Raline Publish time 29-9-2022 11:33 PM

Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/jangka-hayat.webp
Kesepian dan ketidakbahagiaan boleh memendekkan jangka hayat ramai orang. - Getty Images

Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

BEIJING – Satu kajian mendedahkan bahawa perasaan tidak bahagia boleh memendekkan jangka hayat manusia pada kadar lebih banyak berbanding tabiat merokok, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kajian itu dijalankan terhadap 12,000 orang dewasa di China.

Individu yang mempunyai keadaan mental yang lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur tidak lena berisiko hilang satu tahun setengah daripada jangka hayat purata manusia.

Menurut saintis, kajian itu menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

“Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

“Bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok,” kata penulis utama kajian, Dr. Fredor Galkin.

Merokok mengurangkan jangka hayat individu dengan anggaran 1.25 tahun berbanding 1.65 tahun untuk faktor tidak bahagia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09/29/individu-yang-tidak-bahagia-lebih-berisiko-mati-awal/

adila39 Publish time 30-9-2022 03:28 PM

erkkkso kena happy manjang , okeh

mojarean_X Publish time 22-4-2023 02:29 AM

Iols bahagia dgn cara iols walaupun alone. G massage spa, tgk wayang, makan tempat have2 dan bercuti. Semua iols wat alone dan iols bahagia
Pages: [1]
View full version: Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal


ADVERTISEMENT