Lagubestbest Publish time 29-9-2022 08:30 PM

Balik China La (Tak sangka) Begini Elok Persekitaran Taman Perumahan Di China

Edited by Lagubestbest at 29-9-2022 09:10 PM

Uish kita kan geleng kepala tengok bangunan kondo ala-ala hongkong yang padat yang kat Cheras tu, siap bertingkat2 bangunan parking kete.

Tapi ni dia tunjuk keadaan persekitaran di perumahan terbesar di Asia terletak di Huaguoyuan, Guiyang, Negara China dengan kepadatan kira-kira 500,000 penduduk. Yes tinggi macam kat Cheras tu, yes lagi banyak bangunan berpuluh kali ganda padat, tapi ada lain sikit.. nampak sangat2 liveable. Macam konsep forest city kat JB tu tapi forestnya takde je.. dan tentunya dah siap dibina dah diduduki pun. Persekitaran kependudukan padat tapi masih mesra manusia tak macam KL sikit2 highway sikit2 tol.

Tengok dari atas nampak macam flet takde masa depan yang banyak ada di Hongkong takpun KL sendiri ler senang. Tapi bila dia tunjuk street view.. kagum bai kagum. Ke majoriti meninggal sebab covid? Aman tenteram santai je suasana, setakat grocery jajan baju makan pakai semua pun easy access walking distance gitu (bawah rumah je). Pavement luas betul nak berguling2 pun takde hal la senang. Parking kete/ stesen ketapi bawah tanah le kot.

Tipikal gambar takde jiwa.
https://i.redd.it/p54belw5e9c91.png

Takpun orang tunjuk jauh macam ni.
https://img.theepochtimes.com/assets/uploads/2022/09/15/GettyImages-1156015108-700x420.jpg

Tapi cer tengok video bawah ni ha.. dia tunjuk street view jalan2 di kejiranan. Kagum ai tengok kawasan perumahan terbesar di PRC ni. Bangunan cantik. Kaki lima bersih luas. Orang pun tak sesak pun. Kedai-kedai serbaneka bawah bangunan tersusun rapi lagi elok banding new york rilek2 lepak2 budak2 berlari main skuter letrik bagai. Sentiasa ada orang berjalan, tapi tak busy padat dan tak jugak sunyi terus. Nice2.

Zvq9pybXg-4
Screenshot sikit. Jangan tengok photos bawah ni je susah nak feel sebab I copypaste ala kadar je janji ada, play video atas ni.

Pavement pejalan kaki luas.


Kedai-kedai kaki lima bawah apartment/kondo.


Grab/ Gojek lepak tepi jalan perumahan.


Riadah lewat petang.


Santai.


Pinggir taman perumahan ada lapang rumput berjiran dengan jalan besar dan bangunan komersial/ office.


Menapak keluar dari perumahan menuju bandar/ mall (yang ni je nampak sesak sikit boleh relate ngan KL).
Pages: [1]
View full version: Balik China La (Tak sangka) Begini Elok Persekitaran Taman Perumahan Di China


ADVERTISEMENT