attokz Publish time 6-10-2010 02:46 PM

Kota Kata Kacau

Post Last Edit by attokz at 7-10-2010 09:20

Kota Kata Kacau
Lidah lama telah mati. Dikerkah gigi-gigi modenisasiyang bersulang atas nama ideologi. Sejadah para walihanyut dibawa arus. Tinta di daun kitab pudar haus.Kuasa di kepala sang raja membuak bersama syaitan yang menari-nari. Lafaz ibunda penjajah lenggang-lenggok menjarah. Menerjah. Fasih disebutan melicin urusan.Tongkat pejuang sudah usang. Suara lantang menghalang kian hilang. Bibir ini hanya mahu mengucup K-E-D-A-U-L-A-T-A-N Sedang kaki dipasak bumi. Tangan diikat kejap kemajuan umpama tali-temali. Kota kian kacau. Kata tak lagi dihirau.


AttOkz DikulgaiAkademia BdrTskSltn

* sesekali ubah mood menukilkan puisi bernada/bernuansa patriotisme sikit. :P

bintang Publish time 6-10-2010 04:47 PM

Patriotik sungguh attokz neh :P

Goldkey Publish time 6-10-2010 06:25 PM

Kota Kata Kacau
Lidah lama telah mati. Dikerkah gigi-gigi modenisasiyang bersulang atas nama ideolo ...
attokz Post at 6-10-2010 14:46 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

di ikat..oleh kerana kata perbuatan kena di dekatkan diikat.

kacau dodol dalam belanga
maaf menegur anda.

attokz Publish time 7-10-2010 09:19 AM

di ikat..oleh kerana kata perbuatan kena di dekatkan diikat.

kacau dodol dalam belanga
maaf ...
Goldkey Post at 6-10-2010 18:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
terima kasih.
kesilapan saya.
:P

dauswq Publish time 10-10-2010 02:22 PM

aku tak fhm apa atozz cuba smpikn:(

sesiapa rajin buat sinopsis tak?:sweat3:

bintang Publish time 11-10-2010 05:02 PM

Reply 5# dauswq


    Tunggu atok prosakan puisinya :C

attokz Publish time 29-10-2010 11:11 AM

aku tak fhm apa atozz cuba smpikn

sesiapa rajin buat sinopsis tak?
dauswq Post at 10-10-2010 14:22 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
En.Mod,
puisi ni ditulis kerana tindakbalas dan resah hati terhadap isu PPSMI.
Pages: [1]
View full version: Kota Kata Kacau


ADVERTISEMENT