Cumikucingku Publish time 23-9-2022 12:15 AM

Konsep " Takpe, Allah ada..."

Ade tak sape2 yg pernah dengar ayat seperti tajuk diatas dituturkan untuk menyedapkan/memujuk hati sendiri atau orang lain...

Contoh situasi yg baru berlaku pada aku dan kawan aku...

Aku order makanan untuk murid rumah sukan aku 166pack dari peniaga (lepas bersara jd cikgu dia buka kedai mkn di rumah).

Aku order awal 2minggu dari tarikh sebenar sebab nak memudahkan perancangan pembelian bahan mentah dia.

Tiba2 lagi beberapa hari nak ke tarikh sebenar aku dapat tahu peniaga tersebut turut menerima tempahan kawan aku (jumlah order dia 160-170pack) . Tarikh yg sama tempat yg sama tp kawan aku tu rumah sukan lain.

Aku risau takut dia tak sempat siapkan 2 tempahan ( total hampir 340 pack) aku pun berterus terang...bertanya boleh ke siapkan? Aku nak pukul 8.00pg sbb tu kira sarapan utk murid yg tak sempat sarapan dari rumah.Dia kata bole sbb kawan aku lg sorang tu mintak pukul 10.00pagi.

Aku mmg rasa tak sedap ati..tp tak baik nak cancel sebab dia beritahu dah beli bahan mentah.

Tambahan dia nak pujuk aku dia pun bg ayat " Takpe Allah ada"

Bila dah petik ayat gini aku pun jadi tawakal je la ...

Pada hari kejadian .... pukul 8.00pg makanan tak sampai... pukul 9.00pg pun xsampai...

Hampir pukul 10.00 baru sampai... jadi aku ajak kawan aku yg lagi sorang tu gi ambik makanan sebab ingat peniaga hantar sekaligus....

Rupenya peniaga hantar aku punye order je (aku dah transfer full awal2 pagi sebelum dia hantar) dan dia suruh kawan aku tunggu next trip...

Kesian kawan aku... tunggu punye tunggu pukul 11.30 barudapat.... itu pun xcukup dalam 50-60 pack.... peniaga x dapat nak siapkan full order (pelbagai alasan)...kesian lagi kat anak2 murid dia yg lapar...

Peniaga ni seorang yg alim...

Aku ni jauh dari alim.... tp aku mmg xsetuju dgn ayat "takpe Allah ade" yg bertujuan memujuk orang.... bagi aku ni ayat penunggang... (tawakal tp tak usaha bersungguh2). Allah memang ada ... itu aku tak nafikan... tp kita manusia biasa...kita penuh dgn kelemahan... jangan asyik mengharap yg semua benda akan jadi ok hanya dgn tawakal Allah akan permudahkan.. kadang2 Allah juga nak uji kita... macam peniaga yg mungkir janji tu... dia diuji dgn sikap tamak. Jika dia ambil 1 order je ( pilih aku atau kawan aku) tentu keadaan tak jadi huru hara. Malah mungkin juga boleh beri peluang kepada peniaga lain...

Pendapat forumer lain pulak macam mane? Patut ke guna ayat mcm tu untuk memujuk?Kadang2 ada situasi lain juga macam apabila seseorang tu ditimpa masalah @ musibah... ada org nak pujuk dgn berulang2 kata " Takpe...Allah ada" tp dia tak bantu pun bagi idea untuk settle kan masalah... xde usaha. Aku tak paham la konsep gini... kalau korang terer korang cuba la pahamkan aku.


boca120879 Publish time 23-9-2022 02:44 PM

Edited by boca120879 at 23-9-2022 07:01 AM

Pada pemahaman saya,
kita sepatutnya menyebut
Insha Allah (jika Allah berkehendak / izinkan),
untuk perkara yang kita tak pasti.
Dalam kes ni,
peniaga tersebut pun perlu menyebutnya juga.

Bila berlaku masalah,
peniaga tersebut sepatutnya,
meminta maaf
& berusaha sebaik mungkin
untuk menggantikan
apa yang perlu digantikan.

Wallahu a'lam.

ussopp Publish time 15-10-2022 10:47 AM

sebenarnya ini konsep tawakkal....
tak kisahlah ayat apa pun....konsep tawakkal kena tepat mcm nabi ajar....

nabi ajar bagaimana....

"Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang"

(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).darjat hadis hasan sahih.



tawakkal yang tepat adalah tawakkal sambil usaha.

bukan tinggalkan usaha.

maka apa yang anda fikirkan tu benar.....

bynroslan Publish time 15-10-2022 12:27 PM

Pada pendapat saya penggunaan ayat tu untuk situasi ni mungkin tak berapa tepat dan tak berapa sesuai untuk sebagai ayat penyedap hati.

Dua-dua order adalah nombor tepat, order pertama 166 pack, order kedua kita ambil contoh 170 pack, total 336 pack. Jadi peniaga tu sepatutnya sediakan 336 pack atau biasanya peniaga akan lebihkan 10 pack, kot2 ada yang rosak etc.

Peniaga kena usahakan sampai dapat 336 pack. Tak boleh la ambil order, tapi berserah cukup atau tak. Mana ada orang ambil order pastu cakap "tengoklah kalau cukup" kalau order in advanced.
Melainkan yg tukang order cakap camni "pakcik buat la beberapa pack yg termampu, saya ambil"

Saya pun jauh dari alim, tapi perkara melibatkan duit, makanan, masa apa semua pada saya sangat penting untuk kita buat betul-betul, dan bukan main tawakal macam tu je tanpa usaha.

makita Publish time 22-11-2022 10:25 AM

Jgn kira alim ke tak. Meols pnh dpt cust tokey tahfiz lagi. Dah janji amek pukul 1 ptg, lepas tu msg amek kul 4 ptg .lepas tu 6 ptg. Lepas tu lepas Isyak. Ujung2 tak dtg langsung. Dah la tak nak byr lepas tu tak amek mkanan yang dia order. Jahat!

Lagi satu kalau order makanan..order lah pada org yg memang meniagasbb dorg dah ada skil n kemampuan utk berniaga. Kwan tt ni semacam tak bertgjwb. Mmg Allah ada dan Allah maha melihat ya sifat tamak dah tak menepati janji tu.

NorAddin Publish time 8-12-2022 09:48 AM

salam :C

konsep itu ada lah betul benar dan sahih ..
hanya ada segelintir abuse n misused

sebagai seorang islam kita ketahui konsep ini
maka kalau d'amanahkan sesuatu ..
hendaklah d'buat pekerjaan itu 'sebab' dan 'kerana' Allah
meaning ..
sebab Allah .. hendaklah kita jujur
kerana Allah .. hendaklah ikhlas
dengan erti kata
nawaitu kita ada tujuan .. tidak berbelit belit ..
from here konsep ini melahirkan insan yang berquality
we do n give d'best .. Allah will do d'rest

just that when kita hendak kasi tugas itu ..
hendaklah kita ketahui latar belakang sesaorang itu ..
if we feel simpatikan dia .. itu bagus ada sifat ikhsan
tapi kasi lah yang berpatutan kemampuan yang dia mampu laksanakan ..
the rest you give to d'professional lagi better .. but bayar sikit mahal aaahh ..
so that takda issue complaining memanjang ..
soo ya that it .. what i trying to cakap aahh

wassalam
:C

p/s ..
d'konsep itu adalah betul ..
hanya orang itu yang salah guna ..
atau tak mampu melaksanakan ..
maka disini mula kasi lame excuses dan pembohongan
so next times around ..
look n see meaning observe lah dulu orang itu dulu ..
ugama tak salah .. orang itu yang salah


Pages: [1]
View full version: Konsep " Takpe, Allah ada..."


ADVERTISEMENT