mattzzx Publish time 27-9-2022 10:57 AM

TSG, TSC mohon kekal status benua

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ts26_1664197884.jpg
Gambar fail - Pelumba Team Sapura Cycling (TSC) menjalani latihan. - Foto ihsan FB Team Sapura Cycling

KUALA LUMPUR: Dua pasukan berbasikal profesional negara iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) sudah menghantar permohonan untuk mengekalkan status pasukan benua untuk musim 2023.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, berkata pihaknya menghantar permohonan mereka kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berpangkalan di Aigle, Switzerland, baru-baru ini.

"Mungkin banyak kelab benua berdepan masalah kewangan selepas pandemik COVID-19. Bagaimanapun, saya gembira apabila TSG dan Sapura (TSC) menghantar permohonan rasmi kepada kami, yang kami menyokong dan meluluskan, yang seterusnya telah diemel ke UCI.

"Saya percaya UCI akan luluskan permohonan TSG dan Sapura sekali gus bermakna kedua-duanya hampir pasti akan dijemput untuk menyertai kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Abu Samah berkata TSG, menjadi pasukan nombor satu Asia manakala TSC banyak mengharumkan nama negara menerusi pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan sukan berbasikal di rantau ini.

Berikutan itu, beliau optimis kedua-dua pasukan akan memainkan peranan besar dalam membantu Malaysia mempertahankan emas acara lepas ramai-ramai elit lelaki Sukan SEA 2023 di Kemboja, selepas kejayaan di Vietnam.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/09/1005138/tsg-tsc-mohon-kekal-status-benua
Pages: [1]
View full version: TSG, TSC mohon kekal status benua


ADVERTISEMENT