chanthik Publish time 21-9-2022 12:24 AM

BANTU IOLS: Mother cat buntu & keliru, I menangis tak berlagu

Ini posting pertama I di subtopik ini yah, maafkan I untuk segala jenis kekurangan dalam thread yinnihh

Okay, cerita ringkas tentang ibu kucing yang menjadi subjek cerita I: Keluarga depa kucing jalanan jah, tapi memang selalu tandang tak bermadah di laman rumah I mintak makan, so kita pun bagilah jua. Dah dalam 3-4 generasi kucing dah datang rumah ni mintak makan. Kiranya rumah I macam rumah singgah anak anak bulus yinnih

Tapi yang sedihnya, sepanjang keturunan mereka ni beranak pinak dekat kawasan rumah I, ini kali pertama yang ada insiden ibu kucing merawan tak jumpa anak. Jalan depan rumah iols ni memang ada lubang dek kerana rintik-rintik hujan membasahi bumi - so Iols speku anak dia yang belum sebulan pun(masih sangat kecil) disimpan/termasuk/dicuri masuk dalam lubang itu sebab memang ada bau bangkai.

Rumah I ni open space konsepnya - kucing kucing ni pun memang asal kejadiannya tidak domesticated - maka idoklah kita letak depa dalam sangkar

Sedih iols dengar mak kucing tu menangis cari akak - sheols first time jadi mak so, memang ganas & overprotective. Weols kat rumah ni dah letak anak dia kat tempat helok dia alihkan.

Jadinya soalan iols: macam mana nak bantu si ibu ni? I research kat Internet mostly suruh kita tunjuk anak yang tak bernyawa depan dia - tapi sekarang ni jasadnya tak ada ibunya menangis macam nak gila. Siang malam pagi petang dia cari sedu hati I :'(:'(

Terima kasih sudi baca gelisah hati I ni, tak tahu nak bantu macam mana ibu kucing itu

Ayda89 Publish time 13-12-2022 02:16 AM

Apa jadi dekat kucing tu u ? :'(
Pages: [1]
View full version: BANTU IOLS: Mother cat buntu & keliru, I menangis tak berlagu


ADVERTISEMENT