CARI-MAL Publish time 29-9-2022 08:23 PM

Mula-mula Bengang Pakcik Ini Cakap Kuat, Rupanya Dia Ke Hospital Nak Baiki Alat Pendengaran

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan satu situasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana seorang lelaki warga emas bercakap dengan nada kuat sehingga menyebabkan pesakit lain tidak selesa.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/29/202010cvvrtc9sm1ut4r4r.jpg



Namun, selepas ditegur individu berkenaan, rupa-rupanya lelaki Cina berusia 85 tahun itu sebenarnya mengalami masalah pendengaran sehingga sukar mendengar percakapan dan pengumuman dibuat kakitangan hospital.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/29/202009gafx7qzcccej6qdy.jpg



Difahamkan, kehadiran warga emas itu ke hospital adalah untuk membaiki alat pendengarannya, namun ramai yang tidak mempedulikan dirinya tanpa menghulurkan sebarang bantuan.


Individu terbabit mengakui dia pada awalnya kurang senang dengan warga emas terbabit, namun dia kemudian simpati atas nasib pak cik itu selepas mengetahui keadaannya.


Malah, dia yang hadir tanpa penjaga terpaksa berkomunikasi menggunakan kertas.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/29/202114u0jzpp0wwvaavnp6.jpgTwitter




Sehubungan itu, ramai mengharapkan kejadian sedemikian dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk orang ramai lebih peka dengan kebajikan orang tua mereka sekiranya masih hidup.




Sumber: OHBulan

naina Publish time 29-9-2022 09:07 PM

Orang tua memang gitu makin tak dengar. Bapak aku pun. Sedap tidur kat sofa dikala kitorang riuh gila sembang. Lepastu padang bapak gelak2 jelah. Boleh lena.
Paling kesian mak akulah dah itu je peneman dia ada kat rumah tu. Kalau sembang mesti tiber2 bapak aku kona kot lain. Haha. Kadang tak dengar. Kena cakap kuat2..

Perawankota Publish time 30-9-2022 05:27 AM

Mak aku pon pon kena pakai hearing aid ni.. Kadang2 dia pasang TV kuat sebab dia tak dengar. Kadang2 bila nak ckp dgn dia nak kena jerit rasa berdosa pulak.

hanihan16 Publish time 30-9-2022 09:48 AM

mak kawan i pun ada masalahchearing ni. bapaknya dah belikan hearing aids tapi dia tak nak pakai. end up asyik bermusuh dengan org sebab dia salah faham org lain cakap apa and salah tafsir intonasi org yang cakap kuat dengan dia. dah jadi gaduh pulak anak menantu sebab salah faham ;P

margo20 Publish time 30-9-2022 10:44 AM

alhamdulillah mak bapak masih sihat lg tp tula org tua kan pantang ditegurr

kucingitam Publish time 30-9-2022 12:31 PM

sbb tu tlg jgn judge org bila org ckp terjerit2 mcm nak gaduh.. org yg tak tau mmg senang salah faham

krustykrab Publish time 30-9-2022 09:03 PM

Mil aku pun gitu gak, dah separa pekak..bila bukak youtube, ya rabbi, rasa nk tegur je..tp kang kata aku jahil pulak

Adrif Publish time 30-9-2022 10:34 PM

kesian atuk ni

kalau pakai nombor giliran, boleh le tengok nombor giliran yang tergantung tu

kot kena private clinic ke, atau yang outdated, pakai nurse panggil nama tu, ah sudah tak dengor nama kena panggil

felinecat Publish time 1-10-2022 08:30 PM

Kekadang ade org tua perangai die xnk anak teman, pg sendiri je klinik. Memang ade gitu

minahmanja Publish time 3-10-2022 03:30 PM

bende ni la yg aku takut bile dh tua nnti. hal2 mcm ni kena buat sorang, tkde sapa nk tlg .. huhu..
Pages: [1]
View full version: Mula-mula Bengang Pakcik Ini Cakap Kuat, Rupanya Dia Ke Hospital Nak Baiki Alat Pendengaran


ADVERTISEMENT