CariMalay Publish time 26-9-2022 07:23 AM

Kenapa semua orang kata aku hensem?

Jangan salah faham, aku wujudkan thread ni bukan untuk melawak atau berlagak, malah aku sendiri langsung tak pernah rasa aku hensem, tapi sangat pelik bila aku pergi mana2 orang kata hensem sedangkan tiap kali aku selfie dan tengok diri kat depan cermin, aku rasa rupa aku cuma biasa2 dan sampai ke satu tahap, aku selalu rasa aku hodoh.

Tapi yg peliknya bila orang sekeliling selalu puji aku hensem sedangkan dalam cermin dan selfie aku nampak hodoh.

So aku nak tanya korang, mungkin ke aku ada pendamping yg buatkan wajah aku nampak elok walaupun hakikatnya hampeh?

Patut ke aku jumpa ustaz untuk berubat?

Yg peliknya lagi bila orang yg kata aku hensem tu bukan hensem yg sikit2, tapi hensem yg betul2 hensem sedangkan muka aku macam tempe basi haha...

Tapi kalau sebut pasal pendamping, mestilah ada peristiwa2 pelik yg berlaku dalam hidup aku tapi setakat ni belum ada lagi. Kalau ada pun cuma sekali, ibu aku kata pernah nampak jelmaan aku kat dalam bilik hotel kat mekah, dia nampak jasad jelmaan aku melintas depan dia sedangkan aku waktu tu ada kat malaysia.

So apa yg berlaku kat aku sebenarnya?

Kalau korang troll aku, aku takkan layan lagi thread ni haha. Bye

CariMalay Publish time 26-9-2022 07:27 AM

Aku takkan layankalau ada yg troll atau menganjing aku. Wakakakakaka.. aku cuma nak jawapan sebab pelik, tu je

kuzaime Publish time 26-9-2022 07:30 AM

Aku pun biasa dengar org cakap aku cantik lawa. Aku iyakan ajelah:$:lol:

CariMalay Publish time 26-9-2022 07:30 AM

Edited by CariMalay at 26-9-2022 10:14 AM

Zaman sekolah aku ada ramai peminat perempuan walaupun aku selalu nampak hodoh dalam henpon dan cermin, so memang betul2 pelik, seolah2 macam ada yg tak kena.

CariMalay Publish time 26-9-2022 07:32 AM

kuzaime replied at 26-9-2022 07:30 AM
Aku pun biasa dengar org cakap aku cantik lawa. Aku iyakan ajelah

Rezeki jangan ditolak, so iyakan je. Haha

CariMalay Publish time 26-9-2022 07:53 AM

Edited by CariMalay at 26-9-2022 07:57 AM

Peristiwa pelik satu lagi bila aku pernah mimpi nampak sorang perempuan muda terbaring terlentang dari jauh tanpa bergerak atas tilam lantai seolah2 macam dia tengah sakit. Kat muka dia boleh nampak dia mengalirkan air mata dengan dahi berkerut tanpa sebarang pergerakan dan suara, diam kaku, cuma air mata yg mengalir dari pipi.

Pastu aku perlahan2 datang dekat kat dia, aku duduk sebelah kepala dia dan senyum, aku perlahan2 usap kepala dia kemudian aku perlahan2 kecup bibir dia, lepas tu terus terjaga.

Entah kenapa mimpi tu rasa real dan macam ada sesuatu yg tak kena dengan aku. Mungkin ke aku ada pendamping??

Nnasda53 Publish time 26-9-2022 09:29 AM

Tak susah pun ko pergi la ruqyah.
Hidup ni penuh ujian.
Bab pujian tu ujian hebat ko kena lalui salah satu mungkin ko boleh hanyut dengan riyak,ujub dan takbur.Bukan senang nak jaga diri dari rasa membangga diri.
Tu belum masuk dalam bab nafsu.
So iols cuma boleh ingatkan jangan terpedaya dengan dunia kerana ia bersifat sementara.
Apa pun nak buat sesuatu sentiasa ingatkan dalam diri biarlah Allah swt memandang siapa diri kamu.
Jangan sesekali mengharapkan pandangan manusia kerana pastinya kamu akan kecewa.

greantea Publish time 26-9-2022 09:35 AM

cantik ensem ni subjektif. lain org lain pandangan. jd ko rasa ko huduh, tp ada ciri2 pd muka ko y org suka, jd dia kata ko ensem.

mcm aku, org lain kata aku huduh, laki aku kata aku comel.

tp aku setuju mcm org atas ni kata. ini semua ujian. ALLAH nak tgk cara ko handle pujian manusia. pasni kalo ada org puji, ko jwb jek, ni semua pinjaman ALLAH.

CariMalay Publish time 26-9-2022 09:59 AM

Nnasda53 replied at 26-9-2022 09:29 AM
Tak susah pun ko pergi la ruqyah.
Hidup ni penuh ujian.
Bab pujian tu ujian hebat ko kena lalui sala ...

Ruqyah dengan kursi dua2 dah pernah try, tapi tak jadi pape pun, so memang pelik jugak. Takut ada saka keturunan yg tak lut dengan ayat2 al quran.

Tapi so far aku memang tak pernah tebuk mana2 perempuan walaupun umur dah nak masuk 30.

Apa pun tq atas nasihat. :)

CariMalay Publish time 26-9-2022 10:02 AM

greantea replied at 26-9-2022 09:35 AM
cantik ensem ni subjektif. lain org lain pandangan. jd ko rasa ko huduh, tp ada ciri2 pd muka ko y o ...

Tapi dalam cermin dan selfie memang betul2 hodoh pun haha.. obvious pulak tu. Kesian pada yg tertipu dengan ketampananku disebabkan permainan jin dan syaiton :lol::lol::lol:

Nnasda53 Publish time 26-9-2022 10:05 AM

CariMalay replied at 26-9-2022 09:59 AM
Ruqyah dengan kursi dua2 dah pernah try, tapi tak jadi pape pun, so memang pelik jugak. Takut ada...

Boleh cuba kat pusat rawatan islam.
Kebiasaan kalau ada saka depa akan cakap ada saka.
Benda boleh cuba ikhtiar.
Bagus kalau still dapat menjaga maruah diri dan wanita lain.{:1_132:}
InsyaAllah mesti ada jalan penyelesaian cuma belum sampai masanya sahaja.
Apa pun terus ikhtiar.
Semoga semuanya di permudahkan oleh Allah swt.

CariMalay Publish time 26-9-2022 10:26 AM

Mungkin ada forumer sini yg pernah alami situasi sama atau ada cerita yg hampir serupa. Nak dengar jugak apa kata korang dan cerita korang. Jom kongsi kat sini

s@s@ Publish time 26-9-2022 11:07 AM

cer share gambar.... senang sikit nak kasi pendapat

Page88 Publish time 26-9-2022 12:20 PM

You must be careful also because someone may become jealous & put a curse or hex on you. You must understand that how we look at ourselves is completely different from how other people view us. For example, you may think you look ugly but to someone else you may look handsome. But...please do not let this get to your head because then you will be called multiple bad words or be labelled "a**hole" (because you now think you are handsome). This has happened a lot. I am not trolling you. Also, to maintain your handsomeness continue to eat good (healthily) & use a face cream at night. Men also need to take care of themselves. Hope this answered your question.

hyie Publish time 26-9-2022 09:40 PM

alah nak cakap camne eh, kalau muka yang banyak kawah yang ketara biasanya akan dipandang sepi gitu, namun kalau muka flawless akan dipuji serata alam gituh. Lumrah alam lah uols. Manusia suka akan benda2 cantik. Namun, bagi kes chuols, kalau rasa ada terambik pendamping tanpa sedar ke, silalah ke pusat rawatan Islam yang dipercayai. Atau kalau tahu ada kawan yang ada sixth sense, tany je kat dia.

Iols ada kawan sixth sense, pastu dia cakap ada benda ikut meols, namun tak ganggu. Cuma menempel gitu je. Meols suruh heshe buangkan, pastu heshe taknak, sebab katanya cuma nak ikut gitu2 je. Motif?? :lol: Tapi idok le sampai membuatkan iols tampak cantik gitu :lol: Tak pernah pulak orang puji cantik ke apa seumur hidup ;P kalau naik seri tu pernah lah beberapa kali, sebab sebelum tu iols rasa happy dan tenang. Mungkin daripada situ membuatkan raut wajah kita naik seri.

lady_bonia Publish time 27-9-2022 03:37 PM

Cuba tepek gambar hang TT..hensem ke idok..nak kaji;P;P :C

NurAlia14 Publish time 28-9-2022 12:11 AM

Aku alami bnde yg kau alami ni dr kecik smpai la lps dh dpt anak 2…bila kau lalu semua pandang kau..mula2 kau rasa dlm diri kau ni ada hantu ikut ke yg semua org pandang..and bnyk kali org lalu sebelah ttbe ckp cantiknya..sdgkn kau sdri tgk diri kau xlawa/hansem pn..tp lame kelamaan bila dh beranak,semua pn xberlaku dh hahaha..kau tggu la nnti kau dh kawen beranak pinak, semua tu akn stop

September14 Publish time 28-9-2022 11:42 PM

Nk tgk muka tt? Pm boleh?

Aku pulak sllu perasan lawo sbb ada yg puji n ada yg x heran pun…. Apapun okla org duk puji ensem ko xyh try hard pun dlm hdup ckup dgn jd ensem org syg n sllu bg peluang dan ruang klu buat salah.

Ah_Kwan Publish time 29-9-2022 11:42 AM

keh keh keh

dol lu ni..
menda ni pun lu nak bukak thread?
le lu dah takde kawan fizikal dah?
sampai kena minta pandangan manusia maya... ;P

keh keh keh

namr Publish time 2-10-2022 11:31 AM

mak iols dulu masa kecik2 selalu puji adik pompuan iols cantik tapi tak pernah langsung puji iols. iols jadi rendah diri sampi dewasa n rasa diri hodoh.bila org puji comey@cantik iols tak percaya langsung sbb bila tgk cermin iols nampak diri iols hodoh:(
Pages: [1] 2 3
View full version: Kenapa semua orang kata aku hensem?


ADVERTISEMENT