YgBenar Publish time 23-9-2022 12:33 AM

What Wrong With Secretary Kim... Iklan pekerjaan cari pembantu peribadi (PA) tapi seperti cari penjaga buat netizen pening

Edited by YgBenar at 23-9-2022 12:39 AM

https://twitter.com/sharifahyasmiin/status/1572103304825679874?t=bRpK9iGGjBFepd6UO-SAHA&s=19
Selain mempunyai tugasan sebagai seorang pembantu peribadi, calon juga perlu menyelesaikan pelbagai tugasan peribadi CEO pada setiap hari.

Baru-baru ini, tular di Twitter satu ciapan dikongsikan oleh Sharifah Hani Yasmin yang juga merupakan pengasas One Step Closer, agensi cari kerja berkenaan satu tangkap layar iklan pekerjaan yang mencari pembantu peribadi (PA).

Menerusi ciapan tersebut, dia bertanyakan adakah iklan pekerjaan itu mahu mencari pembantu peribadi atau seorang penjaga dan meminta agar ia dijelaskan.

Berdasarkan iklan jawatan kosong itu, ia mencari pembantu peribadi kepada seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat aset digital yang beroperasi di Malaysia.

Mempunyai tugasan peribadi khas
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah senarai tugasan yang perlu dipikul pembantu peribadi itu di mana individu berkenaan bukan sahaja perlu melaksanakan tugas sebagai pembantu peribadi malah mengurusan hal peribadi CEO terbabit pada setiap hari.

Antara senarai tugasan yang perlu disiapkan adalah seperti menyediakan 3 hidangan makanan mengikut keperluan diet tertentu pada setiap hari, menyusun jadual senaman, memastikan vitamin dan suplemen tambahan diambil setiap hari serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja, syarikat berkenaan turut menyatakan pemohon perlulah berkebolehan untuk mengembara bersama CEO berkenaan secara kerap seperti ke sesebuah negara atau bandar serta hendaklah tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.

Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun
Selain itu, pemohon juga perlu mengendalikan beberapa tugasan ‘ad-hoc’ seperti pembantu rumah sekiranya diperlukan dan memberikan syarat calon hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun sebagai seorang pembantu peribadi.

“Disebabkan kerap mengembara, adalah disarankan kepada calon untuk tidak mempunyai keluarga atau komitmen peribadi.

“Boleh mengendalikan ‘ad-hoc’ dan tugasan pembantu rumah sekiranya di perlukan dan dua tahun pengalaman sebagai pembantu peribadi,” tulisnya di dalam iklan itu.

Menerusi balasan yang diterima Sharifah turut menjelaskan bahawa iklan jawatan itu adalah benar menerusi aplikasi iaitu LinkedIn.

Menurutnya, dia tidak mengetahui berapakah bayaran yang dijanjikan kepada pemohon namun menyarankan agar tidak menggalakan eksploitasi terhadap pekerja.

CEO mungkin memerlukan seorang isteri
Melihat di ruangan balas, rata-rata orang ramai merasakan CEO tersebut mungkin memerlukan seorang isteri dan ada juga yang menyatakan sekiranya calon dibayar dengan gaji yang mahal tetapi pasti ia tidak mempunyai masa kerana terikat dengan komitmen bersama majikan.

Malah ada juga yang mengaitkan iklan tersebut seperti dalam sebuah drama korea yang bertajuk What Wrong With Secretary Kim

Sumber twitter oleh Sharifah Hani Yasmin

Nham22 Publish time 23-9-2022 01:01 AM

Betul dah tu kerje PA aka pecacai... Ape yg tak betolnye tu...
Gaji basic. Minta la tinggi ++ ot bonus bagai... PA ceo kot...

anony-mous Publish time 23-9-2022 02:00 AM

Betul la jobscope utk PA tu. Nama pon personal assistant mmg tugas utk benda2 personal. Lain la dia include sekali kena buat tugas opis achieve KPI bagai. Dah kenapa gen snowflakes skrg ni semua benda salah??? Gaji PA mcm ni kurang2 7-10k

dua_chzy Publish time 23-9-2022 02:03 AM

Dah tu ko ingat PA retis kerjanya bukan jadik kuli batak sebegini?

lattehazelnut Publish time 23-9-2022 03:30 AM

Edited by lattehazelnut at 23-9-2022 03:32 AM

Klau tgk pa artis or instafemes mmg mcm ni job description nye..
Order je mknn n hantar dobi bukan susah sgt..

sukacactus Publish time 23-9-2022 05:54 AM

Ada ke pulak suruh cari bini
Bini CEO mana maunya buat keje gitu
Dia pun ada PA :lol:

shernazz Publish time 23-9-2022 07:11 AM

PA mmg gitu le..
Keje.mcm kuli batak..
Tp.gaji kena setimpal la dengan keje yang cm.kuli batak neh...
Takkan rm2500 je kan...;P
Personal life pung maybe terganggu kalau gini...

me12345 Publish time 23-9-2022 07:12 AM

Pembantu rumah versi graduate....ambik kesempatan

venom1 Publish time 23-9-2022 07:15 AM

termasuk se* life?

bottombikini Publish time 23-9-2022 07:56 AM

pencacai assistant yg beno nye :lol:

emma.giggs Publish time 23-9-2022 08:22 AM

CEO ni laki ke pompuan? kAlo laki, kampeni ape ni? Meh sini aku apply :lol:

Pengalaman kwn aku jd PA lady boss, ko kene pastikan dia mkn 17 jenis supplements setiap
Hari. Lps tu mkn dia Ade salad. Ade 1 Hari tu maid or tukang masak dia salah letak salad dlm bekas lain, mengamuk dia carik sampai lubang cacing sape punye keje, dh driver kene hantar balik salad tu n tukar bekas.

Jd biasa je la tugas2 PA tu. Lps tu perangai kena sama dgn bos. Baru boleh tahan jd PA

mamaneesa Publish time 23-9-2022 08:26 AM

haha..betul la tu keje PA. kt ofis i ni, PA siap kena antar kete bos gi servis, pastu gi ambk pulak... gi rmh bos ambk antar doc, order mkn, tlg jwb msg, tlg call bini bos, subuh2 dh dpt msg bos dh...haishh macam2 la kena buat. kitorg pggl PA ni ofis wife bos, hehe... kdg kesian kat PA PA yg dh agak berumur ni, membebel je dorg...

SedihPedih Publish time 23-9-2022 09:13 AM

dulu blooger Tina pernah share job scope dia as PA. Anak bos hilang passport pun dia kena fikirin.Tp sheols gaji masyuk la..

Virus_77 Publish time 23-9-2022 12:25 PM

gituhh la job scope nyerr adik adik..ko ingat PA duduk saja jaga kaunter persis acik gomen kew

tri-max Publish time 23-9-2022 01:27 PM

ada sorang aku kenal cerita pengalaman jadik PA/ Bodyguard Dato'
dah serupa PA je aku rasa
Pagi pagi subuh sepi da kena tggu kat umah Dato, tp sebelum tu kena amik senjata kat tmpt pos simpanan senjata dulu
seharian dato punya movement dia kena ikut, hatta htr baju ke dobi pon dia
dato nak kawen no 2 pon dia gak yg jadik saksi :lol: ... lahnat tol
last last tak tahan berhenti bukan sebab penat
tapi sebab kena maki dgn datin, selepas 2 tahun datin tahu dato kawen 2
melayang kasut loubutin dari tgkt 2 terbang ke garaj kereta , datin geram hahahha



Artemesiaa Publish time 23-9-2022 02:08 PM

Dia ingat kerja PA ni macam dalam drama realitinya amat jauh berbeza

mast3rshad0w Publish time 23-9-2022 03:40 PM

tri-max replied at 23-9-2022 01:27 PM
ada sorang aku kenal cerita pengalaman jadik PA/ Bodyguard Dato'
dah serupa PA je aku rasa
Pagi pagi ...

sbbtu ramai suka jadi datuk atau kaya
hahahah


krustykrab Publish time 23-9-2022 04:26 PM

Maybe ceo tu byi sgt tgk drama akasia tb3suku kot.

K_Lily Publish time 23-9-2022 04:34 PM

kalau drama korea, PA yang ngikut bos ke hulu ke hulir mesti lelaki.. yg uruskan hal2 lain la executive secretary.. dua org ni la ...

selalunya bos oppa & PA mesti ensem... tu kalau drama korea la.. hahaha

hasniey Publish time 23-9-2022 07:43 PM

Kalau mcmni bila PA cuti?
Pages: [1] 2 3
View full version: What Wrong With Secretary Kim... Iklan pekerjaan cari pembantu peribadi (PA) tapi seperti cari penjaga buat netizen pening


ADVERTISEMENT