Racurve Publish time 20-9-2022 12:37 AM

Terganggu dengan jeritan ketakutan, melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa hantu!

Terganggu dengan jeritan pengunjung, perkhidmatan hantu diarah tutup

REMBAU: Polis mengarahkan sebuah taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek di sini ditutup selepas penduduk mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’.

Racurve Publish time 20-9-2022 12:38 AM

https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2022/09/Taman-hantu-fb-poic.jpg
Pengunjung dibawa menaiki trak kuning melalui beberapa laluan seram. (Gambar Facebook)

Racurve Publish time 20-9-2022 12:38 AM

zY6_08XQ65g

Racurve Publish time 20-9-2022 12:38 AM

Sg13fin4x98

Racurve Publish time 20-9-2022 12:38 AM

G7eDAMAv5h4

MissVixen Publish time 20-9-2022 09:30 AM

Menarik jugak. Kreatif diorang ni. Patut pilih jalan yang jauh dari kampung macam jalan bukit putus atau jalan2 kampung tinggal.

edoraixora Publish time 20-9-2022 12:19 PM

yg jadi hantu2 tu naseb tak baik, diaorg pulak kena sergah dek hantu betul ;P

cariklah lokasi jauh yg dari kampung/penempatan, barulah real

Page88 Publish time 20-9-2022 02:14 PM

Well, forests are a haven for spirits, ghosts & demons. Not surprised.
Pages: [1]
View full version: Terganggu dengan jeritan ketakutan, melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa hantu!


ADVERTISEMENT