai jahh bubuh topik ni kat CI

Betul juga tp saya x tau bod lain sgt

Tinot7 Publish time 1-10-2022 01:22 AM

mojarean_X replied at 1-10-2022 12:53 AM
Betul juga tp saya x tau bod lain sgt

Bubuh la kat bod dunia wanita ka, gaya hidup ka.. pandai2 la skrol bod2 dlm list kat tepi tuh..

ninja boy Publish time 1-10-2022 01:36 AM

Edited by ninja boy at 1-10-2022 11:58 AM

Ttg gaji itu x boleh la, ia mengambarkan majikan pilih kasih atau majikan manipulasi pekerja. Beban kerja bernilai 8k dibayar gaji 5k, ada pekerja berlapar x makan tengahari bos apa tau, ada pekerja gaji mahal tapi ptptn x mau bayar rumah x mau beli kereta mewah mampu pula beli, ada gaji mahal mgular sana sini wayang hari2, ada rakan sekerja asik pinjam wang gaji ke mana pergi. Ada pekerja tempatan supervisor gaji lebih rendah dari pekerja asing bangla indonapa cerita. Company perlu adil dlm pemberian gaji. Tetapi gaji x boleh beritau kpd sibling parent jiran saudara mara bahaya taw mereka akan jadi scammer yg susah elak

green~tea Publish time 1-10-2022 01:36 AM

Buh dalam bod ekonomi pun buleh :lol: :lol: :lol: :lol:

Amende la tips gini kat CI

TomyamPuteh Publish time 1-10-2022 07:25 AM

Keja gomen gaji x blh nk sorok. Tgk berapa tahun servis org dh blh agak berapa gaji nko.

dodolgemok Publish time 1-10-2022 07:31 AM

Gaji dodol satu dunia boleh tau kalau Google. Why bother 3x??? :lol::lol:

bulalof Publish time 1-10-2022 07:45 AM

hidup ini tiada pernah adil........

vespa_oren Publish time 1-10-2022 08:01 AM

TomyamPuteh replied at 1-10-2022 07:25 AM
Keja gomen gaji x blh nk sorok. Tgk berapa tahun servis org dh blh agak berapa gaji nko.

jika keje gomen kne sorok berapa tinggal gaji bersih, tapi tengok lifestyle pun dh tahu

ultra78 Publish time 1-10-2022 08:04 AM

ninja boy replied at 1-10-2022 01:36 AM
Ttg gaji itu x boleh la, ia mengambarkan majikan pilih kasih atau majikan manipulasi pekerja. Beban...

Naik gaji tu related dengan naik pangkat. Kalau naik pangkat sudah tentu akan naik gaji. Tapi masalah adalah bila orang kerja bagus tak naik pangkat tapi org yang pandai cakap aje naik pangkat,padahal kerja so-so aje.

mejaputih Publish time 1-10-2022 08:28 AM

Kalau kita sakit selalu mc je org akan tertanya2 sakit apa selalu mc..boss pun kena tahu especially melibatkan kesihatan mental.

me12345 Publish time 1-10-2022 08:29 AM

Hhmm..perkara yg jgn dicerita tu lah yg gigih dicerita kt org masa sarapan kt pantry...tua muda perangai sama, tak cukup kt medsos , kt opis pun sibuk citer hal diri sendiri

shashalala Publish time 1-10-2022 08:40 AM

Setuju sgt2. Xyah la nk cerita benda2 mcm ni kat ofismate.

iraizz Publish time 1-10-2022 08:51 AM

Bukan setakat dgn opismate kat ipar duai pun tak payah citer, mertua pun sama, adik beradik pun sama

hayrin86 Publish time 1-10-2022 08:53 AM

shashalala replied at 1-10-2022 08:40 AM
Setuju sgt2. Xyah la nk cerita benda2 mcm ni kat ofismate.

Kan.. Kalau kat mana-mana orang termasuk kuarga baik takyah bagitahu puasa enam ke, apa ke semua.. Jaga privasi lagi bagus..

zehra2 Publish time 1-10-2022 09:26 AM

besor periuk besor lah kerak.
besor family besor lah belanja

monreyes Publish time 1-10-2022 10:28 AM

dlm.dunia tipu2 ni dengar je lah

Page88 Publish time 1-10-2022 11:54 AM

Best to just keep a distance from your work colleagues as some are always out to get you for no good reason.

ayukpingu Publish time 1-10-2022 11:56 AM

tambah lagi.

jangan share media sosial :lol:
Pages: [1] 2
View full version: Selain gaji, jangan dedahkan 4 perkara ini kepada rakan sekerja anda


ADVERTISEMENT