CARI-MAL Publish time 29-9-2022 12:13 PM

Sanggup Upah Tukang Baiki Biar Telefon Rosak Sebab Takut Bini

Tular sebuah klip video di Indonesia memaparkan situasi tukang baiki telefon bimbit yang keliru apabila menerima sekeping nota daripada pelanggannya meminta dia tidak membaiki peranti itu dengan sempurna.


Ini bagi mengelakkan rahsia pelanggan tersebut daripada diketahui isterinya.


Menurut laman berita Merdeka, tukang baiki telefon bimbit itu berkongsi paparan imej yang menunjukkan nota diterima beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam peranti tersebut.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202209/29/121134n3ujjs7gu3s7qqg3.jpgTukang baiki itu menerima sekeping nota beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam telefon bimbit tersebut. - Twitter/@jawashitpos





Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan.


“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu.


Hantaran itu menjadi tular di laman Twitter dengan netizen memberikan pelbagai komen.


“Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa,” kata seorang pengguna.


“Bingung kalau saya yang jadi tukang servis,” kata seorang lagi netizen.




Sumber: Kosmo

jazaa100 Publish time 29-9-2022 04:51 PM

Cantik tulisan

copy_paste Publish time 4-10-2022 10:41 AM

cerita 3 tahun lepas nih hahaha

white_musk Publish time 4-10-2022 05:57 PM

SIKITNYA UPAH... tak padan dengan dosa yang bakal ditanggong ;P
Pages: [1]
View full version: Sanggup Upah Tukang Baiki Biar Telefon Rosak Sebab Takut Bini


ADVERTISEMENT