Raline Publish time 29-9-2022 11:32 PM

Shopee buang 10 peratus pekerjanya di Thailand

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/shopee-thailand.jpg
Shopee menstruktur semula perniagaannya di banyak negara tahun ini bagi menjadikannya lebih berdaya tahan. – Shopee

Shopee buang 10 peratus pekerjanya di Thailand

BANGKOK – Syarikat e-Dagang, Shopee memulakan langkah penstrukturan semula besar-besaran termasuk melaksanakan rancangan memberhentikan lebih ramai pekerja di Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Di bawah pelan tersebut, kira-kira 10 peratus pekerjaan akan ditamatkan dan dijangka menjejaskan sekitar 100 kakitangan Shopee.

Syarikat teknologi multinasional dari Singapura yang merupakan anak syarikat Sea Limited (Sea) itu menstruktur semula perniagaannya di banyak negara tahun ini bagi menjadikan ia lebih berdaya tahan, kata entiti tersebut.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Shopee telah menutup perniagaannya di Argentina, India dan Perancis, manakala Shopee Pte. Ltd. turut menamatkan 10 peratus pekerjaan di China serta tiga peratus di Indonesia pada tahun ini.

Seramai 300 pekerja ShopeeFood dan ShopeePay di Thailand turut dibuang kerja pada Jun lepas.

Cawangan-cawangan Shopee di Chile, Colombia dan Mexico juga dilaporkan memberhentikan kebanyakan kakitangan dan melaksanakan operasi rentas sempadan.

Menurut laporan, Shopee Thailand mengumumkan pelan penstrukturan semula baharu itu pada perjumpaan dengan pekerja Isnin lalu.

Pihak pengurusan berkata, ia akan cuba menyelaraskan syarikat dan meningkatkan keberkesanan operasi bagi menjadikannya lebih tangkas serta mampu menghasilkan pertumbuhan jangka panjang.

Lembaga Pengarah Shopee ketika perjumpaan itu turut berkata, langkah operasi baharu akan menjejaskan sebilangan pekerja di Thailand dengan jumlah kakitangan akan dikurangkan sebanyak hampir 10 peratus sebagai tindak balas kepada situasi ekonomi yang mencabar. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09/28/shopee-buang-10-peratus-pekerjanya-di-thailand/

Pages: [1]
View full version: Shopee buang 10 peratus pekerjanya di Thailand


ADVERTISEMENT