Raline Publish time 21-9-2022 01:11 PM

Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!

Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!

https://media.siraplimau.com/2022/09/BeFunky-collage-__-1-6.jpg
Kerepek pisang merupakan kudapan yang sangat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, ia dinikmati sewaktu minum petang, lepak bersama rakan-rakan atau dijamukan kepada tetamu yang bertandang. Nak lagi seronok mengunyah kudapan ini sewaktu berada di depan kaca televisyen.

Rasanya yang berlemak masin dan rangup membuatkan sesiapa sahaja yang menikmatinya tidak akan menolak. Mungkin ada sesetengah dalam kalangan anda yang menggunakan air garam dan serbuk kunyit sebagai bahan pelengkap.

Namun, berbeza pula dengan resepi kerepek pisang kali ini. Hanya menggunakan tiga bahan ‘magik’ di bawah, boleh saja menjadikan pisang itu kuning keemasan! Malah, ada juga rahsia bagaimana untuk menaikkan aromanya. Jom cuba!

RAHSIA MENAIKKAN AROMA PISANG DARI PENIAGA KEREPEK!

https://media.siraplimau.com/2022/09/307747321_152318357484811_367356426600821004_n.jpeg
Gambar: Dapat dua balang bersaiz sedang.

Kerepek pisang mudah 3 bahan. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.

Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, rahsia dari peniaga kerepek.

RESEPI KEREPEK PISANG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN & CARANYA:

https://media.siraplimau.com/2022/09/n7ejq6q1-BeFunky-collage-__-13.jpg

Gambar: Puan Anis menggunakan pisang berangan.

Pisang 1 sikat.
Marjerin 1 cawan (200g).
Minyak masak 1/2 kilo.
1. Kupas kulit pisang berangan dan sagat.

2. Panaskan minyak dan pisang sedia untuk digoreng.

https://www.facebook.com/100081199430581/videos/1157602164833926/?idorvanity=1399614277028551&t=0

Sumber:https://siraplimau.com/resepi-kerepek-pisang-guna-3-bahan-magik-jadi-kuning-keemasan/

dilaOHdila Publish time 21-9-2022 03:22 PM

Betul, letak bwg putih mmg terasa sedapnya
lau goreng tak banyak tumbuk jer bwg putih berapa ulas letak dlm air garam
masa pisang tu dah masuk dalam kuali tuang sikit2 bawangputih air garam tadi
Pages: [1]
View full version: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Magik, Jadi Kuning Keemasan!


ADVERTISEMENT