Raline Publish time 22-9-2022 01:38 PM

Benarkah Kehilangan Song Sheng, Zulaiha Dan Acap Berkait Dengan Alam Ghaib?

Hilang Ketika Tunggu Bas, Lenyap Depan Rumah, Benarkah Kehilangan Song Sheng, Zulaiha Dan Acap Berkait Dengan Alam Ghaib?


https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29100338/BeFunky-collage-105-740x458.jpg
Hilang Ketika Tunggu Bas, Lenyap Depan Rumah, Benarkah Kehilangan Song Sheng, Zulaiha Dan Acap Berkait Dengan Alam Ghaib?

Misteri kehilangan beberapa orang yang belum terungkai sehingga sekarang melibatkan Song Sheng yang telah hilang sejak tahun 1996 dan Zuhaila yang hilang di bawah pokok jambu pada tahun 1998. Terbaru, misteri kehilangan Acap di Gua Tempurung menambahkan lagi persoalan orang ramai mengenai alam ghaib ini. Status keberadaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Rata-rata orang berpendapat mereka ini telah dibawa masuk ke dalam alam lain. Mengimbau kembali kejadian-kejadian yang berlaku ini, Zulkarnain Zakaria menerusi postingnya di Facebook menceritakan serba sedikit kejadian yang menimpa ketiga-tiga rakyat Malaysia ini.

GHAIB: Acap, Song Sheng, Zulaiha
============================

Anda ingat lagikah pada Ting Song Sheng? Kalau anda masih ingat, ingin saya beritahu, kalau Song Sheng masih hidup, usianya kini 33 tahun. Namun sampai sekarang, Song Sheng yang hilang pada 15 Januari 1996, masih tidak ditemui. Di mana dia?

Kepada yang tidak tahu, atau sudah lupa, ingin saya ceritakan, Song Sheng hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Ada pihak mendakwa dia telah dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Tapi kalau benar, mengapa sampai sekarang pihak berkuasa negara berkenaan gagal mengesannya?

Gan Kim Choo dan isterinya, Tin Kuwi Diun telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Song Sheng? Ada yang berteori mengatakan dia telah dibawa ke alam lain. Pelik, bukan.

Kehilangan Song Sheng memang misteri, tapi kes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Zulaiha Muhamad di Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang, pada 28 November 1998 lebih pelik.

Ketika kejadian umur Zulaiha enam tahun. Pagi itu Zulaiha bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Umur Muhamad Nur 2 setengah tahun. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah.

Oleh kerana sakit perut, Kamariyana tinggalkan mereka dan pergi ke tandas. Namun sekembalinya ke halaman, Kamariyana dapati Zulaiha tiada.

Ke mana hilangnya Zulaiha? Muhammad Nur berlari datang dari balik sebatang pokok sambil menjerit-jerit. Dia menangis dan memberitahu bahawa kakaknya itu jatuh di pangkal pokok jambu tersebut.

Kalau setakat jatuh, mengapa Zulaiha tiada di situ? Muhamad Nur tidak dapat berikan jawapan. Kamariayana mencari di sekeliling pokok itu, hampa.

Usaha mencari dilakukan segera. Pihak polis menghantar anjing pengesan, beberapa buah bot dan helikopter untuk menyusuri Sungai Semantan yang terletak 200 meter dari rumah Kamariyana. Namun Zulaiha tidak ditemui. Selepas lebih hampir dua minggu berusaha, operasi itu dihentikan.

Bagaimana Zulaiha boleh ghaib dalam waktu yang begitu cepat? Ada yang mengatakan Zulaiha pergi ke Sungai Semantan dan lemas. Kalau benar begitu, kenapa tiada seorang jiran pun yang nampak sedangkan Zulaiha memerlukan kira-kira 10 minit untuk ke sana. Tambahan pula Zulaiha tidak pernah pergi ke sungai tersebut. Kalau dia ke situ, tentulah bersama Muhamad Nur.

Dia lemas di sungai? Kalau benar, kenapa tidak ada kesan tapak kaki, seliparnya mahupun kesan tergelincir di tebing sungai? Mengapa mayatnya tidak dijumpai? Pihak polis sendiri dalam siasatan mereka menafikan Zulaiha pergi ke Sungai Semantan.

Dia diculik? Soalnya, mengapa ramai jiran yang pagi itu berbual dan mengemas halaman tidak melihat kejadian tersebut. Juga tidak kedengaran langsung suara jeritan, raungan atau kesan pergelutan.

Kedua, kenapa Muhamad Nur tidak diculik sekali? Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada orang membawa Zulaiha pergi.

Andaian yang tinggal ialah; Ada pihak mengatakan, Zulaiha telah dibawa ke alam lain. Dia telah disedut masuk ke dunia ghaib oleh makhluk halus yang tinggal di pangkal pokok jambu mawar!

Pelik, bukan? Tidak masuk akal. Saya pun sukar hendak terima. Tapi nanti dulu, kita dengar cerita bapanya.

Kata Muhamad Petah, berlaku kejadian-kejadian pelik sebelum Zulaiha hilang. Pertama, anaknya, Siti Rofeah pernah terhidu bau wangi di pangkal pokok tersebut dan bau itu melekat pada badannya selama beberapa hari.

Esoknya, seekor kucing mereka enggan masuk ke rumah dan hanya mahu tidur di bawah pokok berkenaan. Seorang bomoh yang cuba mencari Zulaiha pula tiba-tiba berasa tubuhnya bagaikan ditarik oleh suatu kuasa ghaib ke arah pangkal pokok jambu itu. Puas dia mengelak hingga tubuhnya terpelanting.

Bomoh itu percaya, di situlah tempatnya Zulaiha ditarik masuk ke alam ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Pelik? Misteri? Atau anda rasa semua ini karut?

Sudah 21 tahun Zulaiha ghaib. Adakah sesiapa di kalangan anda yang tahu kisah terbaru mengenai Zulaiha? Kalau ada, kongsilah dengan saya.

Dalam masa yang sama, sudah hampir dua bulan Acap hilang di Gua Tempurung. Adakah Acap juga seperti Zulaiha, disedut masuk ke alam lain? Ada sesiapa yang tahu kisah terbaru mengenai Acap?

Saya ada pandangan. Tapi nantilah. Selepas ini saya akan sambung dengan cerita lain pula yang lebih aneh dan mungkin dapat membantu kita memahami alam ini.

Jumpa lagiā€¦

https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101041/125-18-740x697.jpg
https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101102/213-740x892.jpg
https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101124/312-740x783.jpg
https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101147/47-740x564.jpg
https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101203/zulkarnain-zakaria-zuhaila.jpg
https://sk-bucket.sgp1.cdn.digitaloceanspaces.com/2019/05/29101223/zulkarnain-zakaria.jpg


Sumber: Zulkarnain Zakaria
https://siakapkeli.my/2019/05/29/hilang-ketika-tunggu-bas-lenyap-depan-rumah-benarkah-kehilangan-song-sheng-zulaiha-dan-acap-berkait-dengan-alam-ghaib/

Cokoro Publish time 22-9-2022 04:37 PM

Yg zulaiha tu mungkin lah :sweat3:

kakigojes Publish time 23-9-2022 07:11 PM

Muhamad Nur malah tidak memberitahu pun ada orang membawa Zulaiha pergi.

Err budak tu baru 2 tahun

cmf_PariS Publish time 17-10-2022 03:14 PM

song seng mungkin kene colek.. zulaiha mcm tk sahih la kene colek sbb kejap sgt... kesian ibu bapa yg masih mengharap...

lyza2474 Publish time 20-10-2022 12:30 AM

Teori acap camana pulak..

sofea86 Publish time 28-11-2022 01:07 AM

Tertunggu2 berita baru ttg acap...lg dorang, makcik yg ke Melaka...pastu yg terbaru budak kat Sabah tu...

noorhairiahma Publish time 2-12-2022 10:48 AM

masa i sekolah rendah song sheng hilang. poster dia siap sampai sekolah i. cikgu tampal.

memang time tu orang sibuk cakap pasal kena culik, bawak sampai thailand. macam2lah. konon ada nampak song sheng dekat thailand tengah mintak sedekah lah, kaki dah kena potong lah.

kesian. sampai sekarang i tertanya2 nasib song sheng ni.

syazwan92 Publish time 24-9-2023 04:47 PM

Kes zulaiha tu i penah baca dalam mastika zaman kecik2 dulu

AraBellaJuan87 Publish time 26-9-2023 04:20 PM

Misteri kehilangan hassan ayat pun masih belum terungkai kan?

bintangct Publish time 24-10-2023 01:15 AM

cerita zulaiha tu mcm cerita sofea jane berlakon Lupa plak nama cite tu Ada kat viu
Pages: [1]
View full version: Benarkah Kehilangan Song Sheng, Zulaiha Dan Acap Berkait Dengan Alam Ghaib?


ADVERTISEMENT