tatod Publish time 29-9-2022 04:07 PM

Buat Content Tajaan Syarikat Judi, Isa Isarb Jelaskan Sebab 'Darurat'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/29/144848ysjvbj2jubbkbtgt.pngSumber IG


Personaliti media sosial dan Youtuber terkenal, Isa Isarb menjadi bualan ramai apabila mengetahui konten cabaran yang dianjurkannya sebanyak RM10,000 pada April lalu sebenarnya ditaja oleh syarikat M88.


Untuk makluman, M88 adalah syarikat perjudian atas talian yang turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi salurannya di YouTube, Isa dengan ringkas menjelaskan perkara tersebut.


Katanya, keadaan 'darurat' menjadi punca dia menerima iklan berkenaan.


jHstHIOje94


"Hanya sekali sahaja saja ambil. Hanya dua episod sebab lembaga pengarah ada yang Islam dan bukan Islam. Lagi satu sebab masa itu tengah kena kejar income tax. Disebabkan itu saya ambil," katanya.


Penjelasan mengenai isu iklan tajaan M88 itu didedahkan oleh Isa ketika menyatakan alasan menyingkirkan Shah daripada 'team' Isarb.


"Dia tahu sebab saya ambil. Tapi dia memperbesarkan perkara itu walhal pada masa itu darurat," kata YouTuber itu yang menyifatkan Shah bersifat talam dua muka. -CARI


casper2022 Publish time 29-9-2022 04:12 PM

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA

noorhairiahma Publish time 29-9-2022 04:41 PM

boleh pulak macam tu. jangan ada yang tiru, sudahlah.

MoonRise Publish time 29-9-2022 04:44 PM

darurat la sangat

kotakominami Publish time 29-9-2022 07:48 PM

Kalau boleh flex harta benda tu belom cukup darurat lagik....jgn takut untuk hidup susah..

Perawankota Publish time 30-9-2022 05:50 AM

Mcmtu dah kira darurat eh???

Riz_one Publish time 30-9-2022 09:42 AM

darurat konon...puiiiii

Fazzbulous Publish time 30-9-2022 01:46 PM

punya gila ko pnya darurat ya...halal haram letak tepi...janji duit masuk...

imrb Publish time 30-9-2022 03:17 PM

aku tak pernah layan tambi ni, blocked settled

sharlenetexas Publish time 2-10-2022 04:14 PM

Kalau ikut darurat dr mashitah, heols boleh jual diri.


Sazreena Publish time 5-10-2022 09:19 PM

Duduk mengangkang cam gampang.
Pages: [1]
View full version: Buat Content Tajaan Syarikat Judi, Isa Isarb Jelaskan Sebab 'Darurat'


ADVERTISEMENT