Raline Publish time 20-9-2022 09:28 AM

Wujudkan dana khas untuk majukan semula kampung Melayu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/kampung-pix-online.jpg
Pembinaan projek infrastruktur dan projek kediaman mewah menyebabkan kebanyakan kampung Melayu tertua di Lembah Klang semakin ketinggalan daripada arus pembangunan moden. -Gambar hiasan

Wujudkan dana khas untuk majukan semula kampung Melayu

PETALING JAYA – Kerajaan di­sarankan memperuntukkan dana khas untuk membangunkan semula beberapa buah kampung yang berada dalam lokasi strategik di Lembah Klang bagi mengelakkan ia terus mundur dan tercicir dalam arus pembangunan serba pantas kini.

Pengerusi RAH Holdings Sdn Bhd. yang juga aktivis masyarakat, Datuk Abul Hasan Rashid berkata, dana khas tersebut boleh disalurkan kepada mana-mana syarikat pemaju harta­nah yang berpengalaman seperti Uda Holdings Berhad untuk memajukan kampung berkenaan.

Menurut beliau, antara kampung utama yang bersesuaian untuk dimasukkan dalam projek pembangunan kampung warisan tersebut adalah Kampung Sungai Penchala, Kampung Padang Ba­lang di Sentul, Kampung Sungai Mulia, Kampung Chubadak dan Kampung Puah.



https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/abul-hasan-online.jpg
Kampung Padang Balang adalah kampung Melayu yang paling tua di Wilayah Persekutuan dan diikuti oleh Kampung Puah yang menjadi kampung Melayu kedua tertua dengan fasa pembukaan awalnya adalah pada tahun 1930an.

Kampung Chubadak pula te­lah wujud sebelum tahun 1800 yang mana telah diteroka oleh orang berketurunan Minang Chubadak dari Sumatera.

“Saya mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana khas berjumlah RM5 bilion untuk disalurkan kepada mana-mana syarikat pemaju seperti Uda Holdings bagi membangunkan kawasan sepanjang satu hingga dua kilometer di laluan utama di kampung-kampung berkenaan.

“Melalui projek tersebut, projek di laluan utama di kampung berkenaan boleh dimajukan dengan pembinaan lot komersial dan pejabat, pusat beli-belah atau pasar raya mini, kedai dobi dan tapak perniagaan lain untuk menggalakkan aktiviti ekonomi bukan sahaja kepada syarikat besar tetapi juga kepada peniaga kecil dan penjaja.

“Sekali gus, ia akan menggalakkan percambahan pelbagai aktiviti perniagaan lain termasuk tawaran pekerjaan, penyediaan perkhidmatan yang berkaitan untuk dimanfaat oleh komuniti setempat dam kejiranan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Selain itu, Abul Hasan menjelaskan, projek pembangunan yang hanya melibatkan kawasan terhad itu bakal menaikkan semula imej kampung Melayu selain memberi peluang kepada penduduk tempatan khususnya bumiputera untuk memiliki hartanah di kampung bersejarah tersebut. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09/20/wujudkan-dana-khas-untuk-majukan-semula-kampung-melayu/

Pages: [1]
View full version: Wujudkan dana khas untuk majukan semula kampung Melayu


ADVERTISEMENT